Log in
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)by caer Yesterday at 8:09 am
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm
» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm
» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm
» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am
» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm
» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm
» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm
» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm
» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am
UMPlife Chatbox
Top posters
| MusTanG (4298) | ||||
| theMVP (3628) | ||||
| aku la????? (3355) | ||||
| cicok (3333) | ||||
| nazkill (3286) | ||||
| asuramaru (3189) | ||||
| zicron21ck (3150) | ||||
| Admin (2987) | ||||
| Castielle Zaidrick (2608) | ||||
| murasame_85 (2506) |
UMPlife Partner Board
UMPlife Chinese Forum
Suburbanzero
Rowie's Scribbles
- d0r! - d0r! ruL3z -
EVOLUSI SAGA FIORE
AM's LiFeZ RuLeS
Laman ServerRooms
MTA Studio
[@][p][!]
nama saya din
zicronzick blog
BudakSedangBelajar
UMPOpenSC
mishyanikookoo
MTA life
inilah kehidupanku
teratak silam
GERABAK MEKANIKAL
kuchenghitam
+ WE LEAD THE FUTURE+ (^^)/
UMP Store
kibotnmos
Shazril Shaedi
Bakpo Gitu?
Fadzrulhisyam
Blogger UMP
Secawan Kopi Panas...
Rionix
Invincible Generation
RoCkStaR site
sollehahn.com
c0l0r 0f my s0ul
I'm not Alone
umpsharing
Blog adib
Ahli Karut
darimo's blurp
lady afiefa
Black Winter
just4khai
blog404
UFun
UMPlife Sponsor
Tuanku Muhriz dimasyhur
Page 1 of 1 • Share •
Tuanku Muhriz dimasyhur
KUALA PILAH 29 Dis. – Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan
sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan
Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, 86, ayahanda saudara
baginda yang mangkat Sabtu lalu.
Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong,
Datuk Mubarak Dohak pada pukul 3.45 petang ini pada majlis penuh
istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.
Tuanku Muhriz sebelum ini merupakan Tunku Besar Seri Menanti.
Kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku
Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku
Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar
hadir pada istiadat pemasyhuran tersebut, selain Undang Luak Jelebu,
Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan
Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani.
Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Tunku Besar Tampin, Tunku
Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan;
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.
Sebelum itu, kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan
sejak semalam untuk menentukan pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar
sebelum memutuskan lewat petang ini pemasyhuran Tuanku Muhriz.
Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das
diteruskan sebaik sahaja kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar,
Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat memasuki Balairung Seri.
Sejurus semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan
Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, serentak itu tembakan meriam 21 das
dilepaskan menandakan termasyhur baginda sebagai Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan yang baru.
Selesai pemasyhuran, doa dibacakan oleh Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad.
Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda berjanji akan menunaikan
tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan penuh keadilan serta menjaga
keselamatan rakyat demi kemakmuran negeri ini.
‘‘Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba
rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah
Tuanku Muhriz.
Sebelum ini, Tunku Naquiyuddin merupakan pemangku Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan. Beliau dan dua adindanya, Tunku Imran dan Tunku
Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan yang baru.
Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal kepada Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan yang kesembilan, Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat
pada 18 April 1967.
Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan ahli
perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad, mendapat pendidikan awal
di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Tunku
Besar Tampin, Tampin serta Sekolah King George V di Seremban.
Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara di Aldenham
School, Elstree, England dan Universiti College of Wales, Aberystwyth,
Wales dalam bidang undang-undang.
Tuanku Muhriz berkahwin dengan Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tengku
Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dikurniakan tiga putera, Tunku
Ali Redhauddin, Tunku Zain Al‘Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin.
Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan
negeri-negeri lain di negara ini kerana ia mengikut Adat Perpatih yang
menyaksikan kuasa penentu diletakkan kepada Undang Yang Empat.
Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
semasa pemerintahan ayahandanya, Tuanku Munawir selain Almarhum Tuanku
Ja’afar dan Almarhum Tuanku Abdullah, tetapi tidak dipilih kerana
baginda terlalu muda iaitu berusia 18 tahun ketika itu.
Sebaik sahaja pemasyhuran Tuanku Muhriz, baginda memperkenankan
Istiadat Pemakaman Diraja diteruskan dengan membawa jenazah Almarhum
Tuanku Ja’afar dari Pelambar ke Maharaja Diraja, diiringi 86 das
tembakan meriam.
Cited from Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

“YAKINLAH beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan
hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,”
titah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas dimasyhurkan sebagai Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Admin- Admin

- Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum











