Log in
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)by caer Yesterday at 8:09 am
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm
» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm
» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm
» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am
» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm
» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm
» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm
» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm
» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am
UMPlife Chatbox
Top posters
| MusTanG (4298) | ||||
| theMVP (3628) | ||||
| aku la????? (3355) | ||||
| cicok (3333) | ||||
| nazkill (3286) | ||||
| asuramaru (3189) | ||||
| zicron21ck (3150) | ||||
| Admin (2987) | ||||
| Castielle Zaidrick (2608) | ||||
| murasame_85 (2506) |
UMPlife Partner Board
UMPlife Chinese Forum
Suburbanzero
Rowie's Scribbles
- d0r! - d0r! ruL3z -
EVOLUSI SAGA FIORE
AM's LiFeZ RuLeS
Laman ServerRooms
MTA Studio
[@][p][!]
nama saya din
zicronzick blog
BudakSedangBelajar
UMPOpenSC
mishyanikookoo
MTA life
inilah kehidupanku
teratak silam
GERABAK MEKANIKAL
kuchenghitam
+ WE LEAD THE FUTURE+ (^^)/
UMP Store
kibotnmos
Shazril Shaedi
Bakpo Gitu?
Fadzrulhisyam
Blogger UMP
Secawan Kopi Panas...
Rionix
Invincible Generation
RoCkStaR site
sollehahn.com
c0l0r 0f my s0ul
I'm not Alone
umpsharing
Blog adib
Ahli Karut
darimo's blurp
lady afiefa
Black Winter
just4khai
blog404
UFun
UMPlife Sponsor
Menara jam mekkah sentuhan anak Malaysia | Abraj Al-Bait Towers | makkah clock tower
:: UMPlife News :: Daily News
Page 1 of 1 • Share •
Menara jam mekkah sentuhan anak Malaysia | Abraj Al-Bait Towers | makkah clock tower

Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat
struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di
sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj
Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ‘sentuhan anak Malaysia’.
Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera
syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka
bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlukan ‘struktur
keluli tidak berat’ untuk menyokong jam mekkah itu, dan kejituan
teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier
Composite Technology dariDubai, diperlukan untuk menyempurnakan
tanggungjawab berkenaan.
Uniknya, 14 tenaga pakar Premier
Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda
Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang
memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan
umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah
menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam
lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of
Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London,
dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
“Ia tiga kali lebih besar daripada
Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan
pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara
pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.
Nazri bersama beberapa jurutera Premier
Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati
teh tarik di Restoran Felda D’saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil
Haram di sini.
Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian tenaga pakar
yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja membina
mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan
Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di Tanah Suci itu.
Jam gergasi yang dihias replika bulan
sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada
waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada
dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan
berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada
waktu malam.
Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan.
Nazri berkata, menara jam yang
dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada
Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya,
Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar Premier
Composite Technology akan terus berada di Makkah bagi memantau dan
menyelia kerja akhir pembinaan menara jam itu.
Sementara itu, menceritakan pengalaman
kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata, beliau mengambil masa
lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi
peluang menerajui projek itu.
Rakannya, jurutera Premier Composite
Technology, Armazizul Arifin pula berkata, bahan komposit adalah satu
bidang baru dan tidak banyak syarikat dunia mempunyai kepakaran serta
teknologi berkaitan bahan itu.
Beliau berkata, bekerja dalam satu
kumpulan tenaga pakar dari negara sama menjadi satu kelebihan, dan
menurutnya, beliau bersama kumpulannya turut terbabit dalam beberapa
projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh
tetapi ringan itu.
Beliau bersama kumpulan rakannya juga
terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah
dan juga kubah di Masjid Putrajaya. – BERNAMA

_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!


Admin- Admin

- Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

Re: Menara jam mekkah sentuhan anak Malaysia | Abraj Al-Bait Towers | makkah clock tower
woh. proud to be malaysia!
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Similar topics» Anak angkat
» Mencari anak angkat
» Salam Perkenalan Kelab 125z Malaysia
» Adidas Malaysia pamer kasut bola sepak pintar pertama
» Menara jam mekkah sentuhan anak Malaysia | Abraj Al-Bait Towers | makkah clock tower
» Mencari anak angkat
» Salam Perkenalan Kelab 125z Malaysia
» Adidas Malaysia pamer kasut bola sepak pintar pertama
» Menara jam mekkah sentuhan anak Malaysia | Abraj Al-Bait Towers | makkah clock tower
:: UMPlife News :: Daily News
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum










