Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Yesterday at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



::Siri Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia::

View previous topic View next topic Go down

::Siri Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia::

Post by murasame_85 on Tue Oct 04, 2011 11:42 am

nota awal: Seperti thread2 aku yang lain, aku akan buat thread ini dlm bentuk bersiri..
thread ni akan di tambah cerita dari masa ke semasa


EPISODE 1 :Ops Mahkamah Agung Benadir
-----------------

Kisah pertempuran perwira tanah air kita semasa pembukaan Mahkamah Agung Benadir, Somalia.

-----------------

Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi
satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama
bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem
keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang
dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM
II membawa kedamaian di negara itu.

Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi
satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama
bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem
keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang
dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM
II membawa kedamaian di negara itu.

Bagi kumpulan ini, penubuhan Mahkamah Agung itu adalah sebagai suatu
usaha menafikan kuasa dan pengaruh kumpulan mereka keatas rakyat
Somalia. Salah satu kumpulan tersebut termasuklah kumpulan yang di
ketuai Jeneral Farah Aideed.

Mereka merancang hendak menculik pegawai perundangan UNOSOM II yang
menghadiri majlis pembukaan tersebut. UNOSOM II sedar tentang ancaman
yang mungkin di hadapi telah mengarahkan pasukan pengaman dari Negara
Ameriyah Arab Bersatu (UAE) membuat kawalan di sekitar kawasan mahkamah
ketika majlis berlangsung. Pasukan Pengaman Malaysia (Malaysia
Batalion-MALBATT) pula di kehendaki membantu pasukan pengaman UAE
membuat kawalan.

Pasukan Pengaman Pakistan bertanggung jawab menjadi pengiring kepada
Pegawai Perundangan UNOSOM II. Pembahagian tugas seperti ini adalah
biasa di kalangan pasukan pengaman pelbagai negara. Mereka saling
bekerjasama antara satu sama lain dalam memikul tanggungjawab berat
memulihkan keamanan ke atas negara yang hampir musnah akibat
persengketaan berlarutan hampir 3 tahun itu. Sehari sebelum majlis
tersebut berlangsung, 26 September 1993. Jam menunjukkan pukul 9.00
malam .

Mejar Abd Rashid bin Ahmad, Ketua Kompeni B masih di pejabatnya apabila
dia di datangi timbalannya, Kapten Mohd Halim bin Khalid.
“Assalamualaikum, Tuan!” kata Kapten Mohd Halim sambil memberi tabik
hormat kepada Mejar Abd Rashid. Beliau menjawab salam dan mempersilakan
Kapten Mohd Halim duduk. “Ada apa Mejar?” Tanya Kapten Mohd Halim
“Kompeni B di arahkan menghantar satu platun bagi membantu kawalan di
Mahkamah esok” jawab Mejar Abd Rashid.

Kapten Mohd Halim teringat kepada arahan yang di terima sebelum itu dari
Markas UNOSOM II meminta satu platun MALBATT bagi membantu pasukan UAE
membuat kawalan esok. Di sebabkan komander pasukan MALBATT tiada,
Leftenan Kolonel Mohd Rozi bin Baharom selaku Timbalan Komander telah
mengarahkan Mejar Abd Rashid menyiapkan satu platun dari kompeni B untuk
melaksanakan tugasan itu. “Siapa yang akan pergi esok Tuan?”tanya
Kapten Halim “Platun 5”. “Tapi tuan, Ketua platun 5 sedang bercuti”
Kapten Halim mengingatkan “Ya saya tahu, sebab tu saya panggil awak.Saya
dah arahkan Leftenan Salmi ambil alih platun 5, tapi memandangkan tugas
ini penting saya nak awak ikut sekali esok” “Baik Tuan” dengan senang
hati Kapten Halim menerima amanah yang diberikan.

Di dalam hatinya sedikit bimbang juga kerana sejak akhir-akhir ini
serangan ke atas pasukan pengaman makin menjadi-jadi. Walau pun Leftenan
Salmi bin Istikh Ahmad masih baru dalam bidang mekanis tapi ini tidak
bermakna beliau tidak mampu memimpin platun tersebut. Tetapi operasi
esok walaupun hanya sebagai pasukan bantuan sangat penting sebab itu
Kapten Halim ikut serta.

Setelah selesai membincangkan tentang kelengkapan dan persediaan operasi
Kapten Halim pun beredar. Lebih kurang pukul 6.30 pagi 27 September
1993, Kapten Halim dan Leftenan Salmi bersama 34 anggota Lain-lain
Pangkat (LLP) daripada Platun 5 bergerak dari Markas MALBATT yang
terletak di Kem Lapangan Terbang ke kawasan Sea Port. Di situ Kapten
Halim melapor diri kepada Pegawai Memerintah Batalion UAE iaitu Leftenan
Kolonel Mal untuk diberikan taklimat operasi. “Kapten, saya mahu platun
awak untuk buat kawalan di sekitar kawasan mahkamah. Pasukan UAE sudah
berada di sana. Kawasan sekitar sudah di ‘bersihkan’ oleh mereka” arah
Leftenan Kolonel Mal.

Kapten Halim merasa kurang senang dengan arahan yang di terimanya yang
berbeza dengan permintaan asal iaitu membantu pasukan UAE sekiranya
berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Sesuai dengan peranan Pasukan
MALBATT sebagai Pasukan Tindakan Cepat (Quick Reaction Force-QRF).
“Kalau begitu saya minta Leftenan Brand bersama saya bagi memudahkan
perhubungan dan bantuan, sekiranya perlu” cadang Kapten Halim.

Leftenan Brand adalah pegawai perhubungan udara Tentera Amerika. “Oh,
tidak! Saya rasa Leftenan Brand lebih baik berada di sini. Dari sini
lebih senang untuk selaraskan bantuan udara” sanggah Leftenan Kolonel
Mal. Biarpun tidak setuju, Kapten Halim hanya mendiamkan diri kerana tak
mahu mengeruhkan suasana. “Saya mahu awak kawal kawasan ini. Letakkan
Armoured Personnel Carrier (APC) awak di sini, sini, sini dan di sini”
perintah Leftenan Kolonel Mal sambil tangannya menunjuk-nunjuk di atas
satu lakaran kawasan bangunan mahkamah. “Ada apa-apa soalan? Tanya
Leftenan Kolonel Mal. “ Bagaimana saya hendak berhubung dengan pihak
Tuan?” tanya Kapten Halim “Gunakan gelombang ini” jawab Leftenan Kolonel
Mal sambil menulis beberapa saluran gelombang yang boleh di hubungi.
Senarai itu kemudian diserahkannya kepada Kapten Halim.

Kapten Halim dan Platun 5 tiba ke kawasan mahkamah lebih kurang pukul
8.00 pagi. Masih ada tempoh sejam sebelum upacara perasmian bermula.
Kapten Halim mengatur kereta perisainya di empat penjuru bangunan. Satu
di setiap penjuru seperti yang dirancang. Dia kemudian membawa kereta
perisainya ke dalam kawasan mahkamah.

Bagi menguatkan lagi pertahanan pasukan MALBATT, Kapten Halim mengambil
keputusan meletakkan 3 kumpulan penembak tepat (sniper) di atas bumbung
mahkamah. Kedudukan yang lebih tinggi di atas bumbung memberi mereka
pemandangan kawasan sekitar yang lebih baik. Setiap kumpulan mengandungi
2 orang anggota. Kumpulan 1 di anggotai oleh Koperal Halim dan Prebet
Rosli. Mereka di bekalkan dengan Mesingan Pelbagai Guna dan Raifal M16
lengkap dengan Pelancar Grenad M203, juga sebuah Set Radio Komunikasi.
Kumpulan 2 pula di anggotai Lans Koperal Ramli dan Prebet Zaini. Lans
Koperal Ramli membawa Raifal M 16 manakala Prebet Zaini dibekalkan
dengan Sub Mesingan HK MP5. Prebet Zaini mengambil kedudukan di penjuru
berhampiran tangga manakala Lans Koperal Ramli jauh di belakang.

...Bersambung...

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ::Siri Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia::

Post by murasame_85 on Tue Oct 04, 2011 11:44 am

... sambungan...

Kumpulan 3 pula terdiri daripada Lans Koperal Rosli dan Prebet
Jamari. Kedudukan mereka di tepi tangga besi di luar bangunan. Mereka
kemudian dibekalkan Radio Komunikasi bagi memudahkan perhubungan. Ketika
menyusun Kumpulan Penembak Tepat, Kapten Halim tak bertemu dengan
seorangpun Pasukan UAE di sekitar kawasan mahkamah seperti dakwaan
Leftenan Kolonel Mal. “Jangan kata orang, bayangnya pun tak nampak”
fikir Kapten Halim. Sebagai seorang pegawai yang berpengalaman, beliau
mengambil tindakan proaktif.

Bersama beberapa orang anggota, beliau memeriksa sendiri kawasan sekitar
bagi memastikan ia benar-benar bebas dari sebarang ancaman berbahaya.
Penduduk sekitar tidak menunjukkan apa-apa reaksi mencurigakan. Mereka
menjalankan aktiviti harian seperti biasa, urusan jual beli sedang
rancak berjalan dan kanak-kanak sedang bermain di tepi-tepi jalan.
Kanak-kanak dan orang awam cuba berkomunikasi dengan anggota-anggota
MALBATT.

Permandangan biasa di mana saja mereka di tugaskan mereka di sambut
dengan baik. Setelah pasti semuanya selamat dan pasukannya dalam
kedudukan sepatutnya beliau menghubungi Leftenan Kolonel Mal mengunakan
saluran gelombang yang di berikan. Tiada jawapan. Setelah beberapa kali
beliau bertukar ke saluran kedua, pun tiada jawapan. Setelah semua
gelombang yang di berikan Leftenan Kolonel Mal gagal di hubungi, Kapten
Halim terpaksa menghubungi Markas MALBATT untuk melaporkan keadaan
pasukan.

Setelah itu dia pergi berjumpa pegawai awam mahkamah. “Pasukan saya
sudah berada dalam kedudukan.” beritahu Kapten Halim “Terima kasih,
Tuan. Saya akan maklumkan” jawab pegawai itu “Pukul berapa upacara
bermula?” “Pukul 9.00 pagi.” Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi apabila 3
pegawai perundangan UNOSOM II tiba menaiki dua buah Land Rover awam di
iringi dua buah APC Pasukan Pakistan. Mereka terdiri dari Micheal
Aradika dari Ghana selaku ketua kumpulan serta dua orang lagi Jim Acally
dan Kenneth Lain.

Sebaik tiba mereka terus masuk ke dalam bangunan mahkamah untuk
meneruskan upacara. Kapten Halim masih terus berhubung dengan Markas
MALBATT. Beliau di beritahu sumber perisikan yang memperolehi laporan
dari helikopter yang membuat tinjauan udara, terdapat pergerakan
sekumpulan militia Somalia bersenjata mara ke kawasan Mahkamah Agung
Benadir. Mengikut laporan itu lagi, di anggarkan kekuatan kumpulan
militia itu antara 10 ke 15 orang.

Sebaik menerima maklumat itu, kapten Halim terus menyalurkannya kepada
anggota-anggota lain sambil memberi ingatan agar terus berwaspada.
Upacara itu selesai pukul 11.00 pagi dan seramai 50 orang pegawai
perundangan dan Hakim Somalia mula beredar meningalkan bangunan
mahkamah. Tiga orang Pegawai Perundangan UNOSOM II tidak terus beredar
tapi masih berbual-bual di perkarangan mahkamah. Menyedari bahaya yang
kemungkinan berlaku sekiranya mereka di serang, Kapten Halim segera
mendapatkan mereka dan menasihatkan mereka supaya beredar dengan segera.
“Tuan, saya rasa lebih baik tuan kembali ke kawasan penjara dengan
segera.

Kami mendapat laporan ada militia Somalia dalam perjalanan ke sini”
Kapten Halim memberitahu dengan sopan. Ketiga-tiga Pegawai Perundangan
UNOSOM II masih belum berganjak sebaliknya terus berbual-bual. Setelah
menunggu seketika, Kapten Halim pergi mendapatkan mereka dan memberitahu
sekali lagi supaya mereka kembali ke kawasan penjara. Kali ini dengan
nada yang sedikit tegas. “Tuan, keadaan semakin bahaya, lebih baik
beredar sekarang juga” tegur Kapten Halim. “Tak apa, suruh pasukan
pengiring pergi dahulu. Tak payah tunggu kami” jawab Micheal Aradika.
“Tak boleh tuan, mereka di arahkan untuk mengiringi tuan-tuan kembali ke
kawasan penjara kalau terjadi apa-apa mereka akan di persalahkan”
bantah Kapten Halim. Geram juga hatinya melihatkan kerenah mereka.
Ketiga-tiga pegawai itu mula berbelah bahagi mengenai pasukan pengiring.

Mereka mula bertengkar sesama sendiri. Micheal beriya-iya tidak mahu
mengunakan khidmat pasukan pengiring dari pasukan tentera Pakistan.
Kapten Halim hanya memerhati gelagat mereka. Akhirnya mereka membuat
keputusan agar Pasukan Pengiring Pakistan menunggu di penjara. Mereka
akan pergi ke penjara dengan menaiki Pajero tanpa pengiring. Dari
Penjara mereka akan di iringi ke Markas UNOSOM II. Kapten Halim terpaksa
akur dengan keputusan mereka. Dia kemudian di minta untuk memandu
Pasukan Pakistan ke Penjara kerana mereka tidak tahu jalan hendak ke
sana.

Kapten Halim terus keluar menemui Pasukan Pakistan untuk mengatur
pergerakan. Pada masa yang sama, di luar orang awam Somalia yang tadinya
ramai kini beransur-ansur kurang dan akhirnya terus hilang dari kawasan
sekitarnya. “Ada yang tak kena ni” fikir Sarjan Sarizan. Dia terus
memberitahu perubahan keadaan kepada anggota-anggota lain sambil
mengingatkan mereka agar jangan leka dan terus berwaspada. Tiba-tiba dia
di datangi oleh seorang pemuda Somalia yang menunjuk ke arah sebuah
rumah. Di tingkat atas rumah tersebut kelihatan seorang wanita. Di
sebabkan batasan komunikasi wanita itu cuba memberitahu sesuatu melalui
isyarat tangan. Sarjan Sarizan faham wanita itu cuba memberitahunya
sesuatu sedang berlaku di dalam rumahnya.

Dengan penuh berhati-hati Sarjan Sarizan cuba merapati dinding rumah
itu. Baru sampai ke tangga, BAM! BAM! Dua das tembakan di lepaskan dari
tingkat atas rumah itu. Serentak dengan itu tembakan bertubi-tubi
seperti bertih goreng kedengaran dari pelbagai arah. Sarjan Sarizan
terus berlari mendapatkan perlindungan di dalam kereta perisainya. Dia
terus membalas tembakan dari dalam kereta perisainya. Lans Koperal Ramli
yang berada di atas bangunan mendengar tembakan yang di lepaskan dan
tembakan balas APCMALBATT dari arah hadapan bangunaan.

Ketika itu juga terdengar bunyi riuh rendah suara orang di bahagian
belakang bangunan. Beliau mengangkat kepala untuk melihat dari belakang
tembok dan dia mendapati ada tujuh Militia Somalia di situ. Dia
mengangkat senjata dan menenang untuk menembak mereka. Ketika baru
hendak menarik picu senjatanya, BAM!BAM!BAM! tembakan bertubi-tubi dari
bangunan sebelah. Nasib baik Militia Somalia kebanyakan tidak terlatih,
tembakan itu mengenai tembok batu tempat beliau berlindung.

Beliau mengangkat kepala sekali lagi untuk membalas tembakan, tapi
sekali lagi dia di hujani dengan tembakan bertubi-tubi. Beberapa kali
dia cuba membalas tembakan tetapi setiap kali itulah dia menjadi tumpuan
tembakan. Dia berubah kedudukan dengan merangkak ke bucu sebelah kiri
bangunan.



... bersambung...

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ::Siri Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia::

Post by murasame_85 on Tue Oct 04, 2011 11:44 am

... sambungan ...

Tetap sama dia menjadi tumpuan tembakan bertubi-tubi militia Somalia.
Sahlah! Dia sedang di perhati dan di awasi oleh penembak hendap Militia
Somalia. Kapten Halim yang sedang berbincang dengan ketua pasukan
Pengiring Pakistan apabila mendengar bunyi tembakan Mesingan dan
Pelancar Roket Granade 7 (Rocket Propelled Granade 7-RPG 7). Dia terus
berlari mendapatkan Kereta Perisainya. Dari dalam Kereta Perisainya
berhubung dengan anggota melalui radio komunikasi untuk mengetahui apa
yang sedang berlaku. Mereka melaporkan belum dapat melihat arah kemaraan
musuh dan tembakan dilepaskan dari pelbagai arah.

Kumpulan Penembak Tepat juga melaporkan mereka tidak dapat memastikan
arah kemaraan musuh kerana menjadi sasaran tembakan penembak hendap
Militia Somalia. Menyedari Kumpulan Penembak Tepat menjadi sasaran
tembakan bertubi-tubi Militia Somalia menyebabkan mereka sukar memainkan
peranan dengan berkesan, Kapten Halim mengarahkan mereka segera turun
ke bawah. Kumpulan 1 yang di anggotai Koperal Halim dan Prebet Rosli
berjaya turun setelah pertempuran berlangsung beberapa minit. Mereka
kemudian menaiki APC3 dan membalas tembakan dari dalam kenderaan. APC2
melaporkan kepada Kapten Halim pergerakan segerombolan Militia dari arah
laut menuju ke mahkamah.

Tembakan di lepaskan secara membabi-buta dari celah-celah tingkap dan
lubang-lubang di dinding ke arah mahkamah (Rumah dan bangunan di Somalia
banyak yang berlubang bekas tembusan peluru hasil perang saudara yang
berlarutan). Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas tembakan ke
arah musuh dan tidak menembak secara melulu demi menjaga keselamatan
orang awam yang tinggal di kawasan sekitar.

Walaupun di hujani peluru, pasukan MALBATT masih dalam pertimbangan
Kapten Halim membawa kereta perisainya masuk ke dalam perkarangan
Mahkamah mencari tiga orang pegawai perundangan UNOSOM II yang kini
sudah terperangkap di dalam bangunan mahkamah. Di dalam bangunan beliau
menemui mereka di dalam sebuah bilik bersama beberapa pegawai
perundangan Somalia.

Pegawai Somalia itu berjanji akan menjaga ketiga-tiga pegawai UNOSOM II
yang kini mula tergambar perasaan cemas di muka masing-masing. Kapten
Halim kemudian bergegas pula pergi mendapatkan Kereta Perisainya untuk
menyampaikan laporan terkini kepada Markas MALBATT.

Beliau berulang-alik beberapa kali dari kereta perisainya ke dalam
bangunan mahkamah kerana pegawai UNOSOM II yang ketakutan memintanya
bersama-sama menemani mereka. Tembakan Militia Somalia terus menembak
dengan mengunakan mesingan, senjata ringan, RPG 7 dan bom tangan.
Anggota MALBATT mempertahankan kedudukan mereka dengan membalas tembakan
dan membaling bom tangan ke arah Militia Somalia.

Setelah bertempur dengan sengit selama lebih kurang sejam, Kapten Halim
kemudiannya memdapat tahu salah seorang Pegawai perundangan Somalia cuba
berhubung dan berunding dengan kumpulan Militia. Pegawai Somalia itu
memberitahu sekiranya pasukan MALBATT menghentikan tembakan mereka juga
akan berhenti menembak. Kapten Halim segera mengarahkan anggotanya
menghentikan tembakan, tetapi Militia Somalia masih terus-menerus
melepaskan tembakan.

Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas kembali tembakan. Pegawai
Somalia tersebut kemudian memberitahu Kapten Halim pihak Militia Somalia
mahukan ketiga-tiga pegawai UNOSOM II sebagai tebusan barulah mereka
berundur. Kapten Halim berasa tercabar dengan permintaan pihak Militia
Somalia. Dia tidak akan sekali-kali menyerahkan pegawai UNOSOM II
sebagai tebusan.

Ini prinsip yang di junjung tentera darat dalam Sumpah Kesatria ‘Tidak
sekali-kali mengenal menyerah’. Biar putih tulang jangan putih mata.
Dengan sikap pantang menyerah sebelum bertarung, permintaan Militia
Aideed tersebut ditolak mentah-mentah. Permintaan tersebut dijawab
dengan tembakan berterusan oleh Kapten Halim dan anggotanya Menyedari
keadaan yang semakin merbahaya dan genting Kapten Halim mengambil
keputusan untuk berundur segera.

Beliau menghubungi Leftenan Salmi “Salmi, beritahu Ketua Pengiring
Tentera Pakistan masuk ke dalam perkarangan mahkamah sekarang. Ambil
Pegawai UNOSOM dan berundur ke penjara”perintah Kapten Halim. “Tuan,
Pasukan Pakistan dah cabut” Jawab Leftenan Salmi “ Bila?!! Tanya Kapten
Halim terkejut. “Masa mula-mula pertempuran lagi Tuan” balas Leftenan
Salmi Kini mahu tak mahu keselamatan pegawai-pegawai UNOSOM II menjadi
tanggungjawab beliau. Beliau dengan berani menggerakkan APC menghampiri
bangunan mahkamah bagi menyelamatkan para pegawai UNOSOM II yang sedang
terperangkap di bangunan tersebut. Tanpa berlengah lagi, semua pegawai
UNOSOM II di arahkan masuk ke dalam Kereta Perisainya.



... bersambung...

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: ::Siri Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia::

Post by murasame_85 on Tue Oct 04, 2011 11:45 am

... sambungan...

Pegawai-pegawai itu yang pada mulanya banyak kerenah kini umpama
lembu di cucuk hidung, mengikut sahaja arahan yang di berikan. Ketika
pegawai UNOSOM II sedang berlari menuju ke kenderaannya, Kapten Mohd.
Halim dengan tidak menghiraukan keselamatan diri terjun dari
kenderaannya sambil melepaskan tembakan balas secara bertubi-tubi ke
arah Militia Aideed bagi memberi perlindungan rapat kepada para pegawai
UNOSOM II.

Dua Kumpulan Penembak Tepat masih di atas bangunan. Kapten Halim
mengarahkan mereka turun dengan mengunakan pembesar suara. Lans Koperal
Rosli yang mendengar arahan itu berlari secara taktikal bersama rakannya
Prebet Jamari menuju ke tangga. Bagai manapun mereka menghadapi
kesukaran untuk turun kerana menjadi sasaran tembakan setiap kali
menghampiri tangga. Sebagai ketua pasukan Kapten Halim mesti memastikan
kesemua mereka dapat turun sebelum berundur. Kapten Halim bergerak ke
bawah tangga besi sambil memanggil anggotanya turun.

Walaupun tindakan beraninya mengundang bahaya menjadi sasaran tembakan
Militia Somalia dia terpaksa berbuat demikian kerana dia tiada pilihan
lain untuk menyelamatkan anggotanya. Lans Koperal Rosli dan Prebet
Jamari mengelunsur turun melalui tangga besi. Mereka kemudian di bawa
menaiki APCKapten Halim.

Kapten Halim seterusnya pergi mendapatkan Lans Koperal Ramli. Lans
Koperal Ramli sebaik mendengar arahan untuk turun dari pembesar suara
terus bergerak ke arah tangga. Tetapi itu bukanlah mudah, di samping
tembakan bertalu-talu dia terpaksa merangkak dan melompat dengan cepat
dari satu tembok ke tembok yang lain.Tujuh tembok semuanya. Setiap
tembok setinggi dua kaki. Tembok terakhir adalah yang paling lama untuk
di lintasi kerana Militia menumpukan tembakan ke situ.

Akhirnya setelah bersusah payah dan mengadai nyawanya dia berjaya
merapati tangga besi. Prebet Zaini telah tiada di situ. Mungkin telah
turun sebaik menerima arahan. Lans Koperal Ramli menghulurkan senjata
sebagai menjawab panggilan Kapten Halim di bawah. Dia tidak mahu
menyahut kerana masih menjadi sasaran Militia Somalia.Dia kemudian
mendengar Kapten Halim menyuruhnya turun sambil berhati-hati kerana
mereka akan berundur. Bagi memudahkannya turun Lans Koperal Ramli
menyilangkan tali sliang senjata ke belakang dan turun dengan memeluk
tiang tangga lalu mengelungsur ke bawah. Di bawah dia di sambut oleh
Kapten Halim dan dibawa masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Apabila semua anggotanya telah selamat Kapten Halim pun mengarahkan
Pasukannya berundur di bawah hujan peluru, RPG 7 dan bom tangan pihak
Militia Somalia. Tayar salah sebuah nombor ZA 9360 bocor terkena
serpihan bom tangan tetapi masih boleh bergerak. Kerana tindakan berani
Kapten Mohd. Halim, usaha hendak membantutkan proses keamanan yang
dirancang melalui satu tindakan nekad oleh puak Militia Aideed telah
dapat digagalkan.

Setelah bertempur hebat dengan Militia Aideed beliau akhirnya pulang
bersama anggota dan para pegawai UNOSOM II dengan selamat ke pangkalan.
Mereka sampai ke Markas MALBATT lebih kurang pukul 1.00 tengah hari.
Ketiga-tiga pegawai UNOSOM II dibawa Kapten Halim ke Bilik Gerakan
MALBATT bertemu Leftenan Kolonel Rozi. Ketiga mereka yang masih terkejut
dan berpeluh-peluh bertanya kepada Leftenan Kolonel Rozi “Er..Siapa
Komander pasukan ini?” tanya salah seorang dari mereka dengan nada yang
gementar “Kolonel Latif, dia tak ada di sini dan saya timbalannya” jawab
Leftenan Kolonel Rozi.

Ketika itu Kapten Halim pergi berjumpa dengan anak buahnya di samping
memeriksa keadaan kenderaan dan peralatan yang di gunakan untuk membuat
laporan nanti. Dia bersyukur kerana tanggungjawab melindungi Pegawai
UNOSOM II berjaya di laksanakan tanpa ada seorang pun anak buahnya yang
terkorban atau tercedera. “Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak
tahu macamana apa cakap. Kalau tak ada pasukan MALBATT tak tahu apa yang
terjadi.” Kata salah seorang dari pegawai UNOSOM kepada Leftenan
Kolonel Rozi “Siapa nama Kapten tadi?”tanya yang lain pula “Kapten Mohd
Halim” balas Leftenan Kolonel Rozi “Ya, dia patut di berikan pingat atas
keberaniannya.

Kami nak beri dia pingat, atau awak patut bagi kepadanya?”cadang yang
lain. “Baiklah, baiklah, kami akan sampaikan cerita ini ke Mindef
(Kementerian Pertahanan Malaysia), mereka akan tentukan siapa yang layak
dapat pingat akan menerimanya” kata Leftenan Kolonel Rozi. Sebenarnya
tak payah di beritahu memang itulah yang akan di buatnya. Dia tumpang
bangga dengan pencapaian yang di tunjukkan oleh anak buahnya. Sejak itu
nama pasukan MALBATT makin harum di kalangan pasukan pengaman dan rakyat
Somalia. Mereka memuji dan menghormati MALBATT sebagai satu pasukan
tentera yang tangkas, berani dan profesional.

Tindakan berani serta semangat taat setia yang sedia tertanam dijiwa
Perwira RAMD ini telah mendapat pujian tidak hanya daripada para pegawai
kehakiman terbabit malah turut mendapat pujian daripada para pegawai
lain yang berkhidmat dengan UNOSOM II. Menurut para pegawai kehakiman
terbabit mereka tidak hanya terhutang budi malah berhutang nyawa kepada
Kapten Mohd. Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupai hingga ke
akhir hayat mereka. Inilah kata-kata yang sungguh bermakna dan secara
langsung turut menaikkan imej negara.


-----------------------------------------------------------------

Dua tahun selepas misi di Somalia, TD terus mengharumkan nama negara
lagi dengan menyertai misi pengaman di Bosnia. Malah, di Bosnia lah TD
sangat menonjol dan berbagai-bagai cerita tidak rasmi tentang kejayaan
TD disampaikan ke tanah air tercinta ni. Antara cerita-cerita tidak
rasmi itu adalah Malaysia telah menghantar pasukan komando GGK dari 11
RGK (Rejimen Gerak Khas) menyusup masuk ke Bosnia melalui Turki untuk
melumpuhkan kekuatan askar Serbia.

Ada antara komando-komando ni menyusup masuk menjadi sebahagian dari
askar Bosnia untuk berperang memusnahkan kekuatan askar Serbia. Fakta
tentang komando GGK ni adalah ada antara mereka ini merupakan pakar
peperangan gerila.

Banyak lagi misi-misi pengaman PBB yang disertai oleh TD demi
memantapkan kemahiran berperang didalam diri setiap askar Malaysia.
Melalui penyertaan misi-misi pengaman ini, anggota askar Malaysia
sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman bertempur di medan perang,
memandangkan tanah air kita ni sangat aman dan tiada konflik dengan
mana-mana musuh negara buat masa ni. Tapi harus diingat, tak selamanya
kita akan mengecapi rasa selesa yang kita rasa sekarang ni. Kalau bukan
pengorbanan tentera-tentera negara kita siang malam mengawal setiap inci
tanah sempadan, laut dan udara rasanya lama dah kita dijajah kembali.


.Fin.

nantikan epi seterusnya

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum