Log in
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)by caer Yesterday at 8:09 am
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm
» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm
» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm
» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am
» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm
» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm
» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm
» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm
» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am
UMPlife Chatbox
Top posters
| MusTanG (4298) | ||||
| theMVP (3628) | ||||
| aku la????? (3355) | ||||
| cicok (3333) | ||||
| nazkill (3286) | ||||
| asuramaru (3189) | ||||
| zicron21ck (3150) | ||||
| Admin (2987) | ||||
| Castielle Zaidrick (2608) | ||||
| murasame_85 (2506) |
UMPlife Partner Board
UMPlife Chinese Forum
Suburbanzero
Rowie's Scribbles
- d0r! - d0r! ruL3z -
EVOLUSI SAGA FIORE
AM's LiFeZ RuLeS
Laman ServerRooms
MTA Studio
[@][p][!]
nama saya din
zicronzick blog
BudakSedangBelajar
UMPOpenSC
mishyanikookoo
MTA life
inilah kehidupanku
teratak silam
GERABAK MEKANIKAL
kuchenghitam
+ WE LEAD THE FUTURE+ (^^)/
UMP Store
kibotnmos
Shazril Shaedi
Bakpo Gitu?
Fadzrulhisyam
Blogger UMP
Secawan Kopi Panas...
Rionix
Invincible Generation
RoCkStaR site
sollehahn.com
c0l0r 0f my s0ul
I'm not Alone
umpsharing
Blog adib
Ahli Karut
darimo's blurp
lady afiefa
Black Winter
just4khai
blog404
UFun
UMPlife Sponsor
P. Ramlee the Legend
Page 1 of 1 • Share •
P. Ramlee the Legend
Salam semua,
Mungkin diantara kalian memikirkan topic ni bosan sbb berkaitan dgn lagenda lama P.Ramlee. Tp pemikiran itu mungkin berubah jika terus membaca. this my promise
Sapa tidak kenal dgn tokoh ini. antara tokoh2 hebat di Malaysia, hanya P.Ramlee dan Tungku Abdul Rahman yg betul2 disayangi oleh semua bangsa rakyat malaysia. Malah termasuk old-timer Brunei, Indonesia dan Singapore.
Mungkin anda fikir anda kenal sapa P.Ramlee. tp adakah apa yg anda tahu itu reality kehidupan beliau? inilah yg akan ditayangkan di thread ni. semoga terhibur. dipetik dari History Channel
NOTA DARI PENGARAH DOKUMENTARI P.RAMLEE - MUKA 1
(SAMBUNGAN DARI MUKA 1 - NOTA DARI PENGARAH DOKUMENTARI P.RAMLEE)
Mungkin diantara kalian memikirkan topic ni bosan sbb berkaitan dgn lagenda lama P.Ramlee. Tp pemikiran itu mungkin berubah jika terus membaca. this my promise

Sapa tidak kenal dgn tokoh ini. antara tokoh2 hebat di Malaysia, hanya P.Ramlee dan Tungku Abdul Rahman yg betul2 disayangi oleh semua bangsa rakyat malaysia. Malah termasuk old-timer Brunei, Indonesia dan Singapore.
Mungkin anda fikir anda kenal sapa P.Ramlee. tp adakah apa yg anda tahu itu reality kehidupan beliau? inilah yg akan ditayangkan di thread ni. semoga terhibur. dipetik dari History Channel
NOTA DARI PENGARAH DOKUMENTARI P.RAMLEE - MUKA 1
- Spoiler:
- DI SEBALIK TABIR
BERKONGSI LAGENDA INSAN PINTAR, BERBAKAT LUAR BIASA BERNAMA P. RAMLEE
Terima kasih kerana menonton dokumentari P Ramlee yang disiarkan buat
pertama kalinya pada 31 Oktober 2010 di History Channel, 555. Jika anda
tidak berpeluang menontonnya, jangan lupa menonton siaran ulangannya
pada Sabtu (7malam) dan Ahad (10 pagi) ini. Kami bangga membaca
komen-komen penonton, terutamanya dari Malaysia, yang begitu tajam
pemerhatian dan boleh menangkap maksud yang tersirat dalam doku itu.
Memang benar, banyak lagi yang tidak dapat dimuatkan dalam dokumentari 2
jam ini (tolak iklan, cuma satu jam setengah). Doku P Ramlee ini
mulanya dirancang sebagai doku 4-5 jam tetapi tidak diterima stesen TV
tempatan kerana kos terlalu tinggi. Kami ingin berkongsi beberapa
perkara di belakang tabir untuk peminat P Ramlee Doku.
Menghormati memori seorang legenda.
Sebenarnya kami amat bersyukur kerana wujudnya Program Penerbitan
Bersama antara Finas dengan Stesen TV antarabangsa, antaranya dengan
AETN (Astro)/AAA. Paling utama, ia memberi kami peluang menerbitkan
dokumentari yang telah sekian lama kami, sebagai peminat setia P Ramlee,
ingin hasilkan dan berkongsi dengan peminatnya yang lain serta seluruh
rakyat Malaysia. Penayangannya di Chanel TV antarabangsa seperti History
Channel merupakan satu bonus bagi kami, tetapi lebih penting, sangat
bertepatan bagi mengenang jasa insan berbakat luar biasa atau seorang
genius seperti Allahyarham P Ramlee.
Janji kepada Nasir P Ramlee.
Secara peribadi, saya berasa lega. Akhirnya dapat juga saya kotakan
janji saya kepada Nasir, anak sulung P Ramlee, untuk menayangkan kisah
hidup bapanya, kalau bukan dilayar perak, di skrin TV. Sayangnya, Nasir
telah pergi dahulu sebelum doku ini dapat disiapkan. Alangkah baiknya
jika Nasir dapat menyaksikannya. Syukurlah masih ada Sazali.
Seperkara lagi yang amat saya kesalkan ialah kehilangan beberapa pita
interbiu terdahulu bersama Nasir yang musnah dalam kebakaran pejabat
kami beberapa tahun yang lalu.
Asalnya mahu bikin filem
Asalnya pada tahun 1998/99 kami mahu menerbitkan sebuah filem mengenai P
Ramlee dan telah memulakan kajian tentangnya. Masa itulah kami
menyedari bahawa tidak terdapat visual P Ramlee di luar filemnya,
terutamanya semasa dia di Kuala Lumpur. Ada juga seorang dua
memberitahu kami mereka pernah melihat futej mengenai P Ramlee di RTM,
tetapi tidak ingat bila atau program apa. Jelaslah kepada kami bahawa
pencarian visual tentang kehidupan P Ramlee di Kuala Lumpur akan menjadi
satu cabaran getir.
Permintaan Nasir
Apabila berkenalan dan berbincang dengan Nasir , pada tahun 2004, kami
cadangkan Allahyarham patut bukukan hidup sebagai ahli keluarga P
Ramlee. Berbincang mengenai filem, Nasir minta beberapa individu yang
dinamakannya tidak memainkan peranan atau bercakap mengenai P Ramlee
kerana yakin jika bapanya masih hidup, dia tentu tidak akan
mengizinkannya. Lainlah jika mereka ini hanya mahu mengatakan bahawa
mereka sebenarnya tidak mengenali P Ramlee.
Ramai yang keberatan berkongsi pengalaman
Semasa sibuk meneliti dan menyemak timbunan bahan dan dokumen, kami
mendapat berita yang Seniwati Datin Saadiah mengalami masalah
kesihatan. Kami mengambil keputusan untuk merakamkan interbiu bersamanya
serta suami, Dato Ahmad Daud sebaik sahaja dia sihat. Mereka memberikan
kerjasama yang sangat baik. Kami juga merakamkan interbiu dengan
beberapa orang rakan baik P Ramlee yang dicadangkan kepada kami. Tetapi
kami juga mahu menemu bual mereka yang menemani P Ramlee bukan hanya di
set filem sahaja. Malangnya masa tu ada yang mencurigai tujuan kami dan
membuat berbagai sindiran serta tidak mahu berkongsi cerita
Pengalaman di Astro beri keyakinan- filem P Ramlee di digitkan dan di bersihkan
Saya berasa sungguh bertuah kerana semasa menjadi Perunding Kreatif di
Measat Broadcast untuk menubuhkan Chanel Melayu Astro dahulu, satu
daripada tugas saya adalah memastikan semua filem filem P Ramlee
tersenarai untuk hak tayangan terhad yang di beli dari Shaw Organisation
di Singapura. Proses pemulihan dan memastikan rakyat negara ini
mendapat akses kepada filem filem P Ramlee melalui Astro Ria bermula
dengan mengumpulkan semua lagu lagu dari filem P Ramlee sebagai musik
video- satu strategi yang tepat dari Astro. Saya orang paling bernasib
baik dapat melihat semula karya P Ramlee didigitkan (digitize).
Siapa kamu nak buat filem P Ramlee?
Berbalik kepada filem, kami menganggarkan bajet sebanyak RM3.5 juta.
Ini termasuk kos menggunakan futej daripada filem P Ramlee (mujurlah tak
jadi sebab kami buat anggaran ikut harga pasaran, tapi harga sebenar
dari Shaw buat kami kecut perut). Andaian naif kami bahawa semua pihak
tentu akan membantu dan bekerjasama kerana semua sayangkan 'P Ramlee
yang merupakan lambang sejarah perfileman Melayu’, ternyata meleset.
Berbagai soalan sinis dan sindiran kami terima. 'Kamu siapa nak buat
filem pasal P Ramlee?', 'Apa pertalian kamu dengan P Ramlee? ', ‘Tanya
dia kenapa dia pulak yang nak buat filem pasal P Ramlee. Apa dia tau?’
Itu antara soalan yang di lontarkan. Jawapan saya pada masa itu pun
tidak membantu meyakinkan sesiapa - 'Saya peminat P Ramlee' ,
'Erm...Saya mengagumi kerja-kerjanya’, ‘ Filem-filemnya menambat
imaginasi saya’..duh
Memang hebatlah P Ramlee. Ada yang sayangkan dia dan bersifat
'territorial' hingga yakin filem P Ramlee hanya patut di buat oleh
mereka yang rapat dengan P Ramlee. Betul juga tu. Mereka tidak mahu
memori legenda agung ini tercemar. Tapi kami juga tak faham - begitu
ramai yang sayangkan P Ramlee, kenapa tiada yang tolong bila dia amat
memerlukan bantuan dan sokongan. Itu yang kita semua tak terjawab.
Kongsi dari hati
Kumpulan kami hanya Peminat P Ramlee yang mahu berkongsi. Kami rasa
sesiapa jua patut berkongsi apa yang mereka tahu mengenai P Ramlee. Ini
yang kami cuba lakukan. Kumpul maklumat untuk di kongsi oleh semua-
bukan untuk menjatuhkan air muka atau memfitnah sesiapa. Maklumat dan
pandangan daripada ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan P Ramlee
sehingga akhir hayatnya di beri keutamaan dalam temu bual kami. Kami
berhati hati dalam berkongsi maklumat ini serta juga menghormati
kehendak Nasir, waris P Ramlee.
Keikhlasan karya P Ramlee memang jelas datang daripada hatinya,
pengalaman dan sekitar sosialnya. Kita berterima kasih kerana adanya
insan seperti P Ramlee dalam dunia seni kita, yang telah berkarya
sejujur-jujurnya. Sebagai manusia biasa, dia juga tidak boleh lari
daripada membuat kesilapan. Tetapi sebagai karyawan dia cukup sempurna
dan berjaya menyentuh perasan semua yang menonton dan mengenali
karyanya. Kisah hidup P Ramlee perlu diceritakan dan di kongsi bersama
supaya terus diingati dan dikenali generasi akan datang.
Projek Filem temui jalan buntu - Nasir kecewa, kami hampa.
P Ramlee public figure - jadi tak ada siapa boleh kata dia ada hak
mutlak atas apa-apa projek berkenaan P Ramlee- itu yang Nasir yakinkan
kepada saya. Ini kerana berbagai usaha dilakukan individu tertentu
untuk menghalang projek ini dan meletakkan berbagai syarat, bayaran dan
desakan. Kami terpaksa banyak bersabar.
Akhirnya kami hanya dapat kumpul bajet sekitar RM1 juta. Jauh lebih
rendah daripada yang di perlukan. Jumlah ini sebenar nya ok kalau nak
buat filem komedi atau drama kontemporari bajet kecil. Kita pun dah
belanja banyak untuk penyelidikan dan membangunkan projek ini. Sudah tak
boleh tanggung lagi belanja kos kaji selidik. Walau pun sedih, Projek
filem P Ramlee terpaksa kami tangguhkan. Nasir orang paling kecewa.
Bila saya beritahu keadaan sebenar, bergenang air mata Nasir. Kemudian
dia tergelak, katanya “memang ada badi”. Saya kata bukan badi, hanya
susah nak dapat bantuan kewangan. Kita perlukan masa lagi. Nasir
bertegas mahu juga sesuatu di lakukan walau dengan apa cara sekali pun
dan minta saya janji. Saya janji kalau boleh sebagai dokumentari pun,
saya akan lakukan. Tiap kali bila terjumpa dia, dia akan tergelak dan
tanya 'Jadi tak? Bila nak buat?’
Siri dokumentari 4-5 jam.
Tidak berapa lama kemudian kami tulis dan aturkan format supaya projek
ini dibuat dalam bentuk siri dokumentari 4-5 jam. Bila dihantar ke
stesen TV tempatan, ia sukar diterima kerana kosnya memang tinggi.
Finas – AETN/History channel.
Hampir satu dekad kemudian, bila Finas – AETN/History channel mempelawa
cadangan bagi dokumentari tentang rakyat Malaysia berprofil tinggi, kami
tidak teragak-agak mencadangkan P Ramlee. Kami mencadangkan dokumentari
2 jam. Tetapi saluran History hanya mahukan kandungan untuk 1 jam
sahaja melainkan personaliti itu bernama besar dan sehebat Tun Mahathir.
Kami cuba meyakinkan bahawa dalam bidang seni, P Ramlee mungkin sehebat
Tun Mahathir. Tetapi keputusan telah dibuat dan kami akur.
Apabila dokumentari 1 jam hampir siap, mereka sedar betapa hebatnya
legasi P Ramlee dan kami diminta segera menyediakan doku untuk 90
minit. Itu pun ada yang cuba menghalang dan mengatakan manusia biasa
tidak mampu menonton dokumentari lebih daripada 1 jam dan kami tak
pandai merancang!
(SAMBUNGAN DARI MUKA 1 - NOTA DARI PENGARAH DOKUMENTARI P.RAMLEE)
- Spoiler:
Kaki Penghalang, Kaki Sabotaj
Penghalang yang mahu sabotaj projek ini memang ramai. Sampai ada yang
tertanya-tanya kenapa kami di berikan projek ini. Kenapa tidak dia
sendiri atau sesiapa lah pendek kata asalkan bukan saya. Kenapa tak si
polan atau sipulun? Yang paling kelakar, mereka ini tidak pun menghantar
kertas cadangan. Tapi bila dengar orang lain dapat, mula terlompat-
buat tuduhan yang bukan-bukan. Mana lah kami tahu. Kami pergi pitching.
Lepas tu kami lupa sebab lama sangat menunggu keputusan kerana terpaksa
dibawa keatas. Maklumlah ada yang sentiasa mempertikaikan. Tentu saja
bila cadangan kami di pilih, kami meraikannya dan semestinya orang yang
paling kami kenang ialah Arwah Nasir.
Ada yang risau dan takut kami akan kaya.
Struktur skrip dokumentari ini memastikan walau pun bajetnya lebih
tinggi daripada dokumentari tempatan, kami tidak akan jadi kaya. Kalau
tak percaya tanyalah penerbit lain yang pernah membuat dokumentari untuk
Chanel Antarabangsa.
Penggambaran, pasca produksi dan rombakan tidak ada hadnya dan memakan
masa lebih kurang 5 bulan. Pihak yang cuba sabotaj takut kami akan jadi
kaya. Memang kami jadi kaya-tapi kaya dengan pengalaman dan pendedahan
yang paling berharga. Chanel antarabangsa pentingkan supaya sabjek dan
kandungan mencapai standard dan blueprint yang telah mereka tetapkan.
Ini memastikan anda tidak boleh buat duit sewenang-wenangnya. Lagi pun
Stesen TV ini bukannya ***** dan boleh dipermainkan.
Jadi kami mintalah mereka yang suka beranggapan buruk serta mengutuk
kerja orang lain, hentikanlah. Jika anda fikir anda boleh buat yang
lebih baik, tiada siapa yang melarang anda berbuat demikian. Malahan
kami mengalu-alukannya. Dalam industri ini cemburu, dendam, batu
penghalang, kaki sabotaj memang terbukti hebatnya. Tapi kami pekakkan
telinga dan fokus- buat terbaik yang mampu untuk siapkan dokumentari
ini. Apa yang kami lalui hanyalah setitik daripada apa yang dilalui P
Ramlee ketika dia berkarya.
Ada lagi ke yang tak tunjuk? Ada sambungan?
Kepada ramai yang mengajukan soalan pertama, jawapannya 'ya' memang
ada. Tempoh dokumentari 90 minit mengehadkan isi kandungnya. Banyak lagi
interbiu yang tidak dapat dimasukkan. Ada lagi yang perlu dibuat kalau
disambung. Tetapi mengenai sambungan, susah nak jawab. Doku yang ini pun
diterbitkan sebab ada kerjasama Finas dengan saluran TV Antarabangsa.
Kalau tak ada, memang tak boleh buat kerana kosnya.
Pada keseluruhannya, proses doku ini memberi banyak pengajaran. Apa yang
kita jangka akan menarik perhatian penonton tempatan, Penerbit History
channel akan kata penonton antarabangsa lebih berminat yang lain. Semua
segmen, skrip, pilihan individu dan fokus doku itu akan di kupas dan di
bincang berkali-kali sehingga kedua pihak mencapai persetujuan. Ada
kalanya adegan berjaya dimasukkan semula setelah di gugurkan, terpaksa
dirombak lagi. Fokus hanya kepada P Ramlee dan P Ramlee sahaja. Kemudian
baru lah blueprint format dan skrip di persetujui. Sememangnya bahasa
dan budaya akan membezakan sentimen. Mereka objektif dan kami pula
mempunyai pertalian emosi dengan subjek, iaitu P Ramlee. Oleh itu, jalan
tengah diperlukan.
Jangan salahkan Mariani… aduh…( update – Terkini )
Konsultan kami bagi dokumentari ini adalah Datuk Aziz Sattar, Arwah
Nasir P Ramlee, Ramli Ismail - pembantu peribadi P Ramlee dan Datuk
Ahmad Nawab. Selain itu rujukan dibuat kepada dokumen berkaitan, ahli
akademik dan beberapa individu di Kuala Lumpur dan Singapura. Ramai
yang kagum dengan Mariani . Ada juga yang bertanya tentang cerita
Mariani.
Ingin kami nyatakan di sini bahawa bukan Mariani yang cari kami untuk
bercerita. Kami yang cari dan pujuk dia. Yang menyuruh kami temu bual
Mariani adalah Nasir sendiri dan Datuk Aziz Sattar. Mereka yang beritahu
cerita Mariani kepada kami. Mariani hanya mengesahkan saja. Lagi pun
Mariani dan Saloma adik-beradik, mereka yang lebih tahu hal keluarga
mereka. Tidak adil membuat berbagai andaian dan tuduhan melulu
terhadapnya. Jangan terpengaruh dengan kaki penghasut.
Sebenarnya banyak lagi isi rakaman sensitif yang kami simpan. Kami
tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kami sedar memang penyakit ‘cemburu,
dendam, bunuh kerjaya orang lain’ antara orang industri, artis dan
karyawan masih ada dari dulu hingga sekarang. Kalau tak belajar lagi
dari dokumentari ‘P Ramlee’ ni, memang akan lingkup.
Jika ada yang tak menyokong kami- itu perkara biasa. Tapi jangan cuba
hasut orang lain untuk mencemar usaha kami. Kami tahu tidak ramai yang
sanggup berkorban untuk menerbitkan dokumentari ini sebaik mungkin
berbanding bajetnya. Sebab itu ada orang yang mengaku mereka paling
rapat dengan P Ramlee dan mengetahui berbagai rahsia, tidak akan
menerbitkan dokumentari ini kerana mereka tidak jujur dan hanya tahu
bercakap saja. Jika mereka ikhlas, sudah lama mereka buat dokumentari
mengenai P Ramlee.
Kejutan
Kos mendapatkan hak menggunakan futej filem P Ramlee dari Shaw Singapore
begitu mengejutkan kami dan juga History channel, kerana terlalu tinggi
dan tidak pernah kami bayangkan – ia bagaikan satu ledakan bom! Dengan
bantuan FINAS dan individu di Singapura, kami terpaksa pula melalui
proses memujuk. Kalau tidak, memang tidak boleh guna futej tersebut.
Akhirnya, selepas sekian lama, Shaw setuju bila kami kurangkan tajuk
filem yang kami perlukan ke peringkat minima, sesuai dengan bajet kami.
Sekurang-kurangnya Warner Music membantu dengan mengenakan kos yang
berpatutan untuk lagu-lagu P Ramlee.
Rakaman suara secara kawalan jauh
Proses rakaman suara latar agak menarik kerana di lakukan di studio di
London tetapi kami mengawal dan mengarah dari KL melalui talipon yang
disambung terus ke studio. Kami hanya dapat membantu Timothy Watson
(pembaca) melalui talipon. Alangkah baiknya jika saya berada di studio
sana dan dapat menerangkan kepada Timothy siapa dia insan bernama P
Ramlee. Tapi tak mengapa, kerana Timothy begitu profesional. Kelakar
sikit lah bila dia susah menyebut perkataan, nama dan tajuk filem
Melayu. Tetapi dia cepat tangkap bila di ajar.
Maafkan kami…
Yang kami kesali - tak dapat hubungi Run Run Shaw dan juga ada individu
yang disebut dalam temu bual doku ini, yang tidak mahu komen balas atau
di temu bual. Kami terpaksa gugurkan segmen penting yang melibatkan
mereka masa krisis di Singapura. Kami sedar ramai yang mahu kami memberi
penekanan dalam beberapa perkara. Tetapi kami diingatkan perlu sentiasa
objektif dan tidak memihak pada sesiapa.
Bagi mereka yang telah ditemu bual tetapi tidak dapat di muatkan dalam
dokumentari ini dan mereka yang merasakan mereka berhak didengar dalam
dokumentari ini, ‘maafkan kami’ kerana masa 90 minit itu ditetapkan
Penerbit antarabangsa. Kami akan cuba muatkan untuk siri seterusnya jika
ada peluang. Harap semua faham.
P Ramlee- Legenda yang tiada Penggantinya
P Ramlee masih belum ada penggantinya. Semasa hayatnya, terlalu banyak
yang cemburu, iri hati, tikam belakang dan melakukan pengkhianatan
terhadapnya. Seperti legenda lain, ada banyak soalan dan dakwaan yang
masih belum terjawab mengenainya. Saya yakin banyak lagi kisah hidup dan
cerita mengenai Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang masih belum
diceritakan.
Walau pun sekian lama setelah kematiannya, kisah hidupnya tetap menjadi
tandatanya dan cerita mengenainya masih jadi rebutan. Dia masih memberi
kesan dalam berbagai-bagai cara dalam hidup kita. Oleh kerana kami
daripada industri yang sama, kami amat berasa empati dengannya.
Semoga kami dapat meneruskan lagi siri mengenai P Ramlee bagi penonton Malaysia khasnya. Mana tau, mungkin ada lagi kejutan….
Terima kasih atas sokongan anda.
Salam.
Shuhaimi Baba & tim doku P.Ramlee, Pesona Pictures
.(TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMBACA NYA)
Last edited by murasame_85 on Sun Sep 25, 2011 6:46 am; edited 1 time in total
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Re: P. Ramlee the Legend
nice thread from murasame, most of us heard his name b4 but nv try to know him deeply...
_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!


Admin- Admin

- Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

Re: P. Ramlee the Legend
sedihnya org yg menjulang seni tempatan di mata dunia ni dikuburkan oleh kumpulan yg kaya dgn seni beliau.
hasat dengki dan tikam blakang mmg keji tul la
hasat dengki dan tikam blakang mmg keji tul la
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Similar topics» P. Ramlee the Legend
» Kenali SENIMAN AGUNG TAN SRI DR P.RAMLEE
» LAPTOP! Promotion for UMP student.
» How to say I Love You in 100 Languages
» Vindictus - Break Off
» Kenali SENIMAN AGUNG TAN SRI DR P.RAMLEE
» LAPTOP! Promotion for UMP student.
» How to say I Love You in 100 Languages
» Vindictus - Break Off
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum










