Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Yesterday at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

View previous topic View next topic Go down

Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by murasame_85 on Tue Jul 12, 2011 12:01 pm

SHAH ALAM 11 JULAI : “Salahkan angin, polis tak tembak ke arah hospital.”
Itu penjelasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersabit
bukti gambar dan video yang memaparkan tembakan gas pemedih mata dan air
berkimia ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan
Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah
hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan
dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan
asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah
Hospital Tung Shin hari ini.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang
dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya
jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan
penjelasannya.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada
lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari
perhimpunan tersebut.

Seorang kakitangan yang mengendalikan pengurusan ambulans berkata polis
menembak gas pemedih mata sebanyak tiga kali, Malaysiakini melaporkan
Sabtu lalu.

Tambahnya tembakan meriam air tidak sampai ke bangunan utama hospital,
tetapi terkena bangunan yang terletak dalam perkarangan hospital
berkenaan.

Seorang lelaki berusia yang tidak mahu namanya disebut berkata polis
mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ka arah satu kumpulan yang
berkumpul di depan hospital itu dan asrama kakitangan lelaki yang
terletak di sebelah bangunan utama.

Anggota polis kemudiannya masuk ke dalam perkarangan dan mula membuat
tangkapan, dan ada peserta perarakan itu yang lari ke arah bukit kecil
bersebelahan Hospital Tung Sin bagi mengelak daripada di tangkap,
katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala
Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan
tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada orang
ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata
ke dalam perkarangan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila
anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan
tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin
kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang
terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital
tersebut.



Sumber

Tahap permikiran Menteri kita secara umumnya..
masih lg rendah berbanding negara jiran

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by Admin on Tue Jul 12, 2011 1:39 pm

ni dia, salah satu video membuktikan dakwaan bhw polis mmg ada menembak bom pemedih mata ke dalam kawasan hospital...

Datuk Seri Liow Tiong Lai nie mmg mengarut lah~

http://www.youtube.com/watch?v=2R7B0Yn_ioA


_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

Re: Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by caer on Wed Jul 13, 2011 11:35 am

murasame_85 wrote:

Tahap permikiran Menteri kita secara umumnya..
masih lg rendah berbanding negara jiran



Admin wrote:
Datuk Seri Liow Tiong Lai nie mmg mengarut lah~


Like!!

_________________
PSN ID: I3PiLLaRs


caer
Moderator
Moderator

Posts: 1642
Join date: 04/11/2008
Location: Ipoh

View user profile

Back to top Go down

Re: Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by murasame_85 on Wed Jul 13, 2011 5:58 pm

Masa tu ada pemuda cina marah "Jangan tembak hospital lah!"

salahkan angin lak.
salahkan hospital tu la.. napa x lari

@Admin
Pak menteri dah kasi warning..
Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang
dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya
jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk mempertikaikan
penjelasannya.


ada kami kisah?

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by caer on Thu Jul 14, 2011 8:15 am

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan
telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan
polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah
hospital.



bersih rally 090711 police shooting into tung shin
hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi
PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital
Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan
mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.



Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul
pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari
diserang.



Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital
juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki
bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada
tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.



tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling
menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu
berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi
mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan
meriam air,” kata mereka.



Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan
penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata
dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.



Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata
polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital
Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.



azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.



Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke
arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah
hospital berkenaan.



Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.



Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa
rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang
dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.



Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh
Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr
David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie
Low dan Dr Steve Wong.



tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan
pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara
dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan
mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar,
video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.



Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik
selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang
bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika
diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.


p/s: dah setaraf zionis dah ni kerajaan rejim di Malaysia ni.

_________________
PSN ID: I3PiLLaRs


caer
Moderator
Moderator

Posts: 1642
Join date: 04/11/2008
Location: Ipoh

View user profile

Back to top Go down

Re: Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by murasame_85 on Fri Jul 15, 2011 3:16 pm

hoh geng profesional pn dah bangkit

_________________

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2506
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Tear Gas - Salahkan Angin (BERSIH)

Post by dynoboyz on Sat Jul 16, 2011 8:09 pm

lawak2.. apabila dah xtaw dosa.

dynoboyz
Moderator
Moderator

Posts: 1132
Join date: 04/01/2009
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum