Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Yesterday at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

View previous topic View next topic Go down

Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Fri Dec 10, 2010 3:11 pm

cite yg aku ambik dari satu laman web..

Subject: JALAN SUBANG AIRPORT

Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer...,

Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb...

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah....

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi
belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho....

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam
keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...

Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya...

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik
sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu...

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul....

Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and
becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat.

Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki,
ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman...

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini...

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun...

Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... semuanya dalam kekuasaanNYA.



Subject: Jalan bukit tinggi -bukit 7 gua musang-kuala lipis..

tarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah bersiap sedia untuk bertolak dari kl ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak n adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari kuantan ke machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui kl - machang..


bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg ..

aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya

melalui karak highway kemudian ke bentong dan raub serta melalui kuala lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan bukit tinggi antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..


betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2....

kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku x hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa mcm nak pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...mmg aku tak nampak tapi aku bleh rasa ...sebelum kejadian nie aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 ..

aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang aku dah amik awal2 lagik :mad: :mad: so aku just pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran...

lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak call abang aku tapi time tu signal takde :mad: :mad:


aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku...


keta abg aku di depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad: :mad:

apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, abg aku time tu katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya...

kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga sampai di ruang rehat gua musang...

masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu...

peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya...

begitulah peristiwa ngeri aku yg paling latest...:mad:



Subject: Jalan KL - Ipoh

kejadian ni berlaku adelah setahun lebih....ni aku dlm perjalanan dr KL ke Ipoh..ikut highway lah..tpt kejadian aku tak brp pasti exactly maner tp lebih kurang lepas perhentian tapah laaa........... mase tu ktrang bertolak dr KL kul 1 pagi, br lepas keje trus bertolak. ingat sampai ipoh subuh kire ok la. sampai kat tpt kejadian tuh..jln mmg gelap, dan kebetulan takde kereta kat belakang, depan atau pun dr arah bertentangan. kire kete aku satu2nyalah kat jln tu. memula takde ape ler, pastu ade kwn aku ckp, seram gak ekkk sorang2 kat highway nih....ktrang yg lain mengiyakan aje. mmg seram pon la, kiri kanan hutan..gelap..takde kete lain. pastu tetiba ade bunyi bedebuk kat atas bumbung kete...terkejut beruk gak ktrang. pastu kete terasa berat semcm...kwn aku yg drive ckp nak berenti tgk....ktrang sume ckp JANGANNNNN!!!!!!!!!!!..macam tulah lebih kurang. kwn aku yg belah kiri tepi tingkap tu ade intai gak, ade ape....dia kata nampak mcm kain......PUTIH. ape lagi lagilah ktrang cuak....kebetulan dl mkete tu ade kaset org mengaji...trus pasang. ade la dlm bbrp minit still sama. ade ler bbrp kete lalu dr sebelah sana tp diorang tak perasan apae2 kot...pastu...bunyi berbeduk lagi skali tp kali ni perlahan skit. tetiba jer kete ringan.....n suddenly ktrang nampak mende tuh ...zastttt........terbang dpn ktrang trus masuk utan.....huii..seramnnyaaaa............nasib baik masuk utan, kalo dibuatnye bertenggek kat dpn bonet mau sasau ktrang dibuatnya. tp samp skang tak serik gune highway tgh mlm....drive mlm2 best.



Subject: Volkwagen kuning

Cite psl volkwagen kuning ni seram gak. Ayah aku cite die penah bertembung, kt jalan bertentangan sebelum masuk terowong tu dlm kul 3 pagi. Tapi bukan die ajak race pun, cume ayah aku kate, mase ayah lalu kt area tu, x de kete lain selain kete ayah aku. Tingkap bhg. driver x tutup rapat... for sure leh dengar bunyi engin kete yg lalu dekat ngan die, melainkan kete tu mati engin kot. tapi ayah aku kate, die cume nampak kete tu jalan ngan lampu berpasang tapi x de bunyi..cume bunyi engin kete ayah aku je dengar. Ayah aku cite, die terserempak ngan volkwagen kuning ni time awal 90an..



Subject: Highway timur barat

aku ada satu cerita.....
terjadi kat kawan aku......

kawan aku nih cikgu kat kelantan...... kampung dia kat kedah.... sekampung ngan aku la. jadi dia selalu berulang alik lalu highway timur barat korang penah lalu kan highway tuh..... gajah banyak tuh kat situ.
jadi member aku nih nak balik kampung pada suatu cuti skolah. pada hari kejadian tuh kebetulah kengkawan dia tak jadi balik sebab ada kokurikulum jadi nak tak nak dia kena drive sengsorang..... isk aku citer kat korang aku dah seram sejuk nih sebab aku slalu guna jugak highway nih.

malam tuh dia bertolak..... sampai kat pertengahan highway timur barat nih ada satu kawasan rehat kat tengah-tengah banjaran tuh. jadi dia ingat nak rehat la kat situ. lam pukul 11 lebih. dia pun rehat sambil buang apa yang patut. kat situ pun ramai jugak yang lepak masa tuh.... jadi tak la dia rasa semacam je kan.

lepas lepak sekejap dia pun teruskan perjalanan. dalam perjalanan tuh dia bawak selamber je la kan yela apa nak kejar kang bawak lelaju terbabas lam gaung plak.... ada la lori follow dia dari blakang..... siap bagi lampu beam lagi. member aku nih selamber je la.... lori tu follow rapat sekejap sekejap beam... kejap kejap beam.... member aku nih angin la gak.... apahal mamat nih.... sampai kat petronas kat banding..... member aku berhenti.... mamat lori nih pun berhenti jugak.

member aku cuak jugak .... apahal nih.... dreba lori tuh datang kat dia tanya ko bawak sapa lam kereta tuh reramai.... loh... member aku kata dia sorang jek.... nak balik kampung.... dreba lori tuh kata... tak pa.... ko pegi bukak pintu sumer keter pas tu pegi lepak sekejap.... member aku serta merta rasa nak pitam.... sapa plak lam keter aku nih.... isk..... dreba lori tuh plak yang tulun bukakan pintu..... lepas tu dorang sembang....

dreba lori tu kater dia prasan masa kat kawasan rehat tuh lagi.... ye la member aku nih llepak sensorang pas tu bukak pintu empat empat plak tuh.... pas tu masa member aku blah dari situ dia nampak penuh lam keter member aku.... tapi yang beshnyer member aku tak prasan plak ada orang follow dia....member aku gelabah biawak trus.....

dah lepak n borak borak..... dreba lori tuh kata line clear..... member aku nih cuak gak.... pas tuh dia kata tak pe.... dia follow dari blakang kalau ada apa apa lagi dia bagi beam.... member aku ye kan aje....

alhamdullillah sampai kat kedah tak de apa apa terjadi. nasib baik jumpa mamat lori tuh kalau tak benda tuh dah sampai kampung aku dah.... dorang buat lawatan sambil blajar.

itu la citer aku... tapi aku still guna highway tuh lagi walaupun tengah tengah malam sebab aku suka driving malam. siang ngantuk.



Subject: Jalan Kem Kemuning

korang penah lalu jalan kat kem kemuning tu tak..... sebelum sampai ke plaza tol Bukit Merah.... jalan tu bengkang bengkok skit..... isk.... aku pun tak penah lalu jugak tapi kisah nih bapak sedara aku yang ceritakan.... boley tahan gak seramnya.

satu malam dia nak test jalan nih.... katanya jalan nih seram .... then dekat pukul 1.00 pg dia lalu..... sebelum lalu jalan tuh dia singgah Shell dulu...... dia pun bagi tau la kat tokey shell tuh dia nak lalu jalan tuh..... tokey tuh larang dia lalu..... bahaya katanya ..... banyak orang cerita nampak cik pon tengah kirai rambut.... korang tau kan kirai rambut..... ala cam kibas-kibas rambut ala mengoda camtuh.... ahaks.... pas tokey tuh cakap camtu dia pun sengih jek sebab memang niat dah termaktub nak carik benda tuh......

dia pun jalan jek ....... jalan tuh bengkang bengkok ...... ada kat satu spot tuh..... dia nampak cam dua orang tengah jalan ...... kebetulan sebuah keter pun tak der masa tuh..... nak tak nak..... sebab dah terpaksa..... takkan nak follow jek menda alah apa yang melengang jek tengah jalan tuh..... dah la tuh..... nampak samar-samar jek benda tuh.... dia ngan konfidennya langgar je menda tuh...... fuh.... lega takrak apa apa pun katanya lam ati..... dia pun hairan apa yang aku langgar tadi...... korang ingat apa?

cerita blum berakhir......

lepas tuh start dia dengar bunyi cam orang bercakap.... tepi telinga dia...... tepi sangat..... cam berbisik.... alahai.... meromang bulu tengkok den.... bunyi butir apa dia tak paham.... bunti cam orang asli pun ada..... tapi betul betul tepi telinga dia..... dia cuba nak paham... tapi tak paham..... dia gelabah.... kalau aku .... aku gelabah..... bukak cd yasin..... kat mulut macam2 ayat dah baca.... yang penuh.... yang separuh, semua baca. tetiba...... bunti tuh hilang. lega kejap..... rupanya belum berakhir.

enjin keta nak mati. tersemput-semput. korang bayangkan.... isk....enjin keta auto..... tekan berderum derum tak pergi.... berat sangat rasanya.... dah la tuh semput semput lak.... dia dah berpeluh.... nyesal pun ada..... nak kencing pun ada.... nun dari jauh nampak dah lampu highway plus.... tapi nak sampai tuh rasanya cam pi Ipoh..... dia dah nak nangis...... pasang cd makin kuat..... at last ..... keter dia dah back to normal..... apa lagi pecut terus ke Bukit Merah........ lepas tuh trus balik penang.... sampai umah tidor..... 7 hari kemudian baru kebah demam..... tuh baru kena sakat blum nampak depan mata..... kalau depan mata mau ICU.... kata orang aku kalau kena..... tak tau la...... ekekekekkee



Subject: Bukit Putus

Ada member aku lalulah kat Bukit Putus nie... laluan dari K. Pilah nak ke Seremban,
masa tu tengah malamlah, and than ada org nak tumpang, org tu askar, siap ngan pakaian tentera, katanya dia tertinggal truck askar nak balik ke kem Rasah, jadi member aku nie pun tumpangkanlah.... citer punya citer sampailah.... dan askar tu pun turunlah. Lepas jea askar tu turun, member aku nie tak sedap hatilah sebab dia dah tercium satu bau2 yg kurang menyenangkan (bau busuk yg teramatlah busuknya....) dia sampai berhenti kat petrol pam, pegi check apa yg berbau.. tapi tak jumpa...
bila dia ingat balik, mungkin bau tu dtgnya dari askar tadi tu..... masa dia citer tu... ada satu pakcik tu dengar, dan pakcik tu kata, memang askar tu selalu menumpang org yang lalu... katanya kat jalan tu dulu, ada truck askar terjunam masuk gaung.... ramai yg mati... tak tahulah... tapi pakcik tu kata.. benda nie dah lama berlaku, awal2 70an dulu le... sekarang nie tak dengarlah pulak citer cam tul lagi...



Subject: arrrr!!!

Ini pengalaman aku sendiri, dulu masa awal 2002 aku teman member aku anta keta kat ipoh dia ni wat part time anta keta kat showroom, so bila dah anta nanti aku amik dia balik ...masa tu pun aku tgh cuti panjang....on the way g ipoh aku sorang le ni bwk keta ujan renyai2 dah senja dah dekat smp tol spg pulai dah...keta pun tak banyak, kena lalu satu gua kapur kan gua tempurung sebab aku takut minyak abis dan ujan aku tak buka acd aku buka vent udara luar, so sejuk la, tup2 je smp depan gua tu, keta berat so aku ingat normal kot kaw bukit tapi laju masa tu dalam 140 (aku nak cepat sebenarnya tu pasal laju)

Bila aku jeling kiri nampak cam org duduk kat blkg dan aku cuba alih cermin blkg aku nampak pompuan pakai tudung tgh tunduk je kat seat kiri belakang. Mau nya aku tak takut, kalau aku malatah gaknya dah arwah dah aku terbabas masuk parit sblh lane kanan atau tersasar masuk jalan sebelah.

Dalam mengigil tu aku cakap pelan2 tolong jgn kacau aku ye...aku tak kaco ko, so tolong keluar dari mana ko masuk, aku bukak sket suma tingkap pas tu dah tak de dah...keta pun ringan cam biasa...fuyoo tapi memang seram siot, balik tu aku suh member aku drive dan cerita kat dia, memang la kat ctu keras katanya..elakkan dari buka tkp dan sewaktu ngannya agaknya aku bukak vent angin luar kot tu yg dia masuk tu...mgkn taim tu gak aku period tu yang dia nak kaco. Bila ingat2 balik cam tak pecaya je.. . hish eery nyerr...tol la mak aku cakap kalo terserempak menda cam gini jgn over panic, rilek je serilek yang bleh...insyaAllah ok.



Subject: Highway plus

apa khabar kelian semua, saya nak kongsi sikit pengalaman saya di highway plus.....

pada tahun 1996 ke 1998.....saya selalu berulang alik dari KL ke Ipoh, balik kampung tiap2 minggu tengok orang tua.....saya travel naik motor maklum le....orang susah.

saya kena di kawasan pekuburan lama di behrang,kalau kelian perasan....kalau dari ipoh, kubur tu sebelah kiri sebelum perhentian behrang.......kena perati betul2 kalau tak ....tak nampak......ok, saya sambung citer tadi.....semasa nak balik Ipoh dalam 11pm dari KL, bila sampai kawasan tu....beg pakaian, yang saya ikat kat seat belakang menolak saya sampai saya duduk nak ke tank minyak.....kemudian saya tolak balik ke belakang.....dia main tolak2 macam tu sampai jumpa exit yang kat depan....tempat terang baru ok....biasa saya kalau keluar KL dalam pukul 11pm....

yang lain masa di gua tempurung masa turun bukit.....tengak nak potong 1 lori pickup.....tiba2 engine mati..... tarik clucth motor kemudian lepas balik, engine tau mau hidup, tapi motor tak jammed... menolak le saya sampai exit gopeng....sampai kat bawah flyover tu sekali start je engine dah hidup......

di tempat yang sama juga....di gua tempurung......nak turun bukit juga....tiba2 lampu motor padam....sampai exit gopeng menyala balik.....mmmm

1 tempat di kawasan Tambun Ipoh, selepas kubur Islam lama...... dijalan lurus tu ada kawasan jirat cina dan india....saya dan abang ipar nak hantar kawan kat Taman Perpaduan....dalam pkl 2 am....tengah abang ipar bawak kereta....tiba2 dia cakap kau nampak apa yang aku nampak tak....saya cakap nampak....apa kita nak buat....saya cakap langgar je.....di pun langgar....bila lepas langgar...saya tengok belakang....muka dia tak puas hati....sebab kena langgar....benda yang kami langgar tu langsuir berdiri tengah jalan......

ingatkan lepas langgar tu dah tak ada.....rupanya bila kami lalu kat situ sebab nak balik..rapat setia.....dia tunggu....kali ni bila dia nampak kereta kami dia hilang.....ingat kan ok le...rupanya dia mengilai ketawa kat sebelah kereta.....tapi rupa tak nampak, suara je... sampai le kat pekan tambun baru hilang......sampai rumah saya cakap kat abang ipar ok tak....dia cakap ok....boleh tidur....tq

wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by darimo on Sat Dec 11, 2010 12:47 am

seram!

darimo
Tertiary Member
Tertiary Member

Posts: 178
Join date: 31/07/2010
Age: 20
Location: Kuantan, Pahang

View user profile ooVoo http://www.facebook.com/darimo.roslan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Sun Jan 09, 2011 6:58 pm

Subject: Highway Simpang Ampat
[b]Salam semua kawan2 MPS, moga berada di dalam keadaan yang baik2
hendaknya. Kali ni tegerak hati isha nak kongsi satu pengalaman yang
isha alami sendiri di highway simpang ampat-pedas. Kebetulan pula kita
semua dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yg berlaku baru-baru ni
di kawasan tersebut yg telah meragut byk nyawa. Pengalaman ini isha
kongsi bersama hanya utk menjadi iktibar dan renungan bersama, moga kita
semua mendapat pentunjuk dan pengajaran yg boleh digunakan bila kita
mengalami dan menghadapi saat2 getir seperti apa yg isha dan kawan isha
alami.

Dipendekkan cerita masa tu isha dan kawan isha namanya nani pergi ke
melaka sebab member baik kitaorg ni baru je lepas bersalin, so kitaorg
yg baik hati ni pun pergila melawat nak tgk baby lah katakan. Lagipun
tak jauh pun kitaorg dr seremban, so isha dgn nani bersetuju lah nak
pergi melawat jap lepas abis kerja. So sampai sana pun dalam pukul 7
lebih mcm tu, kitaorg sembang2, makan2 dan bila dah puas tgk baby dgn
mak baby. Kitaorg pun mintak izin balik dulu, sebab mcm dah lewat dalam
pukul 11 mcm tu lah, lg pun esok isha dgn nani kena kerja. Jadi kitaorg
pun bertolak lah balik ke seremban dalam 11 lebih mcm tu, masa tu hujan
renyai2, jadi si nani mmg bawa kereta dengan perlahan, takut jalan licin
dan angin lintang plak kan. Tapi masa tu isha perasan highway agak
lengang skit, adalah satu dua kereta yg potong kitaorg. Maybe sebab
besok hari berkerja jadi pengguna highway x ramai agaknya kan.

Sepanjang perjalanan itu kami banyak berbual dan bergosip sini sana, ttg
bila nak kahwin, bila nak dapat baby. hehehehe... lambat lg kot, sebab
kitaorg muda lg. (",) cewah!! hehehehe.. Nak dipendekkan cerita kitaorg
dah masuk area simpang ampat lepas jejantas tu la, agak depan sikit la
dalam 2 km mcm tu. Kereta mmg x banyak, agak gelap sikit kat kawasan tu,
yg nani mmg bawa slow sebab dia takut jalan licin. Lagipun hujan still
renyai2, nani bw kereta mmg ambik lorong tepi sekali. Sekali tiba2 isha
tersentak ke depan bila nani tekan brek secara mengejut, kereta kelisa
nani masa tu dah mcm terhoyong-hayang dah. Tapi still boleh cover sebab
nani bw slow, kalau bw laju mmg x tau nak ckp apa la kan. Isha mmg dah
terkejut masa tu sebab nani pakai brek je tgh2 highway tu, apa lagi isha
suh nani cepat2 bw masuk ke kiri lorong kecemasan tu. Kang x pasal2
lori ke bas ke sapu kitaorg bersih , masa tu kan, masa tu isha tgk nani
dah mcm blur2 dan terkejut. Isha sempat tanya kat nani kenapa dia brek
tiba2 plak, bahaya mcm tu nasib baik belakang x ada kereta, lori ke bas
ke. Tapi nani x menjawab, dia terus masuk gear terus pecut bw kereta tu,
so isha mcm pelik jugak sebab kita bertanya dia x jawab. Nak kata ada
binatang kat depan sebab nani brek mengejut mcm ada logiknya tapi
entahla masa tu isha pelik jugak sebab nani x menjawab pun pertanyaan
isha td. Kira dah kat depan skit, jauh dr tempat td nani terus berhenti
kat lorong kecemasan, dia mintak tolong isha drive kan kereta tu katanya
kaki dia mengigil x henti2, kepala mcm pening2 skit. So kitaorg pun
tukar lah position, x kuar kereta pun kitaorg berhimpit je berdua masa
nak tukar tu sebab mcm takut plak nak kuar kereta time2 mcm ni tambah
plak hujan2 mcm ni.

Masa selepas tukar tu la isha mula mengalami suatu pengalaman yg cukup
mengerikan..ini nak taip pun dah meremang bulu roma ni mengingatkan..
astafirullah-alazim :sweat3: :mad:
Masa tu nak sampai area rembau rasanya kalau x silap la tapi isha
terpaksa bw dengan kadar yg mmg agak perlahan, sebab masuk area tu hujan
lebat lah plak , dengan keadaan mata isha yg mmg agak rabun skit. Mmg
agak membataskan pemanduan isha masa tu, yg nani dr td x bercakap
langsung walaupun sepatah. Dok diam je sebelah tu, maybe dia tekejut kot
masa brek td pk isha la, so isha pun malas nak ganggu dia.

Diringkaskan ceritala tiba2 si nani nie boleh tanya kat isha lebih
kurang mcm ni lah.. " kau nak bw aku ke mana?" isha dah pelik dengan
soalan tu, isha balas balik " lah kita nak blk umah la nani oit, kau
kenapa?". Lepas tu nani boleh balas blk "umah aku kat mana?". Masa
dengan je jawapan tu darah isha rasanya dah nak naik sampai ke kepala
dah, bulu roma dah meremang satu badan, air mata dah bergenang ni. Isha x
berani nak jawab soalan dr nani tu, sebab isha tau itu bukan nani dan
masa tu isha nak jeling mata kat sebelah pun dah x berani. Dalam hati
isha dah baca mcm2 masa tu, apa yg teringat dalam kepala itula yg isha
baca walaupun agak berterabur skit tapi tetap gigih nak baca apa yg
patut dalam hati ni..Masa tu suasana agak sunyi kejap, hanya denga suara
radio je yg slow tu, ditambah plak dengan hujan lebat gila. Bleh plak
si nani ni gelak2 manja sebelah isha, rasa mcm gelak kat telinga isha
je, kalau x kuat semangat mahu accident rempuh apa yg patut. Tapi isha
terus diam x pandang sebelah kiri pun sebab takut lemah semangat plak
pandang2 bukan nani kan. Tapi isha ingat lagi gelak nani masa tu mmg
ngada2..manja sgt2..badan dah rasa berpeluh sgt menahan takutnya. Tapi
nasib isha agak baik skit sebab benda kat sebelah tu x banyak ragam sgt,
hanya suka ketawa2 je, walaupun isha tahu itu bukan nani yg ketawa.

Masa dalam keadaan yg kalut mcm tu, alhamdulillah isha sempat sampai kat
tol senawang tanpa ada masalah, cuma agak lambat sebab kereta terasa
berat sgt2. Isha tahu ada benda yg menumpang tapi alhamdulillah isha dpt
kwl diri ni, cuma perasaan takut tu kadang2 wat isha lemah semangat.
Tapi bila pk kan umah isha agak jauh kat ampangan tu, isha ambik
keputusan terus berhenti kat tol senawang kat tepi toilet tu. Masa tu
jam dalam kul 1 lebih rasanya, isha sempat sempat cakap kat nani yg isha
nak pergi toilet. Dan dalam masa yg sama isha sempat jeling la nani kat
sebelah, x ada perubahan cuma nani menunduk kepala ke bawah dengan
rambut dia jatuhkan ke depan, sambil ketawa slow2. Masa nak kuar kereta,
rasa lutut ni nak goyang dah, nak pengsan pun ada. Tapi isha kuatkan
semangat terus g toilet walaupun dalam keadaan hujan lebat, basah lenjun
dah. Masa kat toilet tu isha sempat call abah isha ceritakan ttg benda
ni, abah isha just suh isha tunggu kat toilet sampai abah sampai.Tak
lama dr masa tu abah sampai dgn mak isha n adik laki isha, abah isha
terus bw kereta kelisa tu dengan adik laki isha. Isha just follow dr
belakang dgn mak sambil cerita kat mak ttg perisitiwa tu. Air mata dah
berterabur keluar dah masa citer kat mak ttg benda tu, x tau lah napa
mungkin isha try2 tahan kuatkan semangat lastly x boleh jugak.

Masa tu abah terus bw nani ke desaru jumpa seorang ustaz ni, nasib baik
ustaz ni sanggup nak bantu pagi2 buta ni. Kalau x, x taulah nak cakap
apa dah. Apa yg isha tgk ustaz tu just mengeleng je kepala tgk keadaan
nani masa tu sambil mulut dia terkumat kamit baca something. Masa nani
di bawa masuk tu, isha dgn mak dinasihatkan jgn masuk takut lemah
semangat, jadi isha dgn mak just dok kat luar sofa je. Sempat jugak isha
call family nani inform ttg benda yg terjadi ni. Apa yg isha denga nani
dr td asyik menjerit2..melolong2 je.. mmg cukup2 menakutkan. Ustaz tu
byk kali jugak suh benda tu kuar dr badan nani tu tapi benda tu agak
degil, apa yg isha dengar benda tu cakap dia nak biarkan nani ni
menderita sebab nani dah kacau family dia. Astafirullah-alazim :mad:

Lepas tu isha x nak denga dah dan x nak ambik taw. isha dah terlalu
fobia sgt2. lg pun masa tu family nani pun dah sampai nak tgk keadaan
nani mcm mn. Apa yg isha tahu dalam sejam lebih lah jugak nak kuarkan
benda tu dr badan nani. Alhamdulillah benda tu setuju nak kuar mungkin
sakit sgt kot penangan ayat2 al-quran ni. masa nak balik tu ustaz sempat
kasi air yassin kat isha n nani, tapi masa tu nani x sedar diri dah
kena papah masuk kereta. Ustaz tu just bekalkan limau utk nani dan isha
utk di bawa mandi bila sampai umah.

Alhamdulillah lepas tu x ada apa yg pelik berlaku kat isha, just siang
tu isha sempat borak dgn abah tanya ttg malam td, abah just cakap masa
nani drive balik tu nani dah telanggar benda tu semasa benda tu tgh
melintas. mungkin benda tu marah sebab itula dia bleh sesuka ati je nak
masuk dalam badan nani tu. Isha tanya jugak kat abah apa benda tu, tapi
abah x tau, ustaz x cakap apa pun. So isha x kisahla..cuma selang dalam
berapa hari tu dalam ahad kot, isha sempat g umah nani nak tgk dia.
alhamdulillah dia kata dia ok dan badan pun agak bertenaga. x ada apa
gangguan lagi dah katanya.

Borak punya borak, terbuka juga cerita sebenarnya, nani cerita kat isha.
masa dia brek mengejut tu dia mmg dapat rasa dia dah langgar something,
nani just bg tau yg objek tu mcm pakai baju putih yg lusuh, berambut
panjang, rasanya perempuan, mcm cik pons terbang melayang je g landing
kat depan kereta dia minta di langgar. Itu yg nani terpaksa brek
emergency tu. Dan dia kata dia still sedar lagi masa tukar seat pemandu
dgn isha tu cuma badan2 dia semua mengigil, rasa sejuk2 dan pening2.
Selepas tu terus nani tak sedar apa yg berlaku. Lagipun nani ada bg tau
kat isha yg masa tu tubuh dia x bersih, datang bulan. Itu yg suka cik
pons tu menumpang dalam badan dia..:mad:

Alhamdulillah nasib baik apa yg berlaku tu hanya dalam satu masa yg agak
singkat, walaupun agak singkat ia cukup berikan satu pengalaman yg
betul2 menakutkan buat diri isha. Itu sebab lah masa kejadian kemalangan
bas kat simpang ampat tu, terus isha terpk adakah benda yg sama
menganggu ataupun sebaliknya. Allahu'Alam (Allah lebih mengetahui).
Kepada kawan2 kat MPS ni lepas ni berhati2 lah bila nak memandu time
malam2 terutama kat highway. Kadang2 benda yg kita x pernah terpk
terjadi itulah yg akan terjadi. Lepas ni tobat dah isha x mau guna
highway malam2..fobia sgt2..Alhamdulillah (Pujian itu hanya untuk Allah)
sebab melindungi isha masa tu. Thanks kawan2 sebab sudi baca pengalam
isha. Walaupun ayat agak berterabur tapi isha cuba sampaikan kat korang
semua. Moga dapat pengajaran dan iktibar ok. Salam.. :loveliness:










[/b]

wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Sat Jan 15, 2011 11:05 pm

salam..aku tngk xdepn orng balas komen dari cite2 antu aku ni..tp xpe..mungkin cite aku ni x bape best sb bukan dari pengalaman sendiri..
tp xpe..sekarang aku akan cite pengalaman member2 aku sendiri..baru je cite kat aku td ms mkan2 kat kedai makan..

Subject: Jalan Beserah kat Stesen Minyak Petronas..

time 2 diorng (3 orng) naik kereta dari Dungun nak balik ke UMP gambang..lalu la jalan beserah..lepas melepasi Stesen Minyak Petronas,baru la mende 2 berlaku..tengah syok drive kereta,diorng nampak sorang pompuan separuh umur memegang tangan anaknya sambil berjalan kat tepi jalan..diorng rs pelik..pkul 3 pagi ade lg orng berjalan2..lepas melepasi pompuan n budak 2,diorng pandang belakang..
alangkah terkejut diorng bile tngk yg pompuan n budak 2 xde..

sejak time 2 diorng x cite pengalaman diorng 2 sampai la sekarang diorng bukak cite kat aku..

wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by zultekmilennia on Sun Jan 16, 2011 4:20 am

sume ni kaki baca je kot, hehe. nk balas pun tkde input pape sgt. Seram gak dgr cite2 cmnie.

zultekmilennia
Bronze Member
Bronze Member

Posts: 844
Join date: 24/10/2008
Location: Do you not see the sun?!

View user profile zultekmilennia

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Sun Jan 16, 2011 7:57 am

haha..banyak lg cite aku ni..rase cm nak terbit buku aku sendiri..

wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Mon Apr 25, 2011 8:24 pm

ni kisah benar dari member aku sendiri..time kejadian 2 aku ade skali tp syg aku x mengalaminye..x tau la diorng tipu aku ke x ke..tapi cmni la citenye..time 2 kiteorng br balik dari dusun durian member aku kat tanjung malim..time 2 mlm dlm pkul 1.00pg..member A tnye aku nak lalu jalan lame karak x??leh jumpe cm2 mende..sbb time 2 die yg drive..so akupn setuju je la..aku mmg nak tngk mende 2..tapi time ramai2 la..sorang2 x berani dow..time 2 kiteorng mmg berlima dlm kereta..tp yg peliknye mate aku ni berat je mase perjalanan ikut jalan lame karak..dari karak sampai ke maran aku tido..tup2 tengok diorng dah berenti kat satu gerai makan kat maran..time 2 diorng cite kat aku..member A dan sorng lg member duduk kat seat belakang berjaga time 2..n diorng la yg mengalaminye..diorng kate nampak kereta volkswagen merah tanpa pemandu kat karak..mulanye aku x caye..tapi dari muke serius diorng 2, akupn mempercayainye..2 je diorng cakap..x lebih dari 2..pastu aku lak jd driver dari maran sampai ke UMP pekan..

wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by rionix88 on Wed Apr 27, 2011 4:45 am

Time aku kje lepas spm dlu penah jupe lori pelik kt highway ipoh ke kamunting.. time nak potong kereta rasa berat.. enjin dah menjerit habis kuat dah tapi kereta macam tak berapa boleh nak pegi je..
Time potong member2 dalam keta usha dalam lori tu, diorang cakap xde driver..
Tak lama lepas potong, aku usha belakang lori tu da ilang..

_________________

rionix88
Moderator
Moderator

Posts: 288
Join date: 17/10/2008
Age: 23
Location: es pee, msia

View user profile rionix88 http://rionix88.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Thu Apr 28, 2011 2:30 am

kebanyakan Highway2 ni keras..

wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by cyque on Thu Apr 28, 2011 12:30 pm

highway mmg kras la..sbb jln tar..hehehe..

skdar penyedap ati yg tgh bdebar nie... :p

cyque
Secondary Member
Secondary Member

Posts: 246
Join date: 03/04/2009
Age: 26
Location: Kuala Terengganu

View user profile

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by Unta Gedix on Sat Apr 30, 2011 10:37 pm

lepas ni rase da tak seram kot highway2 sume....

sebabnye hantu yang ade hantu makcik karipap je lol.... hahaha

makcik karipap da resign da n start kaco org kat highway~~~

Unta Gedix
Secondary Member
Secondary Member

Posts: 255
Join date: 23/08/2009
Age: 21
Location: Muor, Johor

View user profile zulhilmiz

Back to top Go down

Re: Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

Post by wanpekan on Sun May 01, 2011 12:37 pm

Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka

Korang rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau
tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku
disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya
kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan
pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar
kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya
dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan lama Karak. Semasa
menggunakan jalan lama tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan
mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob,
Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari
kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan
tahun ini.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2011/03/trailer-movie-terbarukarak-laluan-puaka.html#ixzz1L4Wdyb8M

p/s:Hehe..macam pengalaman member2 aku je..syng tol..time kejadian 2 leh lak aku tido..padahal akupn ade skali dlm kereta..adoi..lainnye dari movie Karak - Laluan Puaka dengan cite aku 2 kiteorng saje2 lalu jalan lame..


wanpekan
Beginner

Posts: 45
Join date: 25/07/2009
Age: 23
Location: Gambang/Pekan

View user profile wanpekan

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum