Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Yesterday at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

View previous topic View next topic Go down

Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

Post by Admin on Sun Oct 17, 2010 10:08 am

cerita cinta yg mendapat 250 "like" kat facebook...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. “Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. .. ‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. “Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.” “Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.” “Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.” “Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.” “Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “ “Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.” “Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.” “Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.” “Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. “Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

Re: Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

Post by alimsacred on Mon Oct 18, 2010 1:49 am

omg feeling abis. mohon share admin. ;]

alimsacred
Beginner

Posts: 95
Join date: 01/11/2008
Age: 24

View user profile

Back to top Go down

Re: Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

Post by malrockstar on Mon Oct 18, 2010 1:01 pm

i hate Siti in this story.

malrockstar
Secondary Member
Secondary Member

Posts: 294
Join date: 10/02/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

Post by alimsacred on Mon Oct 18, 2010 7:53 pm

you cant blame her dude. every women need to be loved by her husband. nafkah batin kot. :p

alimsacred
Beginner

Posts: 95
Join date: 01/11/2008
Age: 24

View user profile

Back to top Go down

Re: Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

Post by malrockstar on Tue Oct 19, 2010 9:23 am

huh..ye la..

malrockstar
Secondary Member
Secondary Member

Posts: 294
Join date: 10/02/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia...

Post by Blackwinter on Mon Dec 27, 2010 3:14 pm

"like"

Blackwinter
Beginner

Posts: 35
Join date: 22/04/2010
Age: 21

View user profile http://yoyayee.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum