Log in
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)by caer Yesterday at 8:09 am
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm
» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm
» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm
» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am
» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm
» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm
» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm
» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm
» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am
UMPlife Chatbox
Top posters
| MusTanG (4298) | ||||
| theMVP (3628) | ||||
| aku la????? (3355) | ||||
| cicok (3333) | ||||
| nazkill (3286) | ||||
| asuramaru (3189) | ||||
| zicron21ck (3150) | ||||
| Admin (2987) | ||||
| Castielle Zaidrick (2608) | ||||
| murasame_85 (2506) |
UMPlife Partner Board
UMPlife Chinese Forum
Suburbanzero
Rowie's Scribbles
- d0r! - d0r! ruL3z -
EVOLUSI SAGA FIORE
AM's LiFeZ RuLeS
Laman ServerRooms
MTA Studio
[@][p][!]
nama saya din
zicronzick blog
BudakSedangBelajar
UMPOpenSC
mishyanikookoo
MTA life
inilah kehidupanku
teratak silam
GERABAK MEKANIKAL
kuchenghitam
+ WE LEAD THE FUTURE+ (^^)/
UMP Store
kibotnmos
Shazril Shaedi
Bakpo Gitu?
Fadzrulhisyam
Blogger UMP
Secawan Kopi Panas...
Rionix
Invincible Generation
RoCkStaR site
sollehahn.com
c0l0r 0f my s0ul
I'm not Alone
umpsharing
Blog adib
Ahli Karut
darimo's blurp
lady afiefa
Black Winter
just4khai
blog404
UFun
UMPlife Sponsor
Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
:: UMPlife News :: Daily News
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
apa kata anda?
Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran
kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi
pendidikan holistik kepada pelajar.
Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan
kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua
peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya
sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam.
Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus
usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.
“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak
ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya
satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar
dekat sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan
PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan,
tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba
pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.
Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan,
fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada
peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian
di peringkat sekolah.
“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR.
Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan
UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja
orang ambil kira,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya
mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh
itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada
penilaian di peringkat sekolah.
“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya
penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11
tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.
“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk
memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak
mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan
awam,” katanya.
Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR
diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat
sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan
penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan
penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk
memasuki sekolah berasrama penuh.
“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk
mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus
kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.
“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input
dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media
juga bagus untuk perkara ini,” katanya.
Utusan
apa kata anda...?
_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin- Admin

- Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
bagus jugak la... sbb budak2 skang ni blajar nk bg lulus lam exam jek... kena la wat pembaharuan sket... bg selari dengan keadaan dunia skang ni...

Apek_JADIANjr- Secondary Member

- Posts: 233
Join date: 13/04/2009
Age: 21
Location: Langkawi

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
aku pun xpasti lar..sebab cadangan tu pun masih dalam perbincangan..tgh minta pandangan n pengalaman pakar2 pendidikan.. sebab kiter pun xpernah buat lagi benda tuh..
tapi kalau pendapat aku, raser agak lain la nanti jadinyer.. selama ni UPSR n PMR adelah pengukur pencapaian kiter..so kiter akan sentiasa berusehe..kalau xberjaya UPSR, try PMR plak..klau still x berjaya, SPM plak..sampai kiter berjaya memasuki 20-an iaitu era2 kematangan..lepas tu nak masuk U ker,nak keje ker, depend..
aku ada baca respon rakyat.
1. Student 20-an -" kureng bersetuju kerana peperiksaan2 tu medan mengukur kemampuan diri."
2. Pakcik2 - Setuju. "Mudahkan pelajar. Bagus la nak cuba buat pembaharuan."
3. Makcik2 - Kureng setuju sangat." Peperiksaan menyuruh anak2 sentiasa mencuba sehingga berjaya."
banyak gak respon2 positif daripada pemikiran positif..tak tau la yang lain..
tapi walaupun UPSR dan PMR dimansuhkan, still ader jer lagi peperiksaan kat sekolah tu. Cuma tidak lagi menjadi Peperiksaan Awam. Cukup la SPM.. sebab ade gak komen yang menyebut.. "Slalu kalau minta keje, orang akan tanya SPM jer..x tanya UPSR dan PMR".
So pada aku, terpulangla nak buat pembaharuan baru ker, aper ker..pembaharuan pun perlu ader gak..asalkan dapat meningkatkan taraf pendidikan kat Malaysia nih..Aku sokong dari belakang..

Yuriku~~~ Y.N.W.A!!

nazkill- Moderator

- Posts: 3286
Join date: 06/08/2009
Age: 14
Location: Pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
aku rase kene kekalkan r....bdk2 ni kene latih pressure utk exam besau....
kalo nak amik spm jd perikse beso payah jepp....diorg kene rase aura exam beso sjak dari upsr lagi....nanti kalo dah masuk U...lg byk final diorg jumpe...time tu la nak apply pengalaman amik exam lepas2...huhuu...
lg satu kalo nak mansuhkan pun.....mcm mane pihak mrsm/sekolah asrama penuh nak tapis bdk utk pemilihan pelajar baru nanti? mesti payah kan...sbb tu upsr n spm diwujudkan....kire kalo gagal upsr xbermakne gagal terus...spm ngan pmr menanti....wakakakak

Sanji- Bronze Member

- Posts: 707
Join date: 21/11/2009
Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
Honestly...aku tak setuju..
Dalam negara kita yang tak islamik langsung ni...if peperiksaan dimansuhkan, dan MOST student tak diterap dengan hala tuju pembelajaran dan ilmu mengikut ape yang Islam peruntukkan..
memang ramai yang akan lingkup..kompom. Even kalo di buat survey budak yg belajar kat sekolah tu, jika ditanya kenapa belajar..jawapan yang mungkin;
1. Sebab tahun depan nak pekse.
2. Sebab nak jadi doktor, jurutera, etc..
3. Sebab mak abah suruh, supaya boleh berjaya..
So memang sgt2 sgt2 sgt2 kurang yang akan jawab "sbb nak tuntut ilmu"..
Sistem kita di Malaysia, belajar utk 'sesuatu'..dan salah satu yang push kita utk sungguh2 ialah peperiksaan.
Bayangkan kalo UPSR dan PMR dimansuhkan..aku berpendapat, akan lahir satu generasi yang berpikiran "pekse SPM lambat lg laa, 11 tahun lagi..kita baru darjah 1"..dan ini mmg terjadi even pada student UMP, yang jenis last minute baru nak sungguh2 study..
sekadar pendapat ku..

PSN ID: I3PiLLaRs

caer- Moderator

- Posts: 1642
Join date: 04/11/2008
Location: Ipoh
Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
Sanji wrote:aku rase kene kekalkan r....bdk2 ni kene latih pressure utk exam besau....
kalo nak amik spm jd perikse beso payah jepp....diorg kene rase aura exam beso sjak dari upsr lagi....nanti kalo dah masuk U...lg byk final diorg jumpe...time tu la nak apply pengalaman amik exam lepas2...huhuu...
lg satu kalo nak mansuhkan pun.....mcm mane pihak mrsm/sekolah asrama penuh nak tapis bdk utk pemilihan pelajar baru nanti? mesti payah kan...sbb tu upsr n spm diwujudkan....kire kalo gagal upsr xbermakne gagal terus...spm ngan pmr menanti....wakakakak
yaa betul cakap ko tu..banyak efeknyer kat mentaliti kiter, dan penapisan pelajar2..sebab tu kerajaan tgh mengkaji.. harap jgn laksanakan dgn terburu2..kalau ubah, memang ader kesan yg amat besar laa..macam msrm,sbp dll ..budak2 pun x sedia..
@caer
tu arr..satu pendapat yg positif gak nihh.. rasernyer kalau kekal kan pun xper..kalau nak ubah, kena ada dan tunjukkan justifikasi yang kuat kepada rakyat..apa penyebabnya..buat sikit comparison dgn negara2 lain kerr..kalau ubah ni..perghhh..leh jadi sejarah pendidikan malaysia nihh..upsr n pmr dalam kenangan..huhu~~~~
_________________

Yuriku~~~ Y.N.W.A!!

nazkill- Moderator

- Posts: 3286
Join date: 06/08/2009
Age: 14
Location: Pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
bagi aku pmr je elok mansuhkan.... UPSR tak perlu...
rombakan sistem pembelajaran pun aku rasa perlu...aku pelik sekarang tgk anak2 buah sifir 3 pon tak pass...huhuhhu
rombakan sistem pembelajaran pun aku rasa perlu...aku pelik sekarang tgk anak2 buah sifir 3 pon tak pass...huhuhhu
_________________
My Rig: Processor:Intel Core 2 Duo E7300::Motherboard:Gigabyte EP45-UD3P::Memory:KINGSTON 2048MB::HDD:SAMSUNG 250GB ::Drive:18X SAMSUNG DVD-WRITER&18X LG DVD-WRITER+LIGHTSCRIBE::GFX:Palit GTX260 216SP::Keyboard & Mouse:A4Tech-3xFast Gaming Keyboard-X7 G800 / 3xFire Laser Gaming Mouse-X7-710FS::Cooler:COOLER MASTER ECLIPSE::PSU & Casing: Vantec 700W & CM HAF-932::Monitor:Dell S2409W::
[/URL]
zicron21ck- Moderator

- Posts: 3150
Join date: 24/10/2008
Age: 24
Location: kg bkt lanchong, shah alam, selangor/gambang, kuantan/kuala pahang,pekan, pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
LetiH wo0o kaLo naK maNsuHkan...
naNti soKlan daRjaH 1 poWn masUk sPM....
kesiaN peLajar2 naK caRi baLik buKU2 Lame yaNg da berhaBuk... keKeke
naNti soKlan daRjaH 1 poWn masUk sPM....
kesiaN peLajar2 naK caRi baLik buKU2 Lame yaNg da berhaBuk... keKeke
_________________

.........EVERYTHING THAT HAS A BEGINNING HAS AN END..........
cicok- Moderator

- Posts: 3333
Join date: 21/07/2009
Age: 21
Location: di sebalik siling

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
wakaka..agak2 la cicok..siot jer time SPM tanyer soalan "Isikan tempat kosong: Ali ada _______ buku" 2 markah... menangis aku jawab soalan camtu kat SPM..haha
_________________

Yuriku~~~ Y.N.W.A!!

nazkill- Moderator

- Posts: 3286
Join date: 06/08/2009
Age: 14
Location: Pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
selesaikan soalan dibawah....
1+1=...
kalau ada memang menangis.....heheheheh
tu la seperti yang aku cakap, upsr tak perlu mansuh, pmr jer...
upsr akan menjadi medan utk anak2 kita mengukur kebijaksanaan dalam 6 tahun belajar... sebab tu aku suruh ubahsuai sistem peperiksaan dan pembelajaran... mungkin masa upsr, boleh ada ujian lisan seperti muet tu... tapi untuk budak seolah2 berbual dengan rakan sebaya ker, untuk melhat pretasi komunikasi mereka..
1+1=...
kalau ada memang menangis.....heheheheh
tu la seperti yang aku cakap, upsr tak perlu mansuh, pmr jer...
upsr akan menjadi medan utk anak2 kita mengukur kebijaksanaan dalam 6 tahun belajar... sebab tu aku suruh ubahsuai sistem peperiksaan dan pembelajaran... mungkin masa upsr, boleh ada ujian lisan seperti muet tu... tapi untuk budak seolah2 berbual dengan rakan sebaya ker, untuk melhat pretasi komunikasi mereka..
_________________
My Rig: Processor:Intel Core 2 Duo E7300::Motherboard:Gigabyte EP45-UD3P::Memory:KINGSTON 2048MB::HDD:SAMSUNG 250GB ::Drive:18X SAMSUNG DVD-WRITER&18X LG DVD-WRITER+LIGHTSCRIBE::GFX:Palit GTX260 216SP::Keyboard & Mouse:A4Tech-3xFast Gaming Keyboard-X7 G800 / 3xFire Laser Gaming Mouse-X7-710FS::Cooler:COOLER MASTER ECLIPSE::PSU & Casing: Vantec 700W & CM HAF-932::Monitor:Dell S2409W::
[/URL]
zicron21ck- Moderator

- Posts: 3150
Join date: 24/10/2008
Age: 24
Location: kg bkt lanchong, shah alam, selangor/gambang, kuantan/kuala pahang,pekan, pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
sebenarnyer peperiksaan camtu masih ada zick..cumer yang kerajaan nak buat tu mansuhkan peperiksaan awam..banyak sangat..UPSR,PMR,SPM adalah peperiksaan awam..kerajaan try nak jadikan SPM jer sebagai peperiksaan awam..yang UPSR dan PMR tu mungkin try ganti peperiksaan lain..still ada peperiksaan,kena study betul2, n still ada taraf2 yang membezakan pelajar2 tu..cuma bukan peperiksaan awam la..tu idea kerajaan..benda ni still la dalam perbincangan dengan pakar2..aku pun x arif sangat maksud peperiksaan awam nih.. yang aku tahu dah blaja,kena masuk peperiksaan untuk nilai prestasi..haha
_________________

Yuriku~~~ Y.N.W.A!!

nazkill- Moderator

- Posts: 3286
Join date: 06/08/2009
Age: 14
Location: Pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
poWEr jgk ko Zick... boLeh meN suRuh caMtu Jer... haHa...
pePeriKsaan aWam ni pePeriksaAn yaNg beSar Tu La...
kaLo peRingkaT seKOlah meMang ade 3 Jer... UPSR, PMr SPM...
aKu rasE keRajaAn da maLas naK haNdLe baNyak saNgat pePeriksaAn besAr ni...
Yer La... saTu pePeriksaAn jer da baNyak meNde keNa seTeL secaRa meNyeLuruh seLuruh maLaysia...
misaLnya kesEraGaman soaLan, peMeriKsa keRtas jaWapan... naK keNa aNtar ke neGeri2 Lain... peRatusaN LulUs gaGal daN macam2 Lagi La...
kaLo pePeriksaAn keCik2 Ni takyah piKir baNyak meNde saNgat...
seTakat piHak seKOlaH tu yaNg haNdLe daH beRes... huHuhu
pePeriKsaan aWam ni pePeriksaAn yaNg beSar Tu La...
kaLo peRingkaT seKOlah meMang ade 3 Jer... UPSR, PMr SPM...
aKu rasE keRajaAn da maLas naK haNdLe baNyak saNgat pePeriksaAn besAr ni...
Yer La... saTu pePeriksaAn jer da baNyak meNde keNa seTeL secaRa meNyeLuruh seLuruh maLaysia...
misaLnya kesEraGaman soaLan, peMeriKsa keRtas jaWapan... naK keNa aNtar ke neGeri2 Lain... peRatusaN LulUs gaGal daN macam2 Lagi La...
kaLo pePeriksaAn keCik2 Ni takyah piKir baNyak meNde saNgat...
seTakat piHak seKOlaH tu yaNg haNdLe daH beRes... huHuhu
_________________

.........EVERYTHING THAT HAS A BEGINNING HAS AN END..........
cicok- Moderator

- Posts: 3333
Join date: 21/07/2009
Age: 21
Location: di sebalik siling

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
bak kata nazkill, sekadar memansuhkan peperiksaan awam..dan digantikan ngn peperiksaan lain (tak awam, swasta kot XD)..tu aku xde masalah..pokok pangkalnya jgn mansuh kan 'peperiksaan' yang jd penentu..
jadi secara kasarnya aku nmpk disini, peperiksaan awam tu dimansuhkan, tp peperiksaan akhir tahun still ade lg, dan mungkin kerejaan nak guna peperiksaan camni sbg tanda ukur..
So ade kemungkinan, PMR dulu adalah subject 3 tahun compiled dlm satu exam..kali ni utk tetapkan aliran student, setiap peperiksaan akhir tahun (~3) akn jd penentu, dimana gred selama 3 tahun di average kan utk penentuan aliran..mmg tiap2 tahun la bebudak ni kena score...
hmm..cantik gak XD
jadi secara kasarnya aku nmpk disini, peperiksaan awam tu dimansuhkan, tp peperiksaan akhir tahun still ade lg, dan mungkin kerejaan nak guna peperiksaan camni sbg tanda ukur..
So ade kemungkinan, PMR dulu adalah subject 3 tahun compiled dlm satu exam..kali ni utk tetapkan aliran student, setiap peperiksaan akhir tahun (~3) akn jd penentu, dimana gred selama 3 tahun di average kan utk penentuan aliran..mmg tiap2 tahun la bebudak ni kena score...
hmm..cantik gak XD
_________________
PSN ID: I3PiLLaRs

caer- Moderator

- Posts: 1642
Join date: 04/11/2008
Location: Ipoh
Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
tu ahh..mana2 jer..asal ader peperiksaan sbg pengukur kemajuan selain SPM tu la..harap2 perubahan2 ni akan membuatkan taraf pendidikan kat Malaysia ni meningkat..xder hal 

_________________

Yuriku~~~ Y.N.W.A!!

nazkill- Moderator

- Posts: 3286
Join date: 06/08/2009
Age: 14
Location: Pahang

Re: Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
beselah aku ni bleh jer suruh2... tapi dorang nak buat ke tak itu bukan kuasa aku....heheheh
kalau pihak sekolah yang handle tak boleh, sebab tak ada keseragaman kualiti soalan... mungkin sekolah biasa2 bagi soalan senang kepada pelajar. jika mereka suruh pihak sekolah hantar soalan itu utk di review oleh PPD ke atau sebagainya, lagi banyak kerja... lebih baik adakan peperiksaan awam jer...
jawapan aku still sama, hapuskan pmr sudah... nanti nak masuk tingkatan 4, sekolah akan tgk berdasarkan peperiksaan akhir ting 3 dan kalau budak tu takbleh bawak aliran yg dia amik, habis pertengahan tahun ting. 4, dia patut tukar kelas.....
kalau pihak sekolah yang handle tak boleh, sebab tak ada keseragaman kualiti soalan... mungkin sekolah biasa2 bagi soalan senang kepada pelajar. jika mereka suruh pihak sekolah hantar soalan itu utk di review oleh PPD ke atau sebagainya, lagi banyak kerja... lebih baik adakan peperiksaan awam jer...
jawapan aku still sama, hapuskan pmr sudah... nanti nak masuk tingkatan 4, sekolah akan tgk berdasarkan peperiksaan akhir ting 3 dan kalau budak tu takbleh bawak aliran yg dia amik, habis pertengahan tahun ting. 4, dia patut tukar kelas.....
_________________
My Rig: Processor:Intel Core 2 Duo E7300::Motherboard:Gigabyte EP45-UD3P::Memory:KINGSTON 2048MB::HDD:SAMSUNG 250GB ::Drive:18X SAMSUNG DVD-WRITER&18X LG DVD-WRITER+LIGHTSCRIBE::GFX:Palit GTX260 216SP::Keyboard & Mouse:A4Tech-3xFast Gaming Keyboard-X7 G800 / 3xFire Laser Gaming Mouse-X7-710FS::Cooler:COOLER MASTER ECLIPSE::PSU & Casing: Vantec 700W & CM HAF-932::Monitor:Dell S2409W::
[/URL]
zicron21ck- Moderator

- Posts: 3150
Join date: 24/10/2008
Age: 24
Location: kg bkt lanchong, shah alam, selangor/gambang, kuantan/kuala pahang,pekan, pahang

Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» Cadangan :)
» Installer Pendaftran UPSR
» Koleksi Soalan Matematik UPSR
» Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
» PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS DAN MATEMATIK UPSR, PMR, SPM 2011
» Installer Pendaftran UPSR
» Koleksi Soalan Matematik UPSR
» Menteri Pelajaran: Cadangan mansurkan UPSR & PMR
» PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS DAN MATEMATIK UPSR, PMR, SPM 2011
:: UMPlife News :: Daily News
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum