Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Yesterday at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Wed May 23, 2012 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Wed May 23, 2012 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Wed May 23, 2012 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



TANGLUNG SIAPAKAH DI LANDASAN KERETA API ITU

View previous topic View next topic Go down

TANGLUNG SIAPAKAH DI LANDASAN KERETA API ITU

Post by Admin on Fri Nov 07, 2008 8:14 am

TANGLUNG SIAPAKAH DI LANDASAN KERETA API ITU. . . ?!!!!!
Sebuah kereta api meluncur laju merentasi Mississippi, Amerika Syarikat pada lewat malam 1926. Cuaca agak dingin, sunyi dan gelap.
Ketika kereta api milik Central Illinois Railroad itu hampir tiba di Beauregard, sebuah bandar kecil di pinggir Mississippi, sebuah tanglung tiba-tiba dilihat terawang-awang di tengah landasan tersebut. Ia dihayun ke hadapan dan ke belakang sebagai isyarat supaya kereta api berkenaan berhenti.
"BERHENTI!!! Ada orang di landasan!" penjaga brek menjerit ke arah pemandu yang duduk di sebelahnya.
Kereta api itu diperlahankan dan kemudian berhenti di stesen kecil tidak jauh dari tempat tanglung tersebut dilihat. Tanpa turun dari kereta api, pemandunya yang sejak tadi memerhatikan tanglung tersebut menjengah ke luar.
"Siapa tu?!" Dia menjerit, namun tidak dijawab.
Mereka memanggil beberapa kali, juga tidak bersahut. Tiada sesiapa di situ. Malah tanglung tersebut juga hilang begitu sahaja.
Lalu mereka berdua turun dari kereta api dan mencari di sekitarnya kalau-kalau orang yang membawa tanglung tersebut sudah meninggalkan landasan. Puas dicari namun mereka gagal mengesannya. Tanglung juga lenyap entah ke mana.
Pemandu kereta api dan pembantunya mendiamkan diri seketika. Mereka memasang telinga bagi mengesan kalau-kalau ada pergerakan seseorang di situ. Sunyi. Yang didengari hanyalah bunyi cengkerikserta geseran daun ditiup angin.
Mereka naik semula ke kereta api dan memecutnya. Sampai di Stesen McComb, mereka melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia, tetapi ditertawakan sahaja. Malam esoknya, mereka membuat satu lagi laporan kerana terserempak dengan tanglung tersebut di kawasan yang sama. Aduan itu juga tidak diendahkan oleh penyelia berkenaan.
Bagaimanapun, apabila pemandu-pemandu lain pula membuat aduan mengenai perkara tersebut,penyelia itu mula mengubah fikiran.Lalu dia menghantar dua kakitangan untuk menyiasat.
Temu bual dengan saksi-saksi mendapati kesemua mereka memberikan cerita yang sama.Kata mereka,tanglung itu muncul pada waktu dan tempat yang sama,berhampiran sebuah rumah besar tidak berpenghuni di pinggir Beauregard.
Siasatan ke atas rumah tersebut pula mendapati,ia pernah dimiliki oleh seorang doktor bernama Dr.Elias Alford Rowan.Ia terbiar begitu sahaja selepas Dr.Rowan terbunuh pada 1912. Perabot -perabot di dalamnya terbiar dipenuhi sawang dan habuk.
Apabila ditanya kepada penduduk sekitar, mereka memberitahu, tiada sesiapa yang berani mendekati rumah berkenaan kerana sering melihat lembaga-lembaga aneh dan menakutkan.Siasatan selanjutnya mendapati rumah tersebut,termasuk Dr.Rowan sebagai bekas biliknya,menyimpan sebuah kisah tragis.
Dr.Rowan sengaja membina rumah yang besar, tiga tingkat dan mempunyai 23 bilik kerana dia merancang untuk menjadikannya sebagai hospital.
Satu hari minggu pada 1883, bandar Beauregard telah dilanda ribut taufan yang dahsyat mengakibatkan banyak salun, sekolah, gereja, pejabat pos, dewan dan 35 buah rumah musnah. Cuma tiga buah rumah sahaja yang terselamat daripada bencana itu. Salah satunya milik Dr.Rowan.
Kemusnahan harta benda, kematian dan kecederaan yang dialami penduduk Beauregard menyebabkan Dr.Rowan terus menjadikan rumahnya sebagai hospital biarpun dia belum bersedia sepenuhnya, baik dari segi kelengkapan, ubat mahupun pekerja.
Dengan peralatan setakat yang ada itulah dia merawat penduduk Beauregard yang cedera. Ini menambahkan lagi rasa hormat penduduk sekitar kepadanya.
Selain keikhlasannya itu Dr.Rowan juga sebenarnya disenangi kerana dia mudah mesra dan gemar melibatkan diri dalam kerja-kerja sosial. Sikapnya yang berkhemah dan menghormati orang lain menharumkan lagi nama dikalangan masyarakat Beauregard.
Bagaimanapun, selepas Dr.Rowan meninggal dunia, jiran-jiran beliau serng melihat lembaga menyerupai doktor itu berjalan di dalam rumah yang ditinggalkannya. Pada malam hari, terdengar pula bunyi-bunyi menyeramkan seolah-olah ada orang yang menghuninya.
Kerana itu, tiada siapa yang berani memasuki rumah tersebut. Tinggal di dalamnya, apatah lagi.
Apakah punca Dr.Rowan meninggal dunia? Menurut maklumat daripada pihak berkuasa Illinois Tengah, Dr.Rowan meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta api milik syarikat itu. Ia berlaku pada lewat malam ketika Dr.Rowan ingin mengambil pesakitnya yang datang dengan kenderaan tersebut.
Selepas meninggalkan rumahnya, Dr.Rowan berjalan menyusuri landasan bagi menuju ke arah sebuah stesen kecil tempat kereta api berhenti. Tangannya menjinjing sebuah tanglung bagi menerangi jalan yang gelap gelita. Bagaimanapun, tanpa Dr.Rowan sedari, sebuah kereta api meluncur laju dari arah belakang beliau.
Jurutera kereta api itu meniup wiselnya berkali-kali namun, kerana usianya yang sudah lanjut serta masalah pendengaran yang dihadapi, Dr.Rowan tidak dapat mendengar amaran itu. Kereta api terus meluncur laju dengan breknya ditarik manakala wisel ditiup berkali-kali...
Apabila ia terlalu hampir, barulah Dr.Rowan menyedarinya. Dia menoleh ke belakang, mengangkat tanglung dan dibawa dan menjerit "BERHENTI!!!!"... tetapi sudah terlambat. Tanglung itu tercampak dan Dr.Rowan itu meninggal di situ juga dengan tubuh remuk dirempuh kenderaan tersebut.
Sejak kejadian itulah, penduduk sekitar dan pemandu kereta api kerap terserempak dengan sebuah tanglung di tengah landasan Beauregard. Ia dilihat berayun ke hadapan dan ke belakang seolah-olah memberi isyarat "BERHENTI!!!!!"...

cited from Laman Web Cerita Seram

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum