Log in

I forgot my password

February 2012
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829    

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Vindictus - Screenshot and Video
by sID Yesterday at 12:44 pm

» Nak tolong jgak~
by GAME ON Yesterday at 12:30 pm

» DOTA 2 - Network Game Terbaek di Abad ini!!
by GAME ON Yesterday at 1:32 am

» Satria 4g93T for sale
by MusTanG Sat Feb 04, 2012 7:34 am

» Properties for dummies (for newbies)
by murasame_85 Fri Feb 03, 2012 7:51 pm

» Streamyx Slow Internet Connection Troubleshooting
by zicron21ck Fri Feb 03, 2012 7:04 pm

» D.I.Y to increase your WiFi Speed~
by Admin Sun Jan 29, 2012 3:10 pm

» The Elder Scroll V: Skyrim
by MusTanG Sat Jan 28, 2012 8:03 pm

» [Lagu sedap~] Yuna - Terukir Di Bintang
by Admin Sat Jan 28, 2012 7:54 pm

» OverClocking Grafik kad Nvidia
by MusTanG Thu Jan 26, 2012 11:22 am

Top posters
MusTanG (4232)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3148)
 
Admin (2921)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2404)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Radio Amatur

View previous topic View next topic Go down

Radio Amatur

Post by Red_Giant on Tue Apr 20, 2010 1:35 am

Salam.....
Salam Kontek Kenal...Salam Kontek Perdana....

ape itu radio amatur??

INFO 1

INFO 2

INFO 3

INFO 4


cherioooo....73 de 9W2NMS.....

Red_Giant
Newbie

Posts: 7
Join date: 09/04/2010
Location: Bumi Merah Kuning

View user profile ooVoo

Back to top Go down

Re: Radio Amatur

Post by syadow on Tue Apr 20, 2010 4:43 am

-- .- .-. .. -.- .. - .- -... . .-.. .- .--- .- .-. -... . .-. ... .- -- .- -....- ... .- -- .-


Mike Alfa Romeo India - Kilo India Tango Alfa - Bravo Echo Lima Alfa Juliet Alfa Romeo - Bravo Echo Romeo Sierra Alfa Mike Alfa (Hyphen) Sierra Alfa Mike Alfa

_________________
why you need to pay while got free things around you.OSS its the best solution then piracy .

syadow
Moderator
Moderator

Posts: 496
Join date: 16/08/2009
Age: 21
Location: (KL)(KK2)

View user profile mdsyadow

Back to top Go down

Re: Radio Amatur

Post by GAME ON on Tue Apr 20, 2010 5:25 am

aku still tak paham ape ni??DJ radio ke ape ni???anyone??

_________________


http://172.25.174.51/

GAME ON
Moderator
Moderator

Posts: 1796
Join date: 15/11/2008

View user profile

Back to top Go down

Re: Radio Amatur

Post by Red_Giant on Wed Apr 28, 2010 4:44 pm

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.
Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad---------------------Kod digunakan------------------Cara sebutan

A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------NO VEM BER
O------------------------------Oscar------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO

Red_Giant
Newbie

Posts: 7
Join date: 09/04/2010
Location: Bumi Merah Kuning

View user profile ooVoo

Back to top Go down

Re: Radio Amatur

Post by Red_Giant on Wed Apr 28, 2010 4:55 pm

GAME ON wrote:aku still tak paham ape ni??DJ radio ke ape ni???anyone??

radio amatur ni adalah hobi yang berkaitan dgn frekuensi radio...
termasuk laaa....ujikaji, komunikasi, dan sebagainye....
ni secara umum laaa...

Red_Giant
Newbie

Posts: 7
Join date: 09/04/2010
Location: Bumi Merah Kuning

View user profile ooVoo

Back to top Go down

Re: Radio Amatur

Post by Red_Giant on Wed Apr 28, 2010 5:12 pm

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan - Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Nombor Siri: RAE 2010-2
Tarikh: 30 Jun 2010
Masa: Jam 2:00 petang
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Mei 2010 (Jam 5:00 petang)
Pusat Peperiksaan: (Semua Wilayah) Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak

Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Berumur 14 tahun dan ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
- Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).

Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Borang permohonan boleh diperolehi dari pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM di www.skmm.gov.my.

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010


Notification: Second Series of the Radio Amateur Examination Year 2010


Borang Permohonan RAE/RAE Application Form


Antara koleksi nota dan sample RAE yang den ade...
kredit tuk rakan2 yang buat soklan dan nota ni...

Nota 1

Nota 2

Nota 3

Nota 4

Nota 5

Nota 6

Nota 7


Semoga Berjaya....Cherioooo.... 73 de 9W2NMS... =)

Red_Giant
Newbie

Posts: 7
Join date: 09/04/2010
Location: Bumi Merah Kuning

View user profile ooVoo

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum