Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Today at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Yesterday at 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

View previous topic View next topic Go down

Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Post by Admin on Sun Mar 21, 2010 8:52 pm

<table width="100%" border="0" cellpadding="0" cellspacing="0"><tr><td valign="bottom" align="left">Mac 20, 10 9:41pm</td> <td valign="bottom" align="left">
</td> </tr> </table>

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa
beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah
'menemui satu lapangan minyak yang sangat besar,
kemungkinan yang terbesar di dunia'.

Penemuan ini, tegasnya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Bagaimanapun, pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut.

"Saya
diberitahu...tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak
yang sangat besar. Saya diberitahu terdapat penemuan besar... yang
boleh memberi tekanan kepada harga minyak.

"Saya
juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak
terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di
dunia.

"Saya tidak boleh dedah (lokasi)...saya tidak
boleh beri tahu anda," katanya semasa ditanya berulang kali mengenai
penemuan itu, yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk, "Conversations on the Constitution and Oil Royalty -- A Constitutional Right?" anjuran Majlis Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga tidak menamakan siapa yang memberitahunya mengenai perkembangan Petronas itu.

Sementara itu, Petronas dalam satu kenyataan ringkas, menafikan penemuan tersebut.

"Petronas
ingin menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang penemuan seumpama
itu dan sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian
adalah tidak benar," kata perbadanan minyak nasional itu semasa
dihubungi Bernama.

Tengku Razaleigh
baru-baru ini tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan
bahawa kerajaan Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti
bagi minyak yang dikeluarkan dari kawasan luar pantai negeri itu.

Tengku
Razaleigh, yang juga bekas menteri kewangan berkata penemuan lapangan
minyak yang besar bermakna Petronas mempunyai masa depan yang baik
tetapi menambah, ia perlu diurus dengan sewajarnya.

"Saya berharap Petronas akan diurus dengan baik...tiada ketirisan, agar wang dapat kembali kepada rakyat," katanya.

Beliau
juga berkata beliau gembira walaupun Petronas terpaksa membelanjakan
wang bagi pembinaan Menara Berkembar Petronas di sini dan pembangunan
Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan, syarikat minyak nasional itu
"masih meraih untung, dengan wang dan masih mempunyai baki rizab".

Petronas
menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan,
di mana ia bersamaan dengan kira-kira 42 peratus daripada pendapatan
negara.

Sejak ditubuhkan pada 17 Ogos, 1974,
Petronas telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas
antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 31 negara.

Petronas tersenarai di kalangan syarikat terbesar Fortune Global 500 di dunia.

Fortune menyenaraikan Petronas sebagai syarikat ke-95 terbesar dunia pada 2008 dan ke-80 terbesar pada 2009.

Ia
juga menyenaraikan Petronas di kedudukan kelapan bagi syarikat paling
mendapat untung di dunia dan syarikat yang paling meraih untung di
Asia.

Harga minyak jatuh sejak dua minggu lepas
sebanyak 2.8 peratus kepada di bawah AS$80 setong pada Jumaat. London
Brent Crude bagi Mei turun AS$1.60 setong kepada AS$79.88.

- Bernama


Petronas nafi Ku Li

Oleh NIZAM YATIM dan MUZDALIFAH MUSTAPHA
nizam.yatim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Mac - Syarikat minyak nasional, Petronas menafikan
dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa
pihaknya telah menemui lapangan minyak yang besar dan kemungkinan
terbesar di dunia.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat syarikat itu, pihaknya tidak membuat sebarang penemuan seumpama itu.
''Sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian
adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tengku Razaleigh ketika menjadi panel pada forum Royalti Minyak: Hak
Perlembagaan? anjuran Majlis Peguam hari ini mendakwa, syarikat itu
telah menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan yang
terbesar di dunia.
Bekas Pengerusi Petronas itu yang enggan mendedahkan butiran lanjut
dan pihak yang memberi maklumat kepadanya berkata, beliau diberitahu
bahawa tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang
sangat besar itu.
''Saya diberitahu terdapat penemuan besar yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.
''Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga
minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain
di dunia. Saya tidak boleh dedah (lokasi)... saya tidak boleh beritahu
anda," katanya.
Petronas yang ditubuhkan pada 1974 kini menjalankan aktiviti cari
gali di 31 negara dan paling terbaru, konsortium yang disertai syarikat
itu terpilih untuk memajukan dua blok medan minyak terbesar Venezuela
dan menerokai medan minyak di Iraq yang diberi nama Majnoon.
Syarikat itu menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada
Kerajaan Persekutuan iaitu bersamaan 42 peratus pendapatan tahunan
Malaysia.
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berkata, penemuan telaga minyak
terbaru itu adalah sesuatu yang bagus untuk masa depan syarikat
berkenaan.
''Saya harap Petronas akan diuruskan dengan baik. Jangan ada
sebarang ketirisan, agar wang dapat kembali kepada rakyat,'' katanya.
Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, beliau
gembira kerana walaupun syarikat itu terpaksa membelanja wang yang
banyak bagi membina Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya, ia masih
meraih keuntungan, masih mempunyai wang dan mempunyai baki rizab.
Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Razaleigh berkata, beliau
terlibat mengasaskan Petronas pada 1974 setelah menerima arahan
daripada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Menurutnya, penubuhan Petronas bertujuan memastikan hasil petroleum
digunakan bagi membantu penduduk miskin di seluruh negara termasuk di
Kelantan, Terengganu dan Pahang yang ketika itu tidak mempunyai minyak.
''Keputusan yang dibuat adalah bertepatan kerana pada ketika itu
kita tidak mempunyai syarikat petroleum tempatan sebaliknya aktiviti
cari gali minyak negara dilakukan oleh syarikat asing," ujarnya.


Harap2 berita ni adalah benar~

_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

Re: Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Post by rowanlim on Mon Mar 22, 2010 8:33 pm

If oil prices go up, it's not because of depreciating resources but as an effect of politics: this is what I gathered from Opposing Viewpoints book on Oil.

I hope it's true too but I really think we should focus on other sources of energy

_________________
And thine own sadness, where of stars, grown old in dancing silver-sandalled on the sea, sing in their high & lonely melody

rowanlim
Moderator
Moderator

Posts: 1470
Join date: 12/10/2008
Age: 25
Location: Bangsar KL

View user profile http://rowiescribbles.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Post by farizluqman on Mon Mar 22, 2010 8:48 pm

dpt the largest lapangan minyak tapi jual pada harga yg same cm skang, kaye raye beb... petronas

farizluqman
Beginner

Posts: 63
Join date: 19/02/2010
Age: 21
Location: Ampang

View user profile ooVoo http://www.simpleLinuxdistro.co.cc

Back to top Go down

Re: Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Post by MusTanG on Mon Mar 22, 2010 11:51 pm

good news for our country. just be careful so that there wont be interference from outsiders! they'd definitely want those oils!

MusTanG
Ruby Member
Ruby Member

Posts: 4298
Join date: 05/04/2009
Age: 23
Location: Kedah

View user profile

Back to top Go down

Re: Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Post by cicok on Mon Mar 22, 2010 11:58 pm

waaaa... ini berita baik....
ni rase nak apply keje ngn petronas plak nih... hihihi

_________________

.........EVERYTHING THAT HAS A BEGINNING HAS AN END..........

cicok
Moderator
Moderator

Posts: 3333
Join date: 21/07/2009
Age: 21
Location: di sebalik siling

View user profile azzrrii

Back to top Go down

Re: Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia?

Post by irliey on Sat Mar 27, 2010 6:14 am

entah betul entah tidak.. yg penting royalti minyak disalurkn kpada rakyat secara telus dan bukannya untuk kepentingan politik semata2..

irliey
Tertiary Member
Tertiary Member

Posts: 163
Join date: 26/03/2009
Age: 25
Location: Jerantut Pahang

View user profile irliey

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum