Log in

I forgot my password

February 2012
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829    

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Result Exam berstatus KG
by mat90 Today at 5:22 am

» Produa nk kuarkan sedan plak..
by murasame_85 Yesterday at 6:59 pm

» Duit RM baru
by sID Thu Feb 09, 2012 8:20 pm

» Honda civic 2012 dah masuk SG
by caer Wed Feb 08, 2012 2:18 pm

» luahan prasaan..
by MusTanG Wed Feb 08, 2012 7:46 am

» Koleksi lawak Samy Vellu
by MusTanG Wed Feb 08, 2012 7:41 am

» KLIA Flash mob
by rowanlim Tue Feb 07, 2012 1:47 pm

» UMPlife achieved new most users online record~
by rowanlim Tue Feb 07, 2012 1:44 pm

» Saman tu nak tulis pe ye??
by Admin Tue Feb 07, 2012 12:13 pm

» Vindictus - Screenshot and Video
by murasame_85 Tue Feb 07, 2012 11:18 am

Top posters
MusTanG (4240)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3148)
 
Admin (2926)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2413)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

View previous topic View next topic Go down

Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

Post by murasame_85 on Thu Feb 25, 2010 2:02 pm

Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya



Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam.
Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada
waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke
al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan
suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek
spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti
kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman
dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam
misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang
memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat
galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi
Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا
إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري


Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata:
Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada
pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh
Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang
banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang
mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang
cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang
kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini,
ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa.
Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus
umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai
daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.




Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar
mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin.
Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F.
al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam
kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute. Saya telah mendapat keizinan
beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan
tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda
boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan
penjelasan yang lebih terperinci.


PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya.
Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas
siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan
secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:


حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال:
المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة


Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu
(dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi,
“Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak
pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….


Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan
al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat
terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua
masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina
al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini
berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ


Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan
yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina
oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama
yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina
al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat
mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti
yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan
bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam
diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi
dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan
sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid
al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina
al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan
kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta
faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda
juga membina Ka’bah.


KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan
masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu
perlulah mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.
2. Sempadan.
3. Qiblah.
4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu
berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai
bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan
lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami
yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.


LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan
Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa
zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti
Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City
of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan
lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi
selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di
dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan,
ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak
di tenggara pagar Old City.




Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa


PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh
nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan
ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi.
Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh
kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir
Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika
diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan
plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:





BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.




Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan
dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua
bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock
sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru
tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah
lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi
mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana
pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan
dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata
lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut
boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.




Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab
al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam
al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak
bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan
keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di
tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil
di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam
menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali
penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya
menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam
pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai
masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas
pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.





Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa


KESIMPULAN


1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam
pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang
merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the
Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina
Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai
The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome
of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca
kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock
dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

_________________

New Title Gain: Vindictard!

murasame_85
Moderator
Moderator

Posts: 2413
Join date: 01/04/2009

View user profile

Back to top Go down

Re: Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

Post by cicok on Thu Feb 25, 2010 3:05 pm

fuhhh, letih bace... tu pun tak abis lagi... wawawa
neways, thanks for sharing murasame...
harap suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke al-aqsa ni sekali... huhu

_________________

.........EVERYTHING THAT HAS A BEGINNING HAS AN END..........

cicok
Moderator
Moderator

Posts: 3333
Join date: 21/07/2009
Age: 21
Location: di sebalik siling

View user profile azzrrii

Back to top Go down

Re: Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

Post by kerox on Thu Feb 25, 2010 3:11 pm

dasat nyek.. no wonder org yahudi nk gak kawasan dome of rock tuh.. bygkn kalo dekrang dpt wt kuil dkrang kat situ.. means, dlm masjid kite ade dah kuil dekrang.. wallahualam.. seram aku pk kalo jadik cam2...

kerox
Bronze Member
Bronze Member

Posts: 935
Join date: 03/01/2010
Age: 22

View user profile kerolkizam

Back to top Go down

Re: Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

Post by MusTanG on Wed Mar 10, 2010 7:54 am

makin aku membesar, makin 'macam2' yg aku nmpk kt dunia ni.

bkn sje dr hal peribadi,

hal politik dalam n luar negara (semua. termasuk politik pentadbiran, politik agama, dan sbgnya) yang bersangkut-paut dgn segala2 yg brlaku d dunia ni.


hm.

MusTanG
Ruby Member
Ruby Member

Posts: 4240
Join date: 05/04/2009
Age: 23
Location: Kedah

View user profile

Back to top Go down

Re: Bangunan al-Masjid al-Aqsa Yang Sebenarnya

Post by apizt on Wed Mar 10, 2010 6:32 pm

yahudi mmg bijak merancang strategi nk robohkn masjid al-aqsa..skang ni pn struktur masjid dh nk roboh..sume gara2 yahudi laknatullah gali terowong bawah tapak masjid al-aqsa...
so, sama2 lah kita boikot barangan yahudi!!!

apizt
Beginner

Posts: 52
Join date: 04/01/2009
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum