Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Today at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Yesterday at 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Honda Insight pertaruh pasaran Eropah

View previous topic View next topic Go down

Honda Insight pertaruh pasaran Eropah

Post by Admin on Mon Nov 03, 2008 2:24 am

31 Oct 2008

Mohd Razlan Salleh

KRISIS kelembapan ekonomi dunia tidak mengganggu kelancaran Pameran Motor Paris 2008 (Paris Motor Show) memperagakan beberapa model konsep dan jentera terbaru untuk pasaran global.



Pameran selama 15 hari bermula 4 hingga 18 Oktober lalu itu berjaya dengan penyertaan lebih 360 kenderaan dari 25 negara.

Malah, kegawatan tidak melemahkan semangat 1.43 juta peminat kenderaan seluruh dunia hadir di pameran itu. Kenderaan mesra alam terus mendapat perhatian selain jentera yang menggunakan enjin lebih berkuasa, aerodinamik dan berteknologi tinggi. Kebanyakan pengeluar kenderaan dunia kini lebih memberi fokus kepada pengenalan model hibrid, berkuasa elektrik dan penjimatan minyak melalui penggunaan bahan bakar alternatif selain petrol.

Sebanyak 20 kenderaan konsep dipamerkan di Pusat Ekspo Porte de Versailles, Paris yang anjurkan Organisation Internationale des Constructeurs d'Automobiles, Perancis.

Antaranya model konsep yang mendapat perhatian terdiri daripada Audi A1 Sportback, BMW X1, Chevrolet Orlando, Citroen GT, C-Cactus Hybrid dan Hypnos, Honda Insight, Lamborghini Estoque.

Maserati GranTurismo MC, Mazda Kiyora, Mercedes-Benz Concept, Mini Crossover, Nissan Nuvu, Peugeot Prologue dan Peugeot RC, Pininfarina B0, Renault Ondelios dan Z.E, Saab 9-X Air BioHybrid dan Ssangyong C200.

Audi A1 Sportback adalah kenderaan konsep generasi kedua yang dipamerkan di pameran kali ini. Kenderaan lima pintu itu hasil kejayaan pembangunan projek khas yang dikenali sebagai `Metroproject Quattro'. Ia dijana enjin hibrid yang dipadankan bersama enjin petrol 1.4 L klac berkembar menjadikan pertambahan kuasa sebanyak 27 kuasa kuda (bhp) daripada enjin asal.

A1 Sportback mencatatkan masa 7.9 saat untuk jarak 62 batu sejam (mph) apabila kuasa elektrik memacu roda hadapannya. Citroen GT adalah model terbaik hasil kerjasama Citroen dan pengeluar simulasi perlumbaan terkenal Jepun, Polyphony Digital.



Jentera seberat 1,400 kilogram (kg) itu menggunakan sel bahan api sebagai nadinya menghasilkan 780 bhp daripada empat motor elektrik yang terdapat pada enjinnya. Selain itu, model Citroen C-Cactus dicipta berdasarkan konsep pokok kaktus yang boleh hidup tanpa perlu menerima air yang banyak. Ini terbukti apabila C-Cactus hanya memerlukan bahan bakar serendah 3.4 liter untuk jarak perjalanan sejauh 100 kilometer (km).

Honda Insight generasi kedua adalah antara model yang menjadi pertaruhan Honda untuk pasaran Eropah. Model itu memerlukan 3.53 liter bahan bakar untuk perjalanan sejauh 100 km dan lebih menjimatkan daripada model Civic Hybrid yang menggunakan 5.88 liter bahan api untuk jarak perjalanan sama. Bagi penggemar Ferrari, pelancaran California dijangka mendapat sambutan hangat berikutan ia satu-satunya model kenderaan mewah itu dengan tempat duduk lebih luas.

California dijana enjin 4.3 L V8 yang menghasilkan 453 kuasa kuda dengan klac berkembar tujuh kelajuan. Model ini adalah yang pertama menggunakan sistem suntikan terus petrol. Keseluruhannya, pameran motor tertua (pertama kali diadakan pada 1898) itu memberi keyakinan semula kepada pengguna kemampuan dan keprihatinan pengeluar automotif dunia yang peka dengan kepupusan bahan bakar dan cenderung menggunakan bahan alternatif mesra alam.

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum