Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by caer Today at 8:09 am

» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Yesterday at 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Pengalaman mengurat guna internet

View previous topic View next topic Go down

How?

66% 66% 
[ 2 ]
33% 33% 
[ 1 ]
 
Total Votes : 3

Pengalaman mengurat guna internet

Post by Admin on Sun Feb 07, 2010 11:53 am

tuan2/puan, jangan salah faham, nie bukan pengalaman aku tapi terbaca satu artikel pengalaman yg menarik di myMetro, so aku pon c/p ke forum ni. Harap pengalaman penulis dpt memberi sedikit iktibar kpd kalian.

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/02/07

KUALA LUMPUR: Umurnya menjangkau setengah abad, tapi usia dianggap
matang itu belum mampu melepaskan seorang lelaki daripada perangkap
penyalahgunaan Internet.

Sejak ‘mesra’ dengan Internet kira-kira lima tahun lalu dengan tujuan
asal mengembangkan perniagaan, bekas kontraktor itu yang hanya mahu
dikenali dengan nama Jaafar akhirnya tersalah langkah.

Komputer
dan Internet langsung tidak memajukan perniagaannya, tetapi menjadi
saluran untuk dia memikat wanita yang sanggup melakukan apa saja demi
wang.

Sepanjang lima tahun, Jaafar ibarat ‘playboy tua’ apabila
berpuluh-puluh wanita terkulai di ribaannya, namun kegembiraannya tidak
lama kerana selepas itu satu demi satu ‘bala’ menimpa sehingga segala
kekayaannya lenyap. Ikuti luahan Jaafar.

“SEBENARNYA saya bukan jenis ‘kaki betina’ atau ‘kaki enjoy’ hinggalah saya mula menaruh minat kepada Internet.

Tujuan asal saya mahu menceburi cabang perniagaan baru, termasuk
mencuba pelbagai jenis skim pelaburan Internet, tetapi memandangkan
saya suka ‘meneroka’, saya cuba mencari pelbagai maklumat.

Sebelum itu saya dengar ramai kawan dapat kenalan di Internet, malah
ada yang ‘simpan perempuan’ selepas berhubung di Internet.

Saya cuba melayari laman web mencari kenalan dan tak sangka pula ada yang secara terang-terangan mencari ‘sugar daddy’.

Saya mencubanya dan tak sangka menerima respons baik. Wang bukan
menjadi masalah bagi saya dan disebabkan itu saya tidak kisah
mendepositkan wang jika diminta wanita yang berjaya saya hubungi
menerusi telefon.

Pada mulanya tidak banyak, setakat RM200
hingga RM300. Saya umpan dengan wang lebih banyak jika sanggup berjumpa
dan memenuhi apa saja kehendak saya. Tak sangka pula ada yang sanggup.

Seingat saya, wanita pertama yang berjaya saya takluki bekerja sebagai
jurujual. Dia mendakwa sentiasa berdepan masalah kewangan dan memang
mahukan sesiapa yang boleh memberinya kekayaan ‘membelanya’. Kali
pertama berjumpa, terus ‘dapat’.

Saya mula berasa seronok.
Setakat beri wang RM2,000 hingga RM5,000 sebulan bukan menjadi masalah
kepada saya. Setakat membayar sewa kondominium mewah dan kereta, saya
tidak kisah.

Saya mula sedar, wang boleh membeli segala-galanya
dan saya cari lagi wanita yang boleh dibela menerusi laman web yang
mengiklan tawaran mencari ‘sugar daddy’.

Saya dapat yang baru dan yang lama pula saya tinggalkan begitu saja bila sudah bosan.

Semakin lama saya berasa kian seronok. Seorang demi seorang wanita,
tidak kira yang bekerja atau masih menuntut, berjaya saya pikat.

Namun, saya akui tidak terlepas ditipu beberapa kali. Disebabkan yakin
mangsa akan terikat dengan saya apabila saya mendepositkan wang, lebur
juga ribuan ringgit. Selepas masukkan wang, ‘sasaran’ hilang begitu
saja, tetapi saya tidak kisah.

Saya terus ‘aktif’ melakukan
perbuatan terkutuk itu. Untuk mengelak ahli keluarga, terutama isteri,
mengesan aktiviti itu, saya merancangnya dengan teliti. Jika mahu
berjumpa mangsa, saya memilih melakukannya di hotel bertaraf lima
bintang.

Soal keluar masuk wang, saya tidak bimbang kerana isteri dan anak tidak ambil tahu. Saya berikan kemewahan kepada mereka.

Pada masa sama, tumpuan saya bukan hanya kepada laman web berkenaan
kerana saya mula ‘meneroka’ laman web mencari kenalan lain seperti
‘myspace’, ‘friendster’ dan ‘facebook’. Hasilnya, semakin ramai yang
berjaya saya takluki.

Umpannya mudah, iaitu wang. Saya sanggup
bela mereka asalkan mereka beri apa yang saya mahu. Bagaimanapun, saya
tidak mahu terikat. Jika sudah bosan, saya tinggalkan.

Tahun
ketiga melakukan perbuatan terkutuk itu, entah mengapa perniagaan mula
merosot. Tender tak dapat dan ada projek tertentu tidak dapat saya
siapkan. Ada juga beberapa pelaburan menerusi Internet yang saya masuk
lebur begitu saja.

Saya masih mampu bertahan dan tetap
melakukan perbuatan itu. Saya jual kereta untuk dapat wang hinggalah
semua kereta saya jual.

Kononnya nak buat modal berniaga,
tetapi entah bagaimana wang habis begitu saja. Fikiran benar-benar
berserabut. Jumpa salah kawan pula.

Kawan kata main judi mesin
slot di kelab judi eksklusif boleh kaya jika modal besar, tetapi apa
yang saya lakukan tidak menjadi. Banyak kalah daripada menang.

Sehingga pada tahun kelima, saya benar-benar terduduk. Kereta hanya tinggal kereta buruk, nasib baik saya tak jual rumah.

Wanita yang saya bela semuanya lari kerana saya tidak lagi mampu
memberi kemewahan dan wang setiap bulan. Keluarga juga yang menjadi
mangsa.

Mujur dulu isteri pandai berjimat, adalah sedikit wang
simpanan. Bagaimanapun, apabila sudah lama hidup senang, sukar untuk
mengubah gaya hidup. Wang yang ada kian surut dan sejak itu baru saya
cuba ubah gaya hidup.

Sekarang saya berniaga kecil-kecilan, ambil kontrak daripada orang lain. Kadangkala jual insurans. Menyesal tak sudah!

Sepatutnya saya hidup senang hari ini, tetapi kerana balasan Tuhan,
saya hidup susah. Kini, baru saya kembali mencari keberkatan hidup,
meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh.”


_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by dynoboyz on Sun Feb 07, 2010 12:19 pm

buat baik berpada2 buat jahat jangan sesekali... tuhan baru uji iman sikit dah tergugat. mudah2an kita semua ambik iktibar dr peristiwa nie....

p/s: tp internet nie la aku ngorat awek aku. padahal sekelas je skolah menengah. hahaha

dynoboyz
Moderator
Moderator

Posts: 1132
Join date: 04/01/2009
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by cicok on Sun Feb 07, 2010 11:14 pm

setakat nk ngorat awek tu xde hal r... lagi2 kalo nk buat bakal isteri... wawawa
yg penulis ni mmg da sangap.. guna tenet wat cari pompuan simpanan plak..
bagus r kalo dier dah sedar... semoga menjadi pedoman kpd kita semua.. huhu

_________________

.........EVERYTHING THAT HAS A BEGINNING HAS AN END..........

cicok
Moderator
Moderator

Posts: 3333
Join date: 21/07/2009
Age: 21
Location: di sebalik siling

View user profile azzrrii

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by kerox on Sun Feb 07, 2010 11:18 pm

haihh.. dasat gile.. stakat ni aku lom penah lg nk ngorat2 girl yg aku knl by internet... banyak risk woooo...

kerox
Bronze Member
Bronze Member

Posts: 935
Join date: 03/01/2010
Age: 22

View user profile kerolkizam

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by Unta Gedix on Sun Feb 07, 2010 11:26 pm

ak knl awek ak kat ym kot.... da dekat setahun da kapel...wawawa

Unta Gedix
Secondary Member
Secondary Member

Posts: 255
Join date: 23/08/2009
Age: 21
Location: Muor, Johor

View user profile zulhilmiz

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by IruGa on Sun Feb 07, 2010 11:42 pm

haha...aku pulak....kenal awek aku kat BPrO tapi selalu contact melalui skype..kira adjust die melalui skype la...hahaha..nasib bek sekarang (tak tau lepas ni cam mna) skype ok and membolehkan aku skype ngn awek aku selalu..hehehe...oovoo kureng coz xde emoticon...tapi terpaksa guna coz ramai dah bertukar angin ke oovoo...

_________________






IruGa
Moderator
Moderator

Posts: 2350
Join date: 24/10/2008
Age: 23
Location: Kuar Tan, Pak Hang, Malaysia

View user profile http://am-snz.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by Miow on Mon Feb 08, 2010 1:07 am

wow...rezeki sme ditgn Allah , jgnle duk igt duit nak ad spjang masa,hari mgkin ada duit esok sekali kene tarik apa pon tada...kesimpulanyer kaye nie pon dugaan Allah kan..hehe

Miow
Bronze Member
Bronze Member

Posts: 790
Join date: 26/10/2008
Age: 22
Location: kuantan

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by zicron21ck on Mon Feb 08, 2010 1:32 am

dia berkenalan ngan internet tu pu dugaan gak tu....heheheh

apa pun, jangan menyalahgunakan benda2 kat dunia ni.... buruk padahnya nanti....huuhuuhuh

_________________
My Rig: Processor:Intel Core 2 Duo E7300::Motherboard:Gigabyte EP45-UD3P::Memory:KINGSTON 2048MB::HDD:SAMSUNG 250GB ::Drive:18X SAMSUNG DVD-WRITER&18X LG DVD-WRITER+LIGHTSCRIBE::GFX:Palit GTX260 216SP::Keyboard & Mouse:A4Tech-3xFast Gaming Keyboard-X7 G800 / 3xFire Laser Gaming Mouse-X7-710FS::Cooler:COOLER MASTER ECLIPSE::PSU & Casing: Vantec 700W & CM HAF-932::Monitor:Dell S2409W::
[/URL]

zicron21ck
Moderator
Moderator

Posts: 3150
Join date: 24/10/2008
Age: 24
Location: kg bkt lanchong, shah alam, selangor/gambang, kuantan/kuala pahang,pekan, pahang

View user profile zikri2103 http://www.kibotnmos.com

Back to top Go down

Re: Pengalaman mengurat guna internet

Post by rowanlim on Mon Feb 08, 2010 9:39 pm

There should be an "indifferent" option in the poll. Online relationships can work, it's up to you to know how to manage the communication & be smart enough not to be tricked.

_________________
And thine own sadness, where of stars, grown old in dancing silver-sandalled on the sea, sing in their high & lonely melody

rowanlim
Moderator
Moderator

Posts: 1470
Join date: 12/10/2008
Age: 25
Location: Bangsar KL

View user profile http://rowiescribbles.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum