Log in
Quote of the Day
Latest topics
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)by caer Today at 8:09 am
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Yesterday at 11:31 pm
» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm
» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm
» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am
» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm
» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm
» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm
» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm
» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am
UMPlife Chatbox
Top posters
| MusTanG (4298) | ||||
| theMVP (3628) | ||||
| aku la????? (3355) | ||||
| cicok (3333) | ||||
| nazkill (3286) | ||||
| asuramaru (3189) | ||||
| zicron21ck (3150) | ||||
| Admin (2987) | ||||
| Castielle Zaidrick (2608) | ||||
| murasame_85 (2506) |
UMPlife Partner Board
UMPlife Chinese Forum
Suburbanzero
Rowie's Scribbles
- d0r! - d0r! ruL3z -
EVOLUSI SAGA FIORE
AM's LiFeZ RuLeS
Laman ServerRooms
MTA Studio
[@][p][!]
nama saya din
zicronzick blog
BudakSedangBelajar
UMPOpenSC
mishyanikookoo
MTA life
inilah kehidupanku
teratak silam
GERABAK MEKANIKAL
kuchenghitam
+ WE LEAD THE FUTURE+ (^^)/
UMP Store
kibotnmos
Shazril Shaedi
Bakpo Gitu?
Fadzrulhisyam
Blogger UMP
Secawan Kopi Panas...
Rionix
Invincible Generation
RoCkStaR site
sollehahn.com
c0l0r 0f my s0ul
I'm not Alone
umpsharing
Blog adib
Ahli Karut
darimo's blurp
lady afiefa
Black Winter
just4khai
blog404
UFun
UMPlife Sponsor
Bacaan Menarik Utk Bakal MPP
:: UMPlife News :: UMP News
Page 1 of 1 • Share •
Bacaan Menarik Utk Bakal MPP
Penulis berkesempatan menonton dokumentari Tragedi Trisakti dan Semanggi[1] di Indonesia ketika era Reformasi dahulu. Penulis terasa begitu teruja melihat kelantangan dan kegigihan serta keberanian para demonstran yang terdiri daripada anak-anak mahasiswa di universiti-universiti terkemuka di Indonesia.
Mereka ini berdemonstrasi bukanlah kerana elaun mereka ditarik. Bukanlah kerana Kafeteria di kolej mereka ditutup. Bukan juga kerana masalah parking di Fakulti. Tapi mereka ini berjuang, turun berpanas di jalan raya kerana ingin menyuarakan suara rakyat bawahan. Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen. Orang politik sukar untuk diharap bagi membela nasib rakyat. Jika ada “political mileage”, cepat sahaja mereka membantu. Tapi jika tiada, jangan harap nak nampak batang hidung.
Ini semua kerana orang politik gilakan kuasa, dengan kuasa sahaja mereka dapat menjalankan agenda mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak mendatangkan faedah kepada usaha mereka dalam mendapatkan kuasa, buat apa mereka bersusah? Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa.
Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.
Contoh mudah, Tragedi Baling. Apa kaitan mahasiswa di Universiti Malaya, di Institut Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia[2] dengan masyarakat Baling? Adakah kemiskinan, kemelaratan, kebangsatan masyarakat Baling akan mengurangkan elaun mahasiswa ini? Adakah kebuluran di Baling akan memberi kesan terhadap kualiti makanan di Kafeteria? Adakah perarakan kaum buruh di Baling akan menghalang mahasiswa untuk parking di Fakulti masing-masing?
Jawapan kepada semua pertanyaan sinis ini sudah tentulah tidak. Tidak ada langsung pertalian di antara mahasiswa ini dengan rakyat Baling. Yang ada cumalah mereka semua merupakan warganegara Malaysia. Itu kalau dilihat dengan mata kasar. Mata yang cuma melihat zahiriyah tapi sering buta terhadap batiniyah. Tidakkah bodoh mahasiswa ini berpanas, beresak-esak membawa sepanduk, melaung-laung di bawah panas terik semata-mata demi rakyat Baling yang tiada kena mengena dengan mereka? Jika anda adalah Doktor Mahathir, maka jawapannya adalah ya. Bagi anda mereka bodoh. Tapi jika anda merupakan seorang yang beridealisma, maka anda akan menyangkal kebodohan Doktor Mahathir ini[3].
Perjuangan mahasiswa tidak dirantai pada isu-isu yang bersangkut-paut dengan hak mahasiswa sahaja. Ia juga bukan hanya setakat isu berkaitan politik. Ia jauh melangkau isu-isu popular ini. Isu penderitaan rakyat juga termasuk dalam agenda perjuangan mahasiswa. Akan tetapi, kenapa hari ini dalam pada mana hampir setiap masa kita mendengar masalah rakyat dengan golongan keparat yang rakus membaham tanah rakyat dan hak-hak mereka, mahasiswa kita masih lagi sibuk dengan isu seperti ISA, e-Undi, dan sebagainya lagi yang rata-rata berkait dengan politik.
Seolah-olah, perjuangan mahasiswa ini semata-mata berkaitan politik sahaja. Ini pandangan yang tidak betul. Mahasiswa wajib berpolitik, tapi jangan sampai gila politik. Biarkan kegilaan itu dirayakan oleh para politikus. Kita sebagai mahasiswa menggugat, yang bebas dari sebarang faham politik kepartian, harus mengambil jalan tengah. Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentang. Tak kira siapa yang melakukannya. Kita berpolitik ikut kadar kita, ikut cara kita. Jangan dicontohi bulat-bulat perangan parti politik.
Kita gerakan mahasiswa, bukan parti politik. Kita tidak perlukan “political mileage”. Kita tidak perlukan populariti. Jangan semua jentera kita dihalakan buat membedil isu-isu politik semata. Kita seharusnya tahu dengan jelas agenda perjuangan. Jangan hanya mabuk dalam politik. Ramai, bukan sedikit mahasiswa hari ini yang melihat gerakan mahasiswa sebagai agen parti politik. Akhirnya, ramai yang masuk kerana ingin dilihat sebagai “PAS”, “UMNO”, dan sebagainya. Tak kurang juga yang menolak menyertai gerakan mahasiswa kerana tidak suka kepada politik.
Ini lah keburukan yang berlaku bila mahasiswa terlalu gila politik. Berbalik kepada persoalan asal, mahasiswa seharusnya menjadikan diri mereka pejuang kepada golongan yang tertindas. Orang kampung, mereka kebanyakan tak faham bidang perundangan, mereka tidak fasih bab ekonomi. Sebut nama Lord Atkin, terlopong mulut mereka. Jadi, adakah mereka ini boleh diharap dalam membela nasib sesame mereka? Sudah tentu golongan yang tamak, boleh berlagak umpama orang mengantuk disorong bantal. Mudah sahaja menipu rakyat. Rakyat hanya akan sedar mereka ditipu setelah semuanya sudah terlambat.
Jadi, di sinilah mahasiswa memainkan peranan. Kita harus menjadi golongan yang memberi faham kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya ditipu. Kita seharusnya menjadi agen yang mempertahankan kepentingan rakyat. Orang kampung tak berani untuk membuka mulut. Kalau berani pun, mereka tak tahu ke mana mereka harus pergi untuk buka mulut. Jika mereka tertindas di bumi BN, mereka boleh mengadu nasib kepada PR. Tapi bagaimana jika yang ditindas itu berada di bumi PR? Hendak mengadu kepada PR? Ibarat kambing masuk kandang harimau.
Jadi kita lah yang harus menyuarakan suara golongan yang tertindas ini. Kita tidak tunduk pada tekanan parti politik. Kita tidak menjadi ahli dalam mana-mana pakatan. Kita bebas bertindak mengikut acuan kita sendiri. BN atau PR, apa beza nya? Semua akan ditentang jika menindas rakyat. Malangnya, adakah mahasiswa hari ini, sanggup untuk berbuat demikian? Apakah mahasiswa sanggup menggadai cita-cita politik mereka demi kepentingan rakyat?
Kita hari-hari bermimpi untuk mengulangi pencapaian wira-wira kampus seperti Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, yang lantang melaungkan “STUDENT POWER” hingga menggugat kerusi pemerintah. Tapi adakah aspirasi dan keazaman kita hari ini selari dengan mereka semua? Adakah matlamat perjuangan kita hari ini, sejelas matlamat mereka? Mereka berjaya, kerana mereka punya agenda yang jelas dan mereka berpegang teguh kepada agenda itu. Tapi kita hari ini?
Ayuh rakan mahasiswa, bangkitlah dan sedar bahawa tugas membela rakyat tertindas terletak di bahu kita, bukan di bahu JKKK atau JSR. Kita yang harus berjuang memartabatkan kembali maruah rakyat. Jangan salahkan politikus jika kita sendiri tak buat kerja. Kita bukan agenda parti poltik. Tapi kita agen rakyat. Sekian. Wallahua’lam
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2227

kuba- Newbie
- Posts: 17
Join date: 04/01/2010

Re: Bacaan Menarik Utk Bakal MPP
Dipetik drpd Blog The Think Tanker...
Ramai teman Mahasiswa mengajukan dan mempersoalkan niat saya dan teman2 Kepimpinan MPP UMP 08/09 menggagaskan Gagasan Mahasiswa PEDULI. Tiada lah niat lain selain demi menyatu padukan kepimpinan Mahasiswa membawa Idealisme yang jelas tanpa ada kefahaman politik sempit sehingga mengabaikan kepentingan bersama.
Saya melihat bahawa Politik Kampus di Universiti Premier seperti UM,UIA,UPM,USM,UKM melalui zaman politik kampus yang cukup haru biru dan penuh dengan mehnah tribulasi sehingga Kepimpinan Mahasiswa terpaksa melaksanakan kempen Agenda Mahasiswa yang kadang kala tidak dapat diterima akal hanya kerna ingin mendapat undi simpati. Percanggahan dan persepesi pelbagai daripada Gerakan Pro Aspirasi yang kebiasaannya dirujuk sebagai Wakil Mahasiswa yang menghala pandangan secara menyokong kepada Pihak Kerajaan/Universiti/HEP secara amnya. Gerakan Mahasiswa yang bingkas berjuang kerna tidak berpuas hati dengan pelaksanaan AUKU dan penindasan Pihak Universiti terutama Pihak HEP menyebabkan Gabungan Mahasiswa atau lebih dikenali dengan Pro Mahasiswa diluncurkan dengan lebih berstrategi.Ditambah lagi dengan sokongan dan sambutan panas mcm pisang goreng oleh Pihak Media Massa memberi ruang publisiti seluas luasnya kepada Kepimpinan Mahasiswa baik di Pro A dan Pro M. Sedikit bingkasan pandangan peribadi The Think Tanker.
Namun begitu teman teman sekalian,sebagai sebuah Universiti Teknikal dengan perjuangan idealisme yang masih baru,saya dengan rendah diri menyatakan betapa UMP akan hanya merugikan diri seandainya kita terjerumus ke dalam fahaman politik partisan sebegini. Kepimpinan Mahasiswa UMP telah melakukan pelbagai transformasi perubahan dengan membawa suara suara Mahasiswa dengan kebih lantang dan jauh ke hadapan. Kepimpinan Mahasiswa UMP di peringkat MPP,Persatuan dan Kelab,Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman atau PEKA seharusnya terus melakukan perubahan atau Islah demi meremajakan Gerakan Kepimpinan Mahasiswa agar terus kekal relevan di hati sanubari Mahasiswa UMP.
Nah,seiringan dengan itu,atas dasar kesedaran dan kepedulian saya dan teman2 Kepimpinan Mahasiswa yang lain,Gagasan Mahasiswa PEDULI bimgkas menjadi idealisme yang cukup terkesan membawa kepada bersatunya Gerakan dan Suara Mahasiswa UMP. Apakah dia Mahasiswa PEDULI ini?
1.Mahasiswa PEDULI wajar bergerak dengan Idealisme yang jelas dan memperjuangkan perkara yang penting buatMahasiswa dan masyarakat sekeliling.Jangan sesekali terjerumus kedalam fahaman politik sempit kerna ia hanya merugikan Gerakan Mahasiswa sedangkan masa yang diperuntukkan sangat singkat nilainya.
2.Mahasiswa PEDULI harus jadi Mahasiswa pemberani dengan menjuarai isu kebajikan Mahasiswa dan menjadi pressure group paling efektif dalam masyarakat kampus. Hanya cara ini sahaja Kepimpinan Mahasiswa akan dapat belajar dan seterusnya menjadi pressure group kepada Politik Semasa dengan menyuarakan dan membela hak Mahasiswa dan Masyarakat secara umumnya. Jangan pentingkan diri dan hanya ingin meraih populariti kerna Kepimpinan seperti ini hanya akan memburukkan lagi persepsi Mahasiswa kita kepada Kepimpinan Mahasiswa.
3.Mahasiswa PEDULI wajar merasai kepayahan dan kejerihan kehidupan Mahasiswa di Kampus dan sebagainya.Jangan terlalu bermewah dan mengejar nama semata,sebaliknya terus jujur memperjuangan nasib dan membela Mahasiswa kita.Mahasiswa PEDULI mesti ada budaya kerja yang efektif,tidak berkira dari sudut mengorbankan wang ringgit,masa dan tenaga. Proses ini sangat penting demi menambah nilai dalam diri dan Sifat Kepimpinan Mahasiswa.
4.Mahasiswa PEDULI seharusnya berbudaya dengan budaya yang baik dan mempunyai jati diri yang kuat.Santun dalam tutur bicara dan berhikmah dalam segala tindakan. Kalau keras dalam tindakan mesti ada susulan kelembutan dalam bicara.Kdangkala tidak dinafikan,sentimen kemudaan mencabar kita melakukan sesuatu di luar duga. Inilah ruang dan peluang untuk kita bertindak sedikit keras etapi niat yang baik dan untuk memberi kesan yang segera dan jelas. Apapun tindakan Mahasiswa PEDULI,mesti ada rencana kesan dan cara mengendurkan kembali.Mesti bertanggungjawab dan menggunakan kebijakan meramal kesan masa hadapan.
5.Mahasiswa PEDULI jangan sesekali berputus asa dan terus meneruslah berjuang.Kehidupan di dunia ini maknanya ialah terus berjuang sehingga ke liang lahad. Kita tidak lihat Nabi Muhammad SAW berehat sepanjang hidup baginda.Sehingga ke akhir usia,Idealisme Rasulullah SAW iaitu menyayangi Ummah sangat terharu dan memberi 1001 keinsafan buat pengikutnya. Apakah kita boleh hidup senang sdengan bebanan dan amanah yang Tuhan telah berikan? Malu pada Rasulullah dan malu pada diri sendiri andai Kepimpinan Mahasiswa tidak berasa bebanan yang dipikul untuk merubah masyarakat kepada yang lebih baik.Pokoknya,Mahasiswa PEDULI mesti ada idealisme perjuangan yang jelas dan bukan semata hanya menjadi pengikut kepada fahaman politik sempit .
Justeru,Marilah kita murnikan kembali.Jangan biarkan sentimen kemudaan Mahasiswa kita luntur dek kerana diri kita sendiri.Mantapkan ukwwah dan eratkan tali silaturrahim sesama Mahasiswa tanpa mengira warna kilit, fahaman agama,bahasa dan sebagainya.Selagi kita bergelar Mahasiswa PEDULI,kita akan terus berbakti tanpa mengira soal lumayan pulanngannya.Bersatulah wahai teman Mahasiswa ku sekalian,andai esok tiada lagi,pasti kita akan menyesali kerna tiada melakukan apa apa perobahan kepada Generasi Muda Malaysia kini.Mulakan dengan diri sendiri dan teman rapat,sebarkan dan fahamkan bahawa kita Mahasiswa PEDULI!!!
Saya Mahasiswa PEDULI...Anda bagaimana??
The Think Tanker
Isnin 25hb Januari 2010

Mr.Suffi- Beginner
- Posts: 62
Join date: 04/01/2009
Re: Bacaan Menarik Utk Bakal MPP
cerita2 di universiti jiran..
kuba- Newbie
- Posts: 17
Join date: 04/01/2010

Re: Bacaan Menarik Utk Bakal MPP
Very interesting posts.
I especially agree with this:
We're adults. Time to step beyond boundaries that can crumble if we really want them to.
I especially agree with this:
Ayuh rakan mahasiswa, bangkitlah dan sedar bahawa tugas membela rakyat tertindas terletak di bahu kita, bukan di bahu JKKK atau JSR. Kita yang harus berjuang memartabatkan kembali maruah rakyat. Jangan salahkan politikus jika kita sendiri tak buat kerja. Kita bukan agenda parti poltik.
We're adults. Time to step beyond boundaries that can crumble if we really want them to.
_________________
And thine own sadness, where of stars, grown old in dancing silver-sandalled on the sea, sing in their high & lonely melody

rowanlim- Moderator

- Posts: 1470
Join date: 12/10/2008
Age: 25
Location: Bangsar KL

Re: Bacaan Menarik Utk Bakal MPP
masalahnya satu... sanggup ke kene buang universiti???? kalau sanggup anda memang hebat.... kita telah terikat dengan peraturan orang atasan kerana mereka takut generasi kini akan menggulingkan merekea seperti mana mereka buat satu ketika dulu....
that why aku benci politik.... semua memenuhkan selera masing2....tidak fikir org lain.....
pendapat jer....
that why aku benci politik.... semua memenuhkan selera masing2....tidak fikir org lain.....
pendapat jer....
_________________
My Rig: Processor:Intel Core 2 Duo E7300::Motherboard:Gigabyte EP45-UD3P::Memory:KINGSTON 2048MB::HDD:SAMSUNG 250GB ::Drive:18X SAMSUNG DVD-WRITER&18X LG DVD-WRITER+LIGHTSCRIBE::GFX:Palit GTX260 216SP::Keyboard & Mouse:A4Tech-3xFast Gaming Keyboard-X7 G800 / 3xFire Laser Gaming Mouse-X7-710FS::Cooler:COOLER MASTER ECLIPSE::PSU & Casing: Vantec 700W & CM HAF-932::Monitor:Dell S2409W::
[/URL]
zicron21ck- Moderator

- Posts: 3150
Join date: 24/10/2008
Age: 24
Location: kg bkt lanchong, shah alam, selangor/gambang, kuantan/kuala pahang,pekan, pahang

Similar topics» Ingatan bg yg dah berkahwin dan bakal berkahwin..
» Gambar Tempat-tempat Menarik di Negara Kita
» Ada website menarik
» kekayaan ekonomi sabah menarik minat Syarikat Borneo Utara British(SBUB)
» ~~~~ Koleksi gambar menarik / pelik / ajaib / dan sebagainya...
» Gambar Tempat-tempat Menarik di Negara Kita
» Ada website menarik
» kekayaan ekonomi sabah menarik minat Syarikat Borneo Utara British(SBUB)
» ~~~~ Koleksi gambar menarik / pelik / ajaib / dan sebagainya...
:: UMPlife News :: UMP News
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum