Log in
Quote of the Day
Latest topics
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Wordsby Admin Yesterday at 11:31 pm
» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm
» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by murasame_85 Yesterday at 6:38 pm
» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm
» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am
» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm
» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm
» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm
» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm
» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am
UMPlife Chatbox
Top posters
| MusTanG (4298) | ||||
| theMVP (3628) | ||||
| aku la????? (3355) | ||||
| cicok (3333) | ||||
| nazkill (3286) | ||||
| asuramaru (3189) | ||||
| zicron21ck (3150) | ||||
| Admin (2987) | ||||
| Castielle Zaidrick (2608) | ||||
| murasame_85 (2506) |
UMPlife Partner Board
UMPlife Chinese Forum
Suburbanzero
Rowie's Scribbles
- d0r! - d0r! ruL3z -
EVOLUSI SAGA FIORE
AM's LiFeZ RuLeS
Laman ServerRooms
MTA Studio
[@][p][!]
nama saya din
zicronzick blog
BudakSedangBelajar
UMPOpenSC
mishyanikookoo
MTA life
inilah kehidupanku
teratak silam
GERABAK MEKANIKAL
kuchenghitam
+ WE LEAD THE FUTURE+ (^^)/
UMP Store
kibotnmos
Shazril Shaedi
Bakpo Gitu?
Fadzrulhisyam
Blogger UMP
Secawan Kopi Panas...
Rionix
Invincible Generation
RoCkStaR site
sollehahn.com
c0l0r 0f my s0ul
I'm not Alone
umpsharing
Blog adib
Ahli Karut
darimo's blurp
lady afiefa
Black Winter
just4khai
blog404
UFun
UMPlife Sponsor
Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
Page 1 of 1 • Share •
Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
radzi melissa
dulu (2 dari kanan)

sekarang

aku xtau la korang layan ke tak rock2 kapak ni. tangkap leleh beb! Evergreen je lagu. rock kapak ni aku leh ckp Golden Age of Rock kat Malaysia.. mmg berhantu la kalo dgr..
dulu (2 dari kanan)

sekarang

aku xtau la korang layan ke tak rock2 kapak ni. tangkap leleh beb! Evergreen je lagu. rock kapak ni aku leh ckp Golden Age of Rock kat Malaysia.. mmg berhantu la kalo dgr..
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
korang ingat lg kumpulan syj yg kemudian nama mereka ditukar kepada
sofea? kumpulan ni yg mencetuskan fenomena di malaysia dgn lagu yg
penuh kontroversi seperti orang timur, mata sepet, hati syaitan dan
lain2

yg kiri tu ialah vokalis utama kumpulan sofea iaitu amir. dia la yg nyanyi lagu org timur
yg kanan pula ialah man rani iaitu pemain bass. dia juga vokalis utk
lagu berentak slow. ingat lagi lagu bunga padang pasir? lagu tu man
rani punya suara... hehehe
ni gambar mereka masa muda

sapa anak muda yg masih xtau lagu bunga padang pasir yg ACAB nyanyi tu.. ni la band asal nye
sofea? kumpulan ni yg mencetuskan fenomena di malaysia dgn lagu yg
penuh kontroversi seperti orang timur, mata sepet, hati syaitan dan
lain2

yg kiri tu ialah vokalis utama kumpulan sofea iaitu amir. dia la yg nyanyi lagu org timur
yg kanan pula ialah man rani iaitu pemain bass. dia juga vokalis utk
lagu berentak slow. ingat lagi lagu bunga padang pasir? lagu tu man
rani punya suara... hehehe
ni gambar mereka masa muda
sapa anak muda yg masih xtau lagu bunga padang pasir yg ACAB nyanyi tu.. ni la band asal nye
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!

Ketika itu konsert sedang rancak berlangsung, para penonton bagaikan
dilanda histeria apabila terkinja-kinja kegembiraan sambil
memanggil-manggil nama kami. Tetapi tiba-tiba saya terpanah, lidah saya
kaku untuk mengalunkan lagu yang sedang dipersembahkan. Di hadapan saya
terbayang satu pemandangan yang amat menakutkan... seperti gambaran
seksaan di Padang Mahsyar!”
Imbasan imej dahsyat yang disaksikannya itu seolah-olah suatu paparan
di skrin layar putih. Walaupun ia hadir untuk beberapa saat sahaja,
tetapi Mohd. Radzi berasa pasti, paparan itu merupakan suatu isyarat
yang tidak boleh diambil ringan. Itulah isyarat yang membawa dirinya
kembali kepada acuan asal dirinya yang pernah mendapat pendidikan
pondok hinggalah hari ini. Itulah pengalaman yang pernah di*lalui Mohd.
Radzi Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Radzi, 45, yang pernah
menggegarkan arena muzik Rock pada tahun 1990-an apabila muncul
hersama-sama kumpulannya, Melissa.
Walaupun wajah penyanyinya kini jarang muncul, namun alunan lagu hit
Melissa iaitu Cinta Untuk Nabila masih lagi ke udara apabila dimainkan
oleh stesen-stesen radio tempatan. Melodinya tetap relevan dengan
selera para pendengar hari ini hinggakan mampu mengimbau kenangan era
Rock Kapak yang pernah menjadi kegilaan orang muda suatu masa dulu.
Radzi yang ditemui di ibu kota baru-baru ini, tidak keberatan untuk
menceritakan tentang perjalanan rohaninya buat tatapan umum. Bukan
bermaksud untuk membuka pengalaman yang sebahagiannya sesuatu yang
ingin dilupakannya, tetapi inilah peluang baginya yang kini aktif
sebagai pendakwah, untuk berkongsi cerita agar perkara yang baik
dijadikan ikutan, manakala yang buruk seeloknya dikisahkan sebagai
pengajaran.
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk terjun ke dalam dunia
hiburan. Ini kerana memandangkan latar belakang saya yang sudah
didedahkan dengan pengajian pondok semenjak remaja lagi. Tetapi inilah
perjalanan hidup yang tidak disangka membawa saya mengenali dunia
glamor itu.
“Kisahnya bermula pada tahun 1982 apabila saya berhijrah dari Kedah
untuk merantau ke Kuala Lumpur. Bandaraya yang menjanjikan seribu macam
peluang ini saya lihat sebagai ‘lubuk’ yang membolehkan saya mencari
rezeki halal lalu memilih Kampung Pandan sebagai tempat untuk tinggal,”
katanya memulakan bicara.
Pada waktu itu, dia amat bercita-cita mahu menjalankan perniagaan
menjual ayam. Sebagai langkah awal untuk mengumpul modal, Radzi bekerja
di kilang dan kemudian mencuba nasib sebagai konduktor bas mini.
“Ketika menjadi konduktor bas, saya amat dikenali kerana imej rock yang
saya tonjolkan ketika itu. Ramai juga yang meminati saya lebih-lebih
lagi gadis-gadis yang selalu menggunakan khidmat bas mini yang saya
kendalikan,” selanya lagi sambil tersenyum.
Sepanjang keberadaannya di Kampung Pandan, Radzi bergaul dengan
pelbagai golongan termasuklah “kutu-kutu” jalanan dan pemuda-pemuda
tempatan yang mempunyai ibu bapa berasal dari Indonesia. Tetapi dia
tidak pernah memandang rendah golongan tersebut yang selalu dilabel
kelas kedua dalam masyarakat. Tak kenal maka tak cinta, Radzi mendapati
sesetengah dari mereka masih mempunyai akhlak yang baik walaupun
memilih gaya hidup sedemikian. Dia menambah, semangat kejiranan di
antara para penduduk di sana amat bagus sekali lebih-lebih lagi mereka
sering menghadiri majlis keagamaan. Apabila ditanyakan tentang bakat
nyanyiannya, Radzi merujuk kembali kepada saat-saat dia dan kawan-kawan
membantu penduduk setempat bergilir-gilir bertugas Rukun Tetangga.
“Ketika saya dan kawan-kawan bertugas, kebiasaannya kami bertemankan
gitar tong sebagai alat untuk berhibur sambil mengalunkan lagu-lagu
nyanyian Alleycats. Tak sangka pula bakat saya diperkatakan orang
hinggalah saya menerima undangan untuk menyanyi di majlis-majlis orang
kahwin,” cerita Radzi.
Bermula dari situ Radzi giat mengembangkan bakat nyanyiannya apabila
dia mula mencuba nasib menyanyi dikelab malam pula. Bernaung di bawah
kumpulan pertaman*ya, Ra’un, Radzi dan rakan-rakan seperjuangannya
bersama-sama bermain muzik untuk tempoh setahun. Pada tahun 1988, Radzi
beralih arah apabila memilih kumpulan baru yang bernama Steeler.
Bersama rakan-rakan baru, Radzi pun mencuba nasib menyertai
pertandingan kumpulan rock yang telah dianjurkan oleh Box-Office
kepunyaan Ali Bakar pada tahun yang sama.
Pertandingan ini dianggap berprestij pada waktu itu apabila ramai
nama-nama terkenal berjaya dibentuk daripadanya. Mungkin nasib
menyebelahi mereka, Steeler telah berjaya menduduki tempat ketiga
dengan dendangan lagu Senja Merah yang diumpamakan sebagai faktor tuah
kemenangan anak-anak muda ini.
Selepas kumpulan Steeler membawa haluan masing-masing, Radzi telah
menganggotai kumpulan Wetsped yang terdiri dari Omar (gitar utama), Nen
(dram), dan Man Kaus (gotas bass). Perjalanan hidup Radzi sekali lagi
berubah apabila ditawarkan menyertai kumpulan Melissa untuk membuat
album pertama mereka sebagai artis rakaman yang sebenar. Razak yang
merupakan pemain gitas bass dalam kumpulan Steeler (meng*gantikan Ajib,
anggota asal Steeler yang sudha menyertai Melissa), bertindak menjemput
Radzi menyertai mereka.Pucuk dicita ulam mendatang, Radzi telah
ditawarkan menjadi vokalis utama Melissa apabila penyanyi asalnya,
Haiti mengundurkan diri dari kumpulan itu.
“Saya masih ingat lagi barisan rakan pemuzik yang melengkapi Melissa
iaitu Kefli (gitar utama), Ozei (drum) dan tentunya Razak yang
bertindak sebagai pemain gitar bass,” ujarnya yang tidak menduga sama
sekali kehadiran Melissa akan diterima ramai apabila muncul dengan
album sulung mereka.
Tambahnya lagi, lagu ‘berhantu’ mereka, Cinta Untuk Nabila telah
berjaya melonjakkan nama Melissa sehinggakan populariti mereka sebaris
dengan namanama kumpulan senior yang sudah sedia popular seperti Search
dan Wings. Gelombang glamor benar-benar mengubah kehidupan anak
kelahiran utara ini lebih-lebih lagi apabila menerima royalti
pertamanya yang berjumlah RM 16,000 pada tahun 1990 hasil dari jualan
album pertama.
“Memang lumayan sebab saya pun tak pernah terima duit sebanyak itu
sekaligus daripada syarikat rakaman iaitu Varia Music Production.
Tetapi percayakah jika saya katakan, itulah royalti pertama dan
terakhir yang saya terima,” katanya.
Album kedua mereka, Kami Mat Rock menampilkan satu lagi lagu hits yang
bertajuk Memikat Cahaya pada tahun 1991. Walaupun lagu tersebut berjaya
menaikkan kumpulan Melissa, Radzi mengatakan dia tidak lagi menerima
royalti seperti mana sebelumnya. Radzi berfikiran perkara itu berlaku
mungkin kerana jadual album ketiga Melissa berjudul Mistik pada tahun
1993 tergendala. Akhirnya rakaman album berkenaan terpaksa dibatalkan.
“Pembatalan rakaman itu merupakan salah satu sebab untuk saya berundur
dari dunia artis. Sebenarnya pada masa yang sama, saya mengalami dilema
tersendiri yang membuatkan saya bertekad untuk ‘menghilangkan’ diri
secara total.
Saya mengalami konflik dalaman yang agak teruk ketika Melissa sedang
berada di puncak. Mungkin kerana latar belakang agama saya yang masih
mengental, membuatkan saya sukar untuk beradaptasi dengan gaya hidup
sebagai rocker yang agak bertentangan nilai-nilainya Muzik Rock pada
ketika itu banyak dikaitkan dengan elemen negatif seperti dadah dan
arak. Namun alhamdulillah, setiap anggota Melissa masih mampu menjaga
imej bersih masing-masing.
Satu demi satu isyarat dari Tuhan saya terima supaya memikirkan kembali
jalan hidup yang saya sedang lalui. Hinggalah kepada isyarat paling
jelas yang saya pernah saksikan ketika sedang beraksi dalam suatu
konsert. Walaupun hanya sebentar, tapi saya terlalu takut untuk
mengingat kembali bayangan ngeri yang saya lihat itu,” katanya yang
akur dengan kehendak Allah yang mahukan. Dia berundur terus dari dunia
artis.
Radzi memilih untuk pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah untuk
memulakan hidup baru lalu berkahwin dengan wanita yang paling setia
menemaninya, Zaimah Mokhtar, 36, pada tahun 1992 lalu di kampung asal
isterinya iaitu di Semenyih, Selangor.
Pada mulanya pasangan ini memilih Kg. Pandan sebagai tempat
bermastautin. Tetapi setelah lebih kurang enam bulan, mereka membuat
keputusan untuk kembali ke kampung asalnya iaitu di Jitra, Kedah. Bekas
penyanyi Rock ini lalu meneruskan pengajian agama di Maahad Tarbiah
Islamiah, Behrang, Pokok Sena, Kedah dan sempat menimba ilmu beberapa
bulan di Pakistan.
Pasangan itu amat bahagia hari ini dengan ditemani enam orang cahaya
mata iaitu Mohamad Firdaus, 16, Mohamad Naim, 14, Mohamad Addin, 12,
Sid Nur Soleha, 11, Mohamad Maqamin, 9, dan Nur Nabila Saqinah, 2.
Mereka sekeluarga kini menetap di Taman Perumahan Alor Senjaya, Kedah.
Perkembangan paling terbaru, pada tahun 1994, Radzi telah dilantik
sebagai Pembantu Hal Ehwal di bahagian perpustakaan dan pembantu imam
di Jabatan Agama Islam, Kedah. Walaupun dia pernah menghilang daripada
persada seni tanah air, itu bukan bermaksud Radzi akan berundur buat
selama-lamanya. Seni nampaknya sudah menyatu di dalam dirinya menjadi
pendorong untuk mantan “rocker” ini membuat penampilan semula.
“Tetapi yang pasti matlamat kali bukanlah seperti di waktu awal saya mula-mula menceburi dunia seni ketika muda-muda dulu.
Radzi muncul semula ke dalam dunia rakaman seni suara apabila tampil
dengan projek terbaru menghasilkan album bertajuk Penyesalan yang
diterbitkan oleh Aztecs Production Sdn. Bhd. Album yang mengandungi
lima buah lagu-lagu berunsur dakwah ini diharapkan oleh Radzi agar
menjadi sebuah jambatan yang menyambungkan dakwah dengan dunia seni.

credit to: terjah dot com
siap ada blog lagi...caya la ustaz. ustaz mmg rock!!
http://radzimelissa.lagendarock.com/
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
aha....
radzi melissa...
dulu feymes ngan cinta untuk nabila...
mmg terangkat lagu tuh....
mmg terkejut bila ak tgk mula2 imej radzi bila dia dah berubah....
alhamdulillah Allah dah bagi hidayah kat dia....
radzi melissa...
dulu feymes ngan cinta untuk nabila...
mmg terangkat lagu tuh....
mmg terkejut bila ak tgk mula2 imej radzi bila dia dah berubah....
alhamdulillah Allah dah bagi hidayah kat dia....

asuramaru- Moderator

- Posts: 3189
Join date: 05/11/2008
Age: 22
Location: kaybee the islamic town.....

Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
asuramaru wrote:aha....
radzi melissa...
dulu feymes ngan cinta untuk nabila...
mmg terangkat lagu tuh....
mmg terkejut bila ak tgk mula2 imej radzi bila dia dah berubah....
alhamdulillah Allah dah bagi hidayah kat dia....
layanzz
ps/ sig aku mcm xkena je ngan topic ni

_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
konsert sofea pada 1989
vokalis lagu ni ialah Man Rani
nampak cam jambu jer
dulu zaman rock memang gempak sampai rock diharamkan. dlm byk2 rockers
kumpulan sofea yg paling berani dengan imej yg berani dan lirik lagu yg
kontroversi sampai kumpulan tu di gam
vokalis lagu ni ialah Man Rani
nampak cam jambu jer

dulu zaman rock memang gempak sampai rock diharamkan. dlm byk2 rockers
kumpulan sofea yg paling berani dengan imej yg berani dan lirik lagu yg
kontroversi sampai kumpulan tu di gam
_________________


murasame_85- Moderator

- Posts: 2506
Join date: 01/04/2009
Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
MAN KEEDAL ( Lefthanded )
vs
JOE BURNMARK ( Burnmarks )
It's the first time, both of guitar hero is challenging and "showing their hands", to the people out there..
never missed it! A must for rock/metal/guitar virtuoso fans!!
PLACE: 1CAFE, Jln Tuanku Abdul Rahman
DATE: 27 Dec 2009
TIME: 9:00 PM
Admission: RM30
Interested, Contact for ticket and etc:
METALLAN 017-5026305
Ismul 017-7247630
MZ- 017-2863309
Shahrin 012-7756225
Get your ticket now before it's too late and sold out!!
http://www.facebook.com/event.php?eid=196927549818
vs
JOE BURNMARK ( Burnmarks )
It's the first time, both of guitar hero is challenging and "showing their hands", to the people out there..
never missed it! A must for rock/metal/guitar virtuoso fans!!
PLACE: 1CAFE, Jln Tuanku Abdul Rahman
DATE: 27 Dec 2009
TIME: 9:00 PM
Admission: RM30
Interested, Contact for ticket and etc:
METALLAN 017-5026305
Ismul 017-7247630
MZ- 017-2863309
Shahrin 012-7756225
Get your ticket now before it's too late and sold out!!
http://www.facebook.com/event.php?eid=196927549818

syadow- Moderator

- Posts: 496
Join date: 16/08/2009
Age: 21
Location: (KL)(KK2)

Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
perh...lu ni mmg rock kapak addict la...huhu mane sumber lu dpt ni bro....gua pun minat rock jgak bai....wowowowow... 


Sanji- Bronze Member

- Posts: 707
Join date: 21/11/2009
Re: Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
tp malang nye ... tarikh 2 bdak br mcm ak nie kn masuk UMP

syadow- Moderator

- Posts: 496
Join date: 16/08/2009
Age: 21
Location: (KL)(KK2)

Similar topics» Otai2 ROCK dlu dan skarang. Ini Baru ROCK!!
» Petronas & Rockoil Engine Oil
» kata-kata semangat
» Planet baru spt bumi?
» FORMAT BARU BAHASA ARAB PMR BERMULA DARI TAHUN 2010
» Petronas & Rockoil Engine Oil
» kata-kata semangat
» Planet baru spt bumi?
» FORMAT BARU BAHASA ARAB PMR BERMULA DARI TAHUN 2010
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum













