Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Yesterday at 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm

» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by murasame_85 Yesterday at 6:38 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)...

View previous topic View next topic Go down

Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)...

Post by asuramaru on Thu Aug 13, 2009 8:06 pm

Sumber : Harakahdaily

"KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Harakah) - Vokalis utama kumpulan Rabbani,
Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh
ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani
mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi
tadi.
“Saya tidak tahu apa puncanya” katanya yang sedang dalam perjalanan ke
Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan Allahyarham
Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai
‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika
dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara emas itu
amat sukar dicari ganti.

“Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami,
sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu Allahyarham
Zairy yang pergi dengan cara mengejut” ujarnya dalam sebak menahan
kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun
namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian
lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.

“Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat
respond yang baik dari Allahyarham sendiri, bahkan Allahyarham turut
memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

“Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif
yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain
yang ada pada hari ini” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan Allahyarham dua malam lalu untuk
berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas
ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan
Allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

“Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang
ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya
tentang Islam” ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz,
bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang
menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket
penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima
apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani, Azadan menghubunginya
memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan
nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke
jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat
Islam mendoakan kesejahteraan Allahyarham agar mendapat limpahan rahmat
yang tidak pernah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar
menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini” ujarnya yang tidak
dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal
dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan
Raihan, Zairy meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan
selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau
menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi
pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan
arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan
kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai
Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama
lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @
Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad
Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul
Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang
tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah
menghasilkan 19 buah album seperti ARAH, Dari Mana Ke Mana (1997),
Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang
terbaru, Nostalgia Nada Murni. - mks."

Sumber : Berita Harian

"KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal
dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana
sakit jantung. Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan
program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke
hospital berkenaan. - Berita Harian"

Al-Fatihah la kepada Allahyarham Ustaz Asri kita.....
kita dah kehilangan 1 lagi ulama nasyid yang terkenal di Malaysia nih......
sama2 lah kita berdoa supaya roh ustaz berada di kalangan para solihin......
anyway ni ade aku selitkan gambar kenangan aku dengan Allahyarham Ustaz Asri masa aku matrik dulu.....




kenangan bersama Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Aspirasi Islam di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 2008......

asuramaru
Moderator
Moderator

Posts: 3189
Join date: 05/11/2008
Age: 22
Location: kaybee the islamic town.....

View user profile asuramaru http://asuramaru.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)...

Post by xtreme_paranoid on Thu Aug 13, 2009 8:53 pm

al-fatihah..

xtreme_paranoid
Tertiary Member
Tertiary Member

Posts: 112
Join date: 12/08/2009
Age: 23

View user profile http://172.25.165.60

Back to top Go down

Re: Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)...

Post by nizar_jaja on Thu Aug 13, 2009 9:33 pm

innalillah

nizar_jaja
Beginner

Posts: 38
Join date: 28/02/2009
Age: 23
Location: kuantan dan gambang, pahang

View user profile

Back to top Go down

Re: Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)...

Post by theMVP on Thu Aug 13, 2009 10:12 pm

moga rohnya dicucuri rahmat..

theMVP
Moderator
Moderator

Posts: 3628
Join date: 24/10/2008
Age: 25
Location: Jay Bee

View user profile mrsenpai

Back to top Go down

Re: Pergi Tak Kembali - Ustaz Asri Ibrahim (RABBANI)...

Post by Karim Pisang on Thu Aug 13, 2009 11:03 pm

Tiap2 yg hidup, tiap2 yg bernyawa pasti akan mati. Kita doakan moga roh nya ditempatkan bersama golongan soleh. Al - Fatihah~

p/s : Bila-kah giliran kita utk dijemput yg Maha Esa?

Karim Pisang
Tertiary Member
Tertiary Member

Posts: 115
Join date: 11/06/2009
Location: Kuantan - WP K.L - Seoul

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum