Log in

I forgot my password

May 2012
MonTueWedThuFriSatSun
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Calendar Calendar

Promotion Widget
Share UMPlife's story in

Share |



Follow UMPlife's story in

Follow umplife on Twitter

Find us on facebook

Find us on google buzz

Find us on friendfeed

Fidn us on tumblr

Fidn us on Youtube
Quote of the Day
Latest topics
» [Lagu sedap~] Chris Medina - What Are Words
by Admin Yesterday at 11:31 pm

» [Lagu sedap~] Taylor Swift - Eyes Open
by Admin Yesterday at 9:56 pm

» Diablo III Officially Announced, Release Date: Whenever it's finished :p (RPG)
by murasame_85 Yesterday at 6:38 pm

» Vindictus - How to play?
by sID Yesterday at 2:24 pm

» Toyota GT86
by murasame_85 Tue May 22, 2012 7:34 am

» MedialabStudio@Kaunter Tiket Bas Cuti Jumaat INI (25/5)- Isnin (28/5)
by jemin86 Mon May 21, 2012 10:37 pm

» Proton Shark ala CRZ
by murasame_85 Mon May 21, 2012 5:58 pm

» Penutupan sementara Kaunter TIKET BAS UMP
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:39 pm

» Andoid tut Apple~
by samuraiz Mon May 21, 2012 5:37 pm

» the private scene behind Avengers~
by samuraiz Fri May 18, 2012 3:50 am

UMPlife Chatbox
Top posters
MusTanG (4298)
 
theMVP (3628)
 
aku la????? (3355)
 
cicok (3333)
 
nazkill (3286)
 
asuramaru (3189)
 
zicron21ck (3150)
 
Admin (2987)
 
Castielle Zaidrick (2608)
 
murasame_85 (2506)
 

UMPlife Page Hits
php programmers
Since 4/1/2009 23:00




UMPlife Sponsor



100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

View previous topic View next topic Go down

100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by Admin on Fri Jul 31, 2009 9:57 pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pagi ini mengumumkan pemberian
percuma 100 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) kepada 50,000 pelajar
tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi 2009.


Perdana Menteri berkata, dana pertimbangan khas bernilai RM5
juta itu khusus kepada pelajar yang mendaftar pada sesi pertengahan
tahun ini.


Beliau berkata demikian ketika melancarkan AS1M yang bersaiz dana 10 bilion unit di sini, hari ini.

AS1M akan diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak
syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan harga tawaran RM1
seunit.

50,000 pelajar tahun pertama peringkat ijazah IPTA diberi 100 unit AS 1Malaysia

KUALA
LUMPUR: Seramai 50,000 pelajar tahun pertama peringkat ijazah pertama
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendaftar pada sesi
pertengahan tahun ini, akan diberi 100 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS
1Malaysia) secara percuma.


Warga emas pula diberi peluang melanggan saham itu pada had
maksimum 100,000 unit yang akan dibuka kepada langganan awam selama 30
hari bermula 5 Ogos.










Insentif itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis pelancaran Tabung AS 1Malaysia di sini, semalam.


Amanah saham itu yang lahir daripada visi gagasan pentadbiran
Najib - 1Malaysia - adalah dana ekuiti harga tetap RM1 seunit dengan
saiz berjumlah 10 bilion unit, yang terbesar ditawarkan Permodalan
Nasional Berhad (PNB).


Najib berkata, saham percuma untuk pelajar IPTA bernilai RM5
juta itu diberi sebagai insentif kepada golongan muda supaya menjadi
warga negara berwawasan dan progresif serta bijak membuat keputusan
dalam bidang pelaburan serta perancangan kewangan.










Beliau berkata, saham percuma itu disumbangkan PNB dan ejen Amanah
Saham Nasional Berhad (ASNB), iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Bank
Berhad, RHB Bank dan Pos Malaysia Berhad.


Perdana Menteri berkata, perhatian istimewa kepada warga emas
berusia lebih 55 tahun pula bertujuan menghargai sumbangan golongan itu
dalam pembangunan ekonomi negara, selain memberi mereka peluang
merancang keperluan persaraan.


"Apabila ambil alih pemerintahan, saya janjikan genap 100
hari pentadbiran saya akan lancarkan tabung dana khas, iaitu Tabung
Amanah Saham 1Malaysia dan hari ini genap 120 hari pentadbiran saya...
syukur Alhamdulillah janji itu dapat ditunaikan.


"Berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan, jika mahu melakukan sesuatu ia perlu dibuat secepat mungkin
supaya manfaat dirasai rakyat dengan pantas.





"Malah, saya juga berhasrat mewujudkan lebih banyak titik sentuhan
untuk mendekati rakyat dan Amanah Saham 1Malaysia adalah satu
daripadanya," katanya.


Pada majlis itu, Najib diberi penghormatan sebagai penerima pertama buku pelaburan AS 1Malaysia.


Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Mustapa Mohamed; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan
Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama
Piah Che Othman.


AS 1Malaysia boleh dilanggan dengan jumlah pelaburan
permulaan minimum 100 unit, manakala pelaburan tambahan minimum
sebanyak 1 unit.


Sepanjang tempoh tawaran awal selama 30 hari berakhir 3
September, penetapan peruntukan dibuat berdasarkan polar kepen-dudukan
negara ini, iaitu 50 peratus daripada unit AS 1Malaysia ditawarkan
kepada Bumiputera, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan lima
peratus kepada kaum lain.


Selepas tempoh itu, had pelaburan yang ditetapkan termasuk
50,000 unit bagi setiap pemegang unit berusia 18 hingga 55 tahun akan
dihapuskan, bagaimanapun bergantung kepada unit yang masih ada untuk
dilanggan.


Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata AS 1Malaysia adalah
model unik yang menyediakan peluang kepada masyarakat majmuk dan tidak
hanya menjurus kepada sesuatu kaum.


"Saya harap penyertaan seluruh rakyat Malaysia tidak hanya
terhad kepada dana ini saja, tetapi juga penyertaan dan penerimaan PNB
dalam aktiviti perniagaan tempatan dapat ditingkatkan.


"Berdasarkan rekod pencapaian PNB, saya yakin tabung ini akan
dilanggan dalam tempoh masa yang tidak berapa lama kerana sebelum ini
Dana Amanah Saham Malaysia sebanyak 1 bilion unit habis dilanggan dalam
masa 45 minit saja," katanya.


Beliau berkata, situasi sedemikian mencerminkan keyakinan
rakyat kepada pentadbiran PNB untuk mengendalikan saiz unit sebanyak 10
bilion kerana sebelum ini 9.5 juta rakyat menjadi pemegang kepentingan
dalam saham yang dikendalikan PNB.


Perdana Menteri berharap semua pihak melihat dan menganggap
PNB sebagai institusi yang mesra dengan daya saing tinggi supaya setiap
visi yang diimpikan untuk AS 1Malaysia dapat dilaksanakan.


"Sokongan yang saya maksudkan ialah supaya kalangan
perniagaan dapat memberi ruang kepada PNB melabur atau menambah
pegangan dalam syarikat baru yang berpotensi dan mampu memberi pulangan
tinggi," katanya.


mmg bertuah aa pelajar masukan sesi 2009....

_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

Re: 100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by rowanlim on Sat Aug 01, 2009 9:07 pm

Ya la...Money wei...hahaha...

_________________
And thine own sadness, where of stars, grown old in dancing silver-sandalled on the sea, sing in their high & lonely melody

rowanlim
Moderator
Moderator

Posts: 1470
Join date: 12/10/2008
Age: 25
Location: Bangsar KL

View user profile http://rowiescribbles.blogspot.com

Back to top Go down

Re: 100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by Admin on Sat Aug 01, 2009 10:00 pm

kalo ade duit lebihan rasanya aku akan beli 1000unit aa (tp mesti beratur panjang )...bonus tahunan dia mmg tinggi sehingga 6.0%

sbb pe orang nak beli amanah saham??

sbb FREE of RISK dan COMFIRM UNTUNG

_________________
Reply la post aku ngan ihklas, jangan spam yaa!!

Admin
Admin
Admin

Posts: 2987
Join date: 08/10/2008
Age: 26
Location: aku budak Tokai

View user profile http://umplife.5d6d.com/bbs.php

Back to top Go down

Re: 100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by mambopeace on Thu Aug 06, 2009 4:30 pm

tp malangnyee kite dh melepas huwaaaaaaaaaaaa
xaci btoi laaa..
apsal bg kt junior2??
bg kt senior2 la patotnye..sobs3

mambopeace
Beginner

Posts: 91
Join date: 19/01/2009
Location: pekanss

View user profile

Back to top Go down

Re: 100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by MusTanG on Thu Aug 06, 2009 5:26 pm

aku baru masuk gak.

tapi 2nd year. leh dpt ke?

MusTanG
Ruby Member
Ruby Member

Posts: 4298
Join date: 05/04/2009
Age: 23
Location: Kedah

View user profile

Back to top Go down

Re: 100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by mambopeace on Thu Aug 06, 2009 11:16 pm

MusTanG wrote:aku baru masuk gak.

tapi 2nd year. leh dpt ke?


ha'a kn..
hmmm try2 la tnye sape2 yg berkenaan..
maybe pjbt bendahari ker..
kalo xsilapku..
ak dpt 50ribu intake julai..degree shje
tapi dlm surat kabo tu tulis tahun pertame..
hmmm ontah la den

mambopeace
Beginner

Posts: 91
Join date: 19/01/2009
Location: pekanss

View user profile

Back to top Go down

Re: 100 unit percuma AS1M untuk 50,000 pelajar IPTA??

Post by zicron21ck on Tue Sep 01, 2009 3:12 pm

patut bagi kat pelajar UMP ni ha.... sebab kita ni kan belajar kat negeri dia.... tempat dia lagi.... dan seterusnya, pelajar FKM dan FKEE dapat lebih sikit sebab sebagai saguhati terpaksa bersusah payah belajar di kampus tetap yangtakde pape tu....haih....

_________________
My Rig: Processor:Intel Core 2 Duo E7300::Motherboard:Gigabyte EP45-UD3P::Memory:KINGSTON 2048MB::HDD:SAMSUNG 250GB ::Drive:18X SAMSUNG DVD-WRITER&18X LG DVD-WRITER+LIGHTSCRIBE::GFX:Palit GTX260 216SP::Keyboard & Mouse:A4Tech-3xFast Gaming Keyboard-X7 G800 / 3xFire Laser Gaming Mouse-X7-710FS::Cooler:COOLER MASTER ECLIPSE::PSU & Casing: Vantec 700W & CM HAF-932::Monitor:Dell S2409W::
[/URL]

zicron21ck
Moderator
Moderator

Posts: 3150
Join date: 24/10/2008
Age: 24
Location: kg bkt lanchong, shah alam, selangor/gambang, kuantan/kuala pahang,pekan, pahang

View user profile zikri2103 http://www.kibotnmos.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum